Anak Kecil Selesema & Hidung Tersumbat...


Wajah ketidaktiduran semalaman dan tiada rehat langsung bermula dari pagi semalam sehingga ke pagi ini dan akan bersambung sehingga ke esok... Solekan pun ala-ala kadar jer sekadar cukup untuk menjaga penampilan diri gitchewss... #ouchhh... Tapi kelihatan mata itu sembaplah kan? Haipp bukan merungut atau mengomel tetapi cuma mukadimah cerita di pagi ini. 

Tengok tajuk pun dah tau kan? Sebab apa dan mengapa? Biasalah tu adat orang beranak kecil, semua orang yang mempunyai anak kecil akan merasai pengalaman ini dan tiada seorang pun yang akan terlepas. Bila anak kurang sihat, bila anak meragam...itu semua asam garam beranak kecil. Sebab tu sebelum mengambil keputusan untuk hamil dan mempunyai anak, kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kalau tidak itu yang terjadi depresi di kalangan ibu-ibu tu...Bukan satu dua kes, dah banyak kes terjadi di mana ibu-ibu mengalami masalah ketidakstabilan emosi kesan dari depresi yang dialami. Alhamdulillah setakat ni Farah belumlah lagi dikategorikan di bawah kategori ibu yang mempunyai masalah depresi. Ihikss... Syukran Allah SWT... 

Iya... Iman Firash Bin Husaini tidak sihat... Dia demam dengan sukatan suhu 38 darjah celcius dan juga mengalami masalah hidung tersumbat akibat dari selesema yang "lebat"...berair jer hidung. Kesiannn, anak manja Mummy. Laporan dari Nek Ma Ash...semalam siang dia monyok ajer...diam ajer... Amboiii, pakat dengan Abah ek? Abah pun tengah musim tak sihat, Ash pun tak sihat jugak? Abah pun ada selesema, Ash pun selesema jugak... Errr...kebetulan jer kot? 

Malam semalam memang Farah tidak tidur semalaman sebab menjaga anak teruna ni yang merengek serta berada di dalam ketidakselesaan. Hidung dia tersumbat. Jelas dan ketara. Ikut juga petua orang-orang dulu letakkan kunyit hidup di batang hidung seperti yang Farah pernah kongsikan di dalam entri Kunyit Hidup Dan Selsema Bayi. Tapi disulami juga dengan beberapa kaedah atau cara untuk melegakan ketidakselesaannya.
  • Jika hidung anak kecil kita tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala anak kecil kita (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah di bawah tilam.
  • Laplah hidung anak kecil tu supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Kita boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung anak untuk mengurangkan kerengsaan. Jika anak kita susah nak menyusu dengan hidung tersumbat, minta PAED mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung anak kecil.
  • Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa anak kita ke bilik mandi bersama kita, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian anak selepas mandian berwap.
  • Jika anak kita menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tau, anak boleh meletakkan objek ke dalam hidung.
Farah belajar ni pun dari sumber di SINI... ^_*... Bukannya apa kalau boleh tak naklah sampai kena "neb" kan? Jadi lakukan dulu semua langkah-langkah yang patut diambil sebelum ke pilihan terakhir untuk hantar anak pergi "neb"... Alhamdulillah lah, Ash ok ok sahaja... sebab PAED memang ada bekalkan "nasal spray" untuk bayi hari tu...gunakan itu... Alhamdulillah boleh dia tidur sampai ke pagi ni... Cuma Farah sahajalah yang berjaga sepanjang malam untuk pastikan dia selesa. 

Oh ya, lupa pulak...selain daripada tu... ada lagi satu cara yang boleh membantu untuk melegakan... seduttttt.... Kalau perlu sedutlah ye tak? 

*Errr...nampak muka macam penat ke atau masih "maintain"? Ekekekeke...sibuk jer nak tanya kan??? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Anak Kecil Selesema & Hidung Tersumbat... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, January 21, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. muka kak farah ceria je nampak tapi tang mata tu jelas sangat. hehehe.
    syafakallah ash.semoga ash cepat sihat :D

    ReplyDelete
  2. awfiyah pun sekarang ni batuk dan selsema..baru lepas baik,tapi disebabkan anak babysitter kena batuk dan selsema,terkena jangkitan lagi..memang selalu jugak letak kunyit kat hidung bila dia selsema..cepat kering.

    ReplyDelete
  3. sy akan sapun cream tropika dkt hidung.. alhamdulillah mujarab.

    ReplyDelete
  4. ASSALAMUALAIKUM
    SINGGAH RABU
    HARI INI BZ SKIT ADA SEMINAR
    SINGGAH SEKEJAP JE

    ReplyDelete
  5. ceria nya muka...bole bawak aura positif :D

    ReplyDelete
  6. tanjat gegirl tgk mata haha

    oh..tak tahu pulak bab tak boleh guna bantal tu :(
    my bad

    tq for info dear

    ReplyDelete
  7. alahai kesian ash..nasib mummy suka amik tau informasi pasal anak2

    ReplyDelete
  8. Semoga Ash cpt sembuh...Farah pon kena sihat untuk jaga Ash hehe

    ReplyDelete
  9. Masa anak akak kecik duluuuuu tu kan, bila dia selsema, tidurnya nak dalam pangkuan kita jer...Memang mencabar ketahanan fizikal dikkk. Nanti bila dah besar, mulalah rindu nak ada anak kecik lagi.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY