Sumber dari Google |
Sudah agak lama rasanya tidak berkesempatan berjemaah di masjid "uolss"... Sejak Ash lahir, waktu malam nak menjejakkan kaki ke masjid ibarat tak kesampaian pula nak tinggalkan Ash dengan Nek Ma dia sahaja... Dahlah siang Nek Ma, berhempas pulas membanting tulang menjaga Ash yang sememangnya ha ha ha...tak dapat nak diperjelaskan (atau saja tak nak memperjelaskan)... Oklah oklah dia adalah "hyperactive" sekarang ni... Membuas dan melasak ya ampunnn... Tapi dah nama pun anak lelaki kannn?
Belum berkesempatan lagi menjejakkan kaki ke masjid besar di kawasan perumahan Farah yang baru dibuka pertengahan tahun 2014 ini. Lihat dari luaran memang tersergam indah dan cantik binaannya. Dan setakat ini, memang banyak aktiviti-aktiviti musyawarah yang telah dilangsungkan. Seronoknya kalau dapat sama-sama menyertai. Tapi tak apa... Tunggu sikit masa lagi...In Shaa Allah, akan ada ruang dan kesempatan itu... Ash pun dah mula nak membesar dan dah nak masuk setahun. Yeayyy...lepas ni boleh ajak Ash bersama-sama Mummy, Nek Ma dan Atuk ke masjid. Dedahkan Ash sedari awal supaya dia tau dan dia faham pentingnya ilmu-ilmu akhirat dan pentingnya kesetiaan kepada Allah SWT... betul tak?
Bila bercerita tentang masjid ni... sepertimana yang boleh dilihat di dalam tajuk entri ni... Farah nak berkongsi sedikit hasil daripada pembacaan di artikel INI buat panduan serta ingatan kita bersama-sama... 12 Etika Wanita Di Masjid...
- Tidak memakai wangian dan perhiasan.
- Berdoa sejak dari rumah: "Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah."
- Berjalan ke masjid dengan tenang.
- Berdoa ketika memasuki masjid: "Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dan wajah-Nya yang Mulia serta kekuasaan-Nya yang abadi, dari godaan syaitan yang direjam".
- Berdoa ketika keluar dari masjid: "Dengan nama Allah, dan selawat dan salam bagi Rasulullah SAW. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari anugerah-Mu. Ya Allah, peliharalah aku dari gangguan syaitan yang direjam."
- Melakukan sembahyang tahiyatul masjid (2 rakaat) sebelum duduk.
- Tidak melakukan sembahyang sunat jika iqamat telah dikumandangkan.
- Segera keluar dari masjid selepas sembahyang.
- Tidak memakan makanan yang menimbulkan bau tidak sedap sebelum masuk ke dalam masjid.
- Tidak meludah di masjid.
- Tidak menguatkan suara di dalam masjid.
- Dibolehkan makan, minum dan tidur di masjid.
Kaum wanita tidak wajib mengerjakan
sembahyang berjemaah di masjid. Isteri-isteri Rasulullah saw melakukan
solat di bilik mereka dan mereka tidak pergi ke masjid, walaupun begitu,
kaum wanita dibenarkan pergi ke masjid.
Ada sejumlah hadis yang membahaskan hal tersebut termasuklah hadis dari Aisyah r.a :
“Para wanita beriman ikut mengerjakan sembahyang Subuh bersama Rasulullah. Mereka menyelubungi diri dengan pakaian mreka, kemudian pulang ke rumah selepas sembahyang berjemaah tanpa seorang pun mengenali mereka kerana masih gelap” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).
Sebenarnya bagi wanita, sembahyang di rumah lebih afdal daripada mereka
sembahyang di masjid. Alasan bahawa sembahyangnya wanita di rumah lebih
baik adalah agar terselamat dari fitnah. Hal ini diperkuatkan dengan
trend kaum wanita yang gembar berhias dan bersolek.
Terima kasih Aida Sue di atas perkongsian artikel ini dan semoga sama-sama bermanfaat buat kita semua.
Nice sharing ^-^
ReplyDeleteTQ kak for this info yang bermanfaat ni :)
ReplyDeleteAkak... shad pun dah lama tak pergi masjid kak..
ReplyDeletenice sharing.. :D
tq sharing kak..lama jugak xg masjid..huhu..klau g kluar je slalu singgah masjid..
ReplyDeleteperkongsian menarik :)
ReplyDeleteDapatkan aplikasi android untuk blog anda di http://goo.gl/g1WtSi
ReplyDeleteNice sharing... Memakai wangian tu sunat bg lelaki ...
ReplyDeleteNice sharing farah
ReplyDelete