Home » , , , , , » Waktu Kerja Fleksibel | "Flexible Working Hours"

Waktu Kerja Fleksibel | "Flexible Working Hours"

Sumber dari Google
Ececehceh... mentang-mentanglah pada Januari 2015... In Shaa Allah Farah akan memulakan tugas di pejabat baru, syarikat baru dengan waktu kerja fleksibel, bila ada berita dan cerita tentang waktu kerja fleksibel ni tiba-tiba jadi tertarik hati pulak nak mengomel sama. Hew hew hew... 

Sumber dari SINI
Dulu Farah tak memandang sangat tentang waktu kerja fleksibel ataupun "flexible working hours" ni...tetapi semenjak 2 menjak keadaan trafik semakin hari semakin teruk dan dengan status sebagai seorang ibu yang menguruskan kehidupan Ash segalanya sendiri ketika ketiadaan Abah Ash di sisi untuk membantu... Farah merasakan waktu kerja fleksibel ni adalah relevan. Bukan sahaja untuk diri Farah seorang tetapi untuk semua juga. Gaya hidup di Malaysia semakin hari semakin berkembang. Dan banyak perubahan di sana sini sinun.

Keadaan trafik tak boleh nak jangka dan kita tak boleh nak jangka yang setiap hari kita akan sampai awal atau tepat pada waktunya di pejabat. Dibuatnya ada kemalangan kecil ke besar ke di jalan raya, kesesakkan lalu lintas boleh jadi berkilo-kilometer... dan kadang-kadang tu tak ada apa pun yang nak disesakkan sangat tetapi tetap sesak jadinya. Rakyat Malaysia dah jadi sangat pentingkan diri sendiri bila di atas jalan raya tak kira pagi, tak kira petang... sebab semuanya mengejar masa. Kereta ni nak masuk laluan ni, kereta tu nak masuk laluan tu, kereta ni nak memotong barisan, kereta tu nak memotong barisan, kereta ni tak nak beri laluan, kereta tu tak nak beri laluan... kereta ni nak cepat masuk lorong kecemasan... macam-macamlah... akhirnya berlaku kesesakkan jalan raya yang tidak berkesudahan dan semakin hari semakin teruk adanya... Huh...

Wanita yang bergelar ibu yang berkerjaya turut menjadi mangsa dalam situasi dan keadaan ni. Ho ho ho. Kalau pergi terlalu awal, mana ada nurseri buka seawal pagi sesubuh sapie. #ehhh ke ada? Kalau awal pun ibu-ibu perlu menguruskan anak terlebih dahulu. Kalau pejabat ibu tu dekat dengan rumah tak apalah kan kot? Tapi keadaan jalan raya tak boleh nak jangka.... Kalau jauh kot kena ibarat 2 marhalah perjalanan? Tak ke menangis nak uruskan... ye ke tak? Tak semua orang bernasib baik yer... maka jangan riak dan terlalu selesa dengan keadaan diri sendiri... ^_*.. Kita boleh serongkan sikit cerita dengan mengatakan... alaaa dah tau kerja jauh bangunlah awal-awal, disiplinkan diri dan ikut peratiran kerja yang telah ditetapkan... Haaa ni nak habaq sat... Bangun seawal 4 pagi dan bersiap serta keluar rumah pukul 5.45 pagi pun belum tentu boleh sampai pukul 9 pagi di pejabat ok? Ha ha ha... atau alaaa... dah tau kerja jauh carilah kerja dekat-dekat dengan rumah... errr.... hello, cari kerja yang membina masa depan, menjamin, stabil ataupun sesuai dengan kelulusan bukan semudah ABC main petik-petik ajer... tak semua kerja dekat dengan rumah tu menepati diri kita.., tak pun... dah tau macam tu sewa atau beli dan kemudian pindahlah berdekatan dengan pejabat... wohoooo.... bunyi agak sedap tetapi hakikatnya bukan mudah seperti yang disangkakan... semua orang ada masalah yang tersendiri, dan semua orang ada masalah masing-masing ye tak?

Bila kerja waktu fleksibel tak berdisiplin? Sebab ikut keselesaan diri dan nak ikut waktu sendiri jer? Dush dush dush... hantuk kepala kat dinding jap. Bukakan minda dan bukakan mata... Siapa cakap? Di sini kita kaitkan dengan konteks kesesuaian keadaan semasa yang Farah dah bebel panjang-panjang kat atas tadilah... Negara-negara maju di luar sana kebanyakkannya dah aplikasikan waktu kerja fleksibel ni. Bukan bermaksud bila kerja waktu fleksibel ni diri tu tak berdisiplin. Tetap kena kerja 8 jam sehari dan cukupkan 8 jam sehari yer... Jangan nak semborono salah faham dan bagi andaian bukan-bukan. Kalau masuk lewat, lewatlah balik. Kalau masuk awal, awallah balik. Mungkin berfungsi jugak ni untuk sekurang-kurangnya kurangkan sikit kesesakkan lalu lintas tu. Hew hew hew. Sebab tak semua orang keluar menuju ke pejabat pada waktu yang sama.

Sejujurnya kalau tanya pendapat Farah... dah elok sangat dah kalau-kalau syarikat di Malaysia ni mengamalkan waktu kerja fleksibel. Serius... Tengok ajerlah situasi semasa kita di Malaysia ni... Jalan sesak tak berkesudahan... Yang baiknya lagi satu... kurang sikit orang cuti kecemasan, cuti sakit segala bagai disebabkan tak boleh nak sampai pejabat pada waktu yang ditetapkan... #ehhh Farah tak buat tau... ha ha ha... adalah sekaliiiii tu jer.... tapi bukan cuti sakit, cuti kecemasan.... ekekekke... dari kad akses merah? Ho ho ho, tak sanggup nak jejaskan rekod kedatangan oiiii.... prestasi kerja nak kena jaga jugak... banyak kelebihannya waktu kerja fleksibel ni... sungguh... tapi pada pandangan mata Farah lah... pandang pendapat orang lain, Farah tak pasti... hurmmm...

Alhamdulillah, kebetulan pejabat Farah yang baru ni mengamalkan waktu kerja fleksibel... bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang... semoga dipermudahkan, In Shaa Allah... Amin... Oh ya, masih di kitaran kawasan yang sama di bawah jajahan wilayah Petaling Jaya juga... Hik hik hik... Haruslah "uolss"... Petaling Jaya tu dah sebati dengan Farah selama 3 tahun 4 bulan ni... Hik hik hik... Akan datang tak taulah tapi rasanya kekal di sini dah... tak fikir pun nak tukar-tukar kerja lagi dah lepas ni selepas dapat tawaran ohsem ni... hadiah Allah SWT ni pada Farah... Alhamdulillah, syukran Ya Allah di atas rahmat serta anugerahMu kepada aku dalam kehidupan ini... "please note that"... Farah bukan berbangga diri ataupun riak tetapi bersyukur dan berkongsi kegembiraan sahaja... hu hu hu

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Waktu Kerja Fleksibel | "Flexible Working Hours" , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, November 30, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Mama baru tengah dok buat proposal untuk introduce flexible working hours ni kat my company

    ReplyDelete
  2. Suami sy pun jnis flexibal juga pjbtnya... Kalau lmbt just whatsapps je... Sbb xde puunch card... Tapi sy mmg x boleh la nk wat gtu selalu... Seseklai jika urgent xde hal la..

    ReplyDelete
  3. Office lya sblm ni pun amalkn fleksibel hours, dtg awal blik awal, dtg lewat blik lewat.so x trikat sgt

    ReplyDelete
  4. Flexible Hour ni bagus..
    Pekerja tak tertekan

    ReplyDelete
  5. Saya pun sokong kerja fleksibel ini, memudahkan pekerja

    ReplyDelete
  6. Wah..Tahniah... Dpt kerja baru..huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY