Sumber dari Google |
Jeng jeng jeng... siapa cakap bayi tak boleh makan aiskrim? Bayi pun boleh makan aiskrim lah... Haaa, siapa yang pernah buat macam ni?
Walaupun Farah tidak menyusukan Ash melalui susu dari badan sendiri, tapi sukalah kiranya Farah nak berkongsi dengan uolss semua tentang Breast Milk Momsicles... Iaitu aiskrim susu badan buatan sendiri... Pernah terfikir tak? Satu pencuci mulut yang ringkas dan sangat mudah disediakan...
3 Langkah Penyediaan
- Kenalah perah susu badan tu dulu kan? Kalau tidak mana nak dapat hasilnya... tak kisahlah sama ada pakai tangan ataupun pam, yang mana memudahkan serta menringkaskan kerja.
- Sediakan bekas-bekas sebagai contoh gambar di atas dan sterilkan dulu yer.
- Selepas itu, tuang ajer susu badan yang dah diperah tadi ke dalam bekas tu dan bekukan. Tunggu sejuk dan dah siap!
Mudah kan??? Boleh buat pada bila-bila masa dan lepas tu anak-anak boleh menikmati dengan indahnya seperti gambar di bawah...
Sumber dari Google |
Kalau Ash menyusu badan dah lama dah Farah buat macam ni... tapi Ash tidak...makanya Farah pun kongsikanlah dengan uolss semua. Kalau nak tau, Momsicles ni memang satu perkara yang popular di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak-anak tau terutama di luar negara. Kenapa?
Berkesan Untuk Membantu Mengurangkan Sakit Nak Tumbuh Gigi
Bayi nak tumbuh gigi akan seronok mengulum dan menghisap Momsicles ni...sebab sejuk dan melegakan sakit nak tumbuh gigi tu.
Snek Sihat Untuk Bayi
Momsicles adalah satu snek yang sihat untuk bayi dan membolehkan bayi mengeksplorasi tekstur makanan yang baru iaitu aiskrim!
Tiada Bahan Kimia Tambahan
Ibu-ibu boleh memberikan Momsicles ni dengan sekerap mungkin sebab selamat, tiada bahan kimia tambahan dan adalah susu yang diperah terus serta segar dari ibu itu sendiri. Susu ibu bila dah perah simpan dalam peti ais memang cara penyimpanan yang dianjurkan dan digariskan kan? Jadi ianya adalah sihat. Tak perlu perisa tambahan untuk Momsicles ni macam aiskrim-aiskrim lain.
Kandungan Nutrisi Yang Tinggi
Semasa bayi sedang "menderita" muahahaha... kesakitan nak tumbuh gigi, bayi mungkin menolak untuk menyusu. Makanya dengan adanya Momsicles ni, ibu-ibu tak perlu risau yang anak-anak tak nak menyusu yer. Salah satu modus operandi dan penyelesaian ni. Kan kan kan?
Bagus Untuk Melegakan Sakit Tekak
Doktor selalunya akan sarankan cecair sejuk ataupun ais untuk membantu melegakan sakit tekak pada bayi...makanya Momsicles ni adalah pilihan terbaik.
Sebagai Medium Memperkenalkan Solid Foods
Bayi akan mula menunjukkan minat tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka semasa makan. Momsicles ini adalah bagus, sedap dan bernutrisi di dalam memperkenalkan solid foods di dalam diet mereka.
Apa Yang Perlu Diperhatikan?
- Semestinya kena jaga kebersihan semasa menyediakan Momsicles ni. Yang terbaik adalah gunakan bekas silikon yang boleh disteril bila setiap kali digunakan.
- Untuk bayi yang masih belum makan, gunakan susu ibu sahaja semata-mata. Untuk bayi yang dah mula makan, boleh pelbagaikan sedikit. Letak kurma ke? Kismis ke? Berries ke? Yummehh!!!
- Gunakan bekas yang kecil dan ringan supaya bayi senang pegang dan juga senang untuk mengunyah atau menghisap.
- Jangan lupa pakaikan bib yer kawan-kawan...ha ha ha...namanya makan aiskrim... la la la... mestilah comot bomot giteww kaedahnya...
- Letakkan tikar atau alas di mana bayi tu didudukkan, sebab pasti akan meleleh...
- Ibu-ibu kena perhatikan yer untuk mengelakkan risiko kalau-kalau anak-anak tercekik...
Menarik tak??? Menarik kan??? Ha ha ha, nak sibuk jugak, walaupun Ash tak menyusu badan, gantikan dengan susu formula pun boleh!!! *_^... Ye tak? Untuk yang berura-ura nak mencuba atau bercita-cita nak mencuba... Jom kita sama-sama mencuba...ha ha ha...tapi bezanya Farah cuma pakai susu formula jer lah...susu den nan hado laie... ha ha ha... Selamat mencuba!!!
waaaa..idea yang bagus ..since mia memang kuat menyusu & suka ice krim..tp mana nak dapat bekas tu eh?
ReplyDeletebekas tu banyak kat kedai-kedai 2 ringgit dan juga kedai-kedai macam DAISO tu. Tak silap kat IKEA pun ada...
DeleteMenarik ni. Tggu ank besar sikit nnt nk cuba buat jg la :)
ReplyDeleteNanti dah buat kongsi tau sue...
Deleteuihhhh dasat
ReplyDeleteErrr apa yang dasatnya kak?
Deletemenarik ni..tapi mana nak cari acuannya tue....
ReplyDeleteAda kak MV... kat kedai RM 2, kedai macam DAISO dan IKEA pun ada rasanya... Boleh cuba online jugak... ^_^
DeleteThanks farrah.. boleh buat ni..
ReplyDeleteSila sila...heeee...my pleasure dear...
DeleteTak pernah pula nak terfikir nak buat macam ni. Thanks for the info sis!
ReplyDeleteha sekarang dah boleh terfikir dah...he he he...
DeleteWah....bagusnya idea nih...huhu
ReplyDeletebuat untuk cheq mek pun ok ni... tapi buat susu yang dia minum sekarang lah...ataupun drinks yang dia minum sekarang...mesti dia suka...
Deletesuka dengan color2nya yg menarik
ReplyDeletedulu masa anak2 kecik, kak mieja selalu beli dekat robinson, singapore,
mrs valentine: try cari dekat robinson midvalley, tapi tak sebanyak dekat sing.
kan kak mieja? mak budak pun suka yang colourful jugak...
DeleteDulu ada la buat sekali kat Mikhaill..hagham tak nak nye dia..dia takut sejuk tu..sekarangdah besar ni bekas tu buat aiskrim oren,milo,nak pulak dia..
ReplyDeletehe he he, ikut mood sorang-sorang baby tu...
Deletemould tu menarik..comel je..sesuailah untuk baby kan
ReplyDeleteha ah.. akak tengok pun suka jer comel jer...
DeleteTak ada anak lagi tapi teringin nak buat jugak.
ReplyDeleteha ha ha, dear tapi bukan susu ibu yer... buat perisa-perisa....
Deleteala bab nk pump yg malas ni sebab anak memang direct feed hehe tp idea ni memang menarik...tq 4 sharing !!
ReplyDeletemy pleasure dear...
Deleteboleh buat nanti kalau ada anak sendiri..hehe
ReplyDeletewah...sekarang dah ada macam2...eskrem susu ibu...hihihi...tp kan...x kembung ke perut baby nanti...for sure bukan baby baru lahir la kan...but still baby yang dah besar boleh sakit perut sebab sejuk....
ReplyDeleteWah... Boleh buat juga nih...
ReplyDelete