Ash Dah Kurang Minum Susu???


Sejak seminggu yang lepas, Ash seakan dah kurang minum susu di siang hari. Bila Farah bagi dia tepis, bila Farah bagi "oh no no no..."... Boleh macam tu? Muahahaha... Tapi kalau ikut-ikutkan panduan penyusuan di belakang tin susu formula Ash, sememangnya di usia setahun ke atas bilangan penyusuan untuk Ash adalah di kadar 2-3 kali penyusuan sehari. Kira oklah tu kan? Walaupun "oh no no no" dia tu, lengkap lagi 2-3 kali penyusuan. 

Mula-mula cam kepelikkan sedikit la... Tapi lepas tu kekononnya berfikir secara logik akal, dia dah banyak makan! Itu yang mungkin jadi salah satu faktor utama dia kurang menyusu tu kot? Kan boleh jadi kan? Sebab biasanya orang akan berkata begitu. Berapa banyak kuantiti susu untuk bayi? Menurut satu sumber di SINI



Dan melalui satu sumber di SINI pula...dikatakan kita sebagai ibu-ibu tidak perlu bimbang bila anak sudah mula kurang menyusu di usia setahun. Apa yang boleh dicadangkan adalah melebihkan makanan pejal untuk anak-anak di siang hari... Dan teruskan penyusuan seperti biasa di waktu malam. Malam memanglah laju Ash menyusu... 2 jam sekali ko... Alhamdulillah, sekurang-kurangnya menyusu jugak kan? 

Dan dari sumber yang sama, Farah kongsikan juga gambarajah pengambilan makanan pejal bagi anak-anak untuk pengetahuan kita bersama... 


Lihat gambarajah yang jelas ni, pastinya ibu-ibu di luar sana kurang kerisauan serta kegusaran bila anak-anak sudah mula kurang menyusu bila mencecah umur setahun kan? Farah panik ke? Taklah, macam kepelikkan dan risau sedikit. Al-maklumlah kali pertama bergelar Mummy kan? Tapi apa yang penting bertenang dan carilah ilmu supaya diri sendiri faham dan jelas. Hew hew hew... Nek Ma Ash ada boleh tanya, kawan-kawan ada boleh tanya, artikel cari jer di Google... In Shaa Allah jumpa... begitulah... 

Jadi sama juga untuk ibu-ibu di luar sana yang mungkin perasan perubahan ini kepada anak-anak masing-masing apabila usia anak mencecah setahun... "chill" ... ^_*

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ash Dah Kurang Minum Susu???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, December 30, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. Ini menunjukkan Ash bukan lagi baby. Dah besar dah adik techit ni...

    ReplyDelete
  2. tapi nanti kalau umur dah masuk 2thn ke atas dia kuat nyusu hihii anak kita lelaki sekejap2 nak susu sabar jer lahh

    ReplyDelete
  3. pertama kali jadi ibu mesti pelik sikit..memang kena amek tahu ni kan :)

    ReplyDelete
  4. Lain pulak dgn Alia. Kuat menyusu kurang makan. Huhu...

    ReplyDelete
  5. ok la kalau malam menyusu.. 'ash kan dh besar mommy' hehehe..

    ReplyDelete
  6. Oh! Ash dah besar. Lama tak jenggah...tup2...dah besar dah die...

    ReplyDelete
  7. da besar daaa baby boy akak tu yang tanak susu tu hehe

    ReplyDelete
  8. dah besar dah. sah makan memacam.. tu yg dia dah tak berapa nak susu..

    ReplyDelete
  9. Nanti Ash akan kurang comel lah kalau kurang minum susu! :)
    Yg penting sihat kan...

    ReplyDelete
  10. Mmg dia akn kurg kak... Tpi klu susu bdn mkin kuat...hihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY