Home » , , , , , » Hentikan Tabiat Anak Suka Menyampuk???

Hentikan Tabiat Anak Suka Menyampuk???

Sumber dari Google
Masa kecik-kecik dulu, kalau orang dewasa bercakap dan Farah cuba menyampuk ataupun menyampuk di tengah perbualan tu, jawapannya memang kena cubit kecik-kecik dengan Nek Ma Ash...Hu hu hu, sakit ooo cubit kecik-kecik tu, dahlah tangan Nek Ma Ash tu berbisa kalau mencubit ke memukul ke... Haaa...siapa kata anak tunggal tak kena cubit tak kena pukul? Siapa kata anak tunggal ni manja jer yang terlebih? Manja memanglah manja tapi bila "time" kena tu, kena jugak... Ho ho ho... 

Lebam tu toksah ceritalah "uolss"...ha ha ha...banyak lebam di sana sini sinun...kadang-kadang satu, kadang-kadang dua, kadang-kadang tiga, ha ha ha... tengok berapa banyak kali menyampuk atau melakukan cubaan menyampuk. Denggg.... Telefon tele-dera boleh tak? Tapi, tak apa itu semua adalah untuk mengajar. Memang tak elok sangat atau tak molek rupanya kalau-kalau anak-anak kecil ni suka sangat menyampuk cakap-cakap orang dewasa. Errr...kenapa? Entah, kalau ikut tradisi turun temurun pengajaran ibu bapa Farah dan juga ahli-ahli keluarga yang lain...Menyampuk ni tak baguslah... Jadi kami-kami di dalam keluarga Farah ni, tak kira sesiapalah...diwajibkan untuk mengajar dan melatih anak-anak supaya jangan menyampuk bila orang dewasa berbual. 

Cubit mencubit kecik-kecik tu mungkin cara Nek Ma Ash...ha ha ha... Farah? Harap-harapnya Ash jangan jatuh kepada kategori suka menyampuklah...tapi orang kata cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar...Lepas tu fikir dulu sebelum cakap...ataupun keluarkan kenyataan...Ho ho ho, sebab tulah sebelum apa-apa hal, sebab anak ni membesar kita tak tau apa pun lagi akan datang kan? Kadang-kadang kita tak jangka tapi boleh berlaku, makanya bersedialah seadanya mana-mana yang patut giteww... 

Ada satu cara lain lagi selain dari mencubit kecik-kecik... Ini Farah terbaca di satu artikel ataupun entri blog secara lebih tepatnya di SINI. Pendekatan dan caranya mudah sahaja. Cara ni telah berkesan untuk beliau dan juga rakan beliau yang mula-mula mengamalkan kaedah ini. Apakah caranya? 

Setiap kali anak-anak cuba untuk menyampuk atau mula menyampuk perbualan kita sebagai orang dewasa, tak kiralah sama ada ibu bapa itu sendiri ke, atau ibu tu dengan kawan ke, atau bapa tu dengan kawan ke, tak payah cubit kecik-kecik dah...peluk pinggang anak tu, terangkan kepada dia tunggu sampai kita habis bercakap baru bercakap. Dalam erti kata yang lain, tindakan kita tu adalah nak mintak dia tunggu sampai habis bercakap. Buat jer macam tu berulang-ulang kali, lama-lama dia faham yang bila kita peluk dia, kita minta dia tunggu sehingga kita habis bercakap baru mereka boleh mula bercakap. 

Begitulah kaedahnya...mungkin berguna dan mungkin ibu bapa di luar sana termasuk Farah sendiri boleh mencuba juga kaedah ini... *_^... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hentikan Tabiat Anak Suka Menyampuk??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, December 9, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

16 comments:

  1. teringat kecik2 dulu,,asal menyampuk je mesti kena cubit dengan mak,,hehe

    ReplyDelete
  2. Tulah kena terangkan adab yang betul kepada anak-anak supaya mereka faham yang menyampuk tu tak manis..huhu

    ReplyDelete
  3. Anak perempuan saya dulu suka menyampuk..masa tu umur dia 5,6 tahun la.nak berbual pun tak boleh,rimas sangat.malu pun ada..lepas di ceramah untuk beberapa kali baru la sekarang dia nak ingat.sekarang dah nak masuk 8 tahun dah..tapi mulut tu memang masih suka bercakap,cuma menyampuk tu tak de dah..heheh

    ReplyDelete
  4. tq farah boleh guna ni anak sedara sue suka benar menyampuk dan bergosip kalah org tua tambah2 bila ada tetamu haihhh mulut diaaa geram sngat...risau lama2 nanti org menyampah...huuhuuu

    ReplyDelete
  5. cara yang terbaik kan dengan memeluk tu dan beritahu tu..takdelah lebam kena cubit :)

    ReplyDelete
  6. Nice sharing... Dh nmpk juga tnda2 tu kt si anak dara saya tu... Tapi bila dia buat... Saya just angkat jari telunjuk letak di mulut...

    ReplyDelete
  7. Info yg menarik ni Farah..kekadang ada la jugak time kita sibuk berckp ank2 pon menyibuk sama..sesekali sakit ati jugak sbb bukan hal diaorg yg kita bincangkan..

    ReplyDelete
  8. Baby Nabihah belum pandai ni, tapi kena baca mungkin bila dia besar kot-kot dia ter'menyampuk' bila kita tgh ckp dah tau nak buat ape kan hiii...

    ReplyDelete
  9. good tips farah..
    boleh la amalkan pasni.. walaupun Hadirah tak nampak mcm suka menyampuk tapi jenis yg pasang telinga kalau org2 tua bercakap.. hahaha..

    ReplyDelete
  10. Anak sulung saya pun dah mula bunga-bunga nak jadi gini. Selalunya jengil mata jer dia senyap terus. Tapi kaedah ni nampaknya lagi mesra alam, boleh ikut

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia