"Latchkey Kid"

Sumber dari Google
Biasa dengar atau baru pertama kali dengar ni tentang "Latchkey Kid"? Fenomena "latchkey kid" ni bukan kebiasaan masyarakat Malaysia tapi trend ini semakin meluas terutama bagi mereka-mereka yang tinggal di ibu kota ataupun bandar. Apa sebenarnya "latchkey kid" ni? 

Menurut sumber di SINI ..."Latchkey kid" merujuk kepada mereka yang ditinggalkan sendirian di rumah tanpa ibu bapa atau penjaga dalam jangkamasa tertentu. Boleh kata home alone lah ni... Terma ini dahulunya diberikan kepada anak-anak yang sendirian di rumah dalam Perang Dunis Kedua kepada situasi di mana para bapa pergi berperang sementara para ibu keluar bekerja di dalam industri pembuatan alatan dan keperluan perang. Anak-anak akan pulang ke rumah sendirian bersama kunci yang diikat pada rantai atau riben yang disarung pada leher mereka.

Kalau merujuk pada zaman sekarang ni, "latchkey kid" mengikut pemahaman Farah adalah di mana, apabila ibubapa bekerja dan anak-anak ditinggalkan sendirian di rumah untuk tempoh waktu tertentu. Kebiasaannya yang Farah lihat, ibu akan menguruskan keperluan anak-anak terlebih dahulu. Kira-kira ditinggalkan lengkaplah semua... Lauk pauk, nasi dah dimasakkan tinggal sama ada nak panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau tidak dan tinggal makan ajer... Baju-baju yang nak dipakai dah disediakan... Macam tulah lebih kurang...Kira-kira cukup apa yang anak-anak perlukan semasa ketiadaan ibubapa... Biasanya fenomena "latchkey kid" ni dalam masyarakat kita ada diterapkan oleh sesetengah ibubapa yang mana anak-anak mereka dirasakan dah bijak berdikari sendiri tanpa perlu menghantar ke rumah pengasuh. 

Sebab apa "latchkey kid" ni menjadi pilihan sesetengah ibubapa? Macam yang Farah katakan di atas, kerana dirasakan anak dah boleh berdikari sendiri dan salah satu dari sebabnya juga, untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan disebabkan kos sara hidup yang terlalu tinggi buat masa sekarang.  Situasi kehidupan mempengaruhi kepada keadaan ini dan ada juga disebabkan oleh ibubapa yang telah berpisah. 

Dari artikel yang sama juga, ada dikongsikan tentang situasi "latchkey kid" di Malaysia, yang mana menurut artikel tersebut... Satu laporan tentang anak-anak yang menghubungi talian Childline Malaysia yang dikeluarkan oleh NST pada Disember 2011 boleh dirujuk. Daripada 5,127 panggilan yang diterima sejak mula dilancarkan, sebanyak 2044 panggilan adalah daripada kanak-kanak yang kebosanan, bersendirian, tertekan dan mempunyai keinginan untuk membunuh diri. Lebih mengejutkan panggilan sebegini juga datang daripada anak-anak semuda 4 tahun dan kebanyakan daripada mereka adalah anak-anak "latchkey kid". Laporan ini mengukuhkan lagi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia tentang morbiditi psikiatri di kalangan kanak-kanak 5 - 15 tahun yang meningkat daripada 13% kepada 20.3% dalam masa 10 tahun.

Tinggalkan anak-anak sendirian bila kita bekerja di rumah memerlukan keyakinan yang tinggi dan kena banyak-banyak tawakal pada Allah. Terus terang dan jujur Farah katakan yang walaupun pada waktu dan ketika ini Ash tinggal dengan Nek Ma dia, tak mustahil satu hari nanti akan tiba masa untuk Ash hidup tanpa Nek Ma. Itu fitrah dan janji Allah. Bukan Farah mendoakan tapi memikirkan yang akan datang. Tak salah kan berfikiran sebegitu? Uolss faham kan apa yang Farah maksudkan? Tapi sejauh manakah kesediaan Farah sebagai seorang ibu untuk membiarkan anak Farah tinggal berseorangan di rumah sementara Farah bekerja? Jawapan jujur dan ikhlas, Farah memang sama sekali tak sedia pun dan memang tak akan pernah untuk tinggalkan Ash berseorangan tanpa Farah ataupun pemerhatian orang yang Farah percayai. Memang sampai satu ketika kita sebagai ibu kena belajar yakin untuk lepaskan anak kita berdikari sendirian pada satu-satu masa, tapi meninggalkan Ash seorang diri di rumah bukan caranya bagi Farah. Macam-macam perkara boleh berlaku dalam zaman sekarang ni dan Farah tak nak ambik risiko tu. Walau susah macam mana pun, Farah akan cuba untuk uruskan yang terbaik untuk Ash.

Itu Farah-lah, tapi orang lain Farah tak pasti. Mungkin keadaan terlalu mendesak, siapa yang tahu kan? Sebab kita semua-semua ni takkan tahu apa masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa lain... Setiap individu ada masalahnya yang tersendiri... Dan tak pula dikatakan salah untuk tinggalkan anak-anak bersendirian di rumah...

Panduan Meninggalkan Anak-Anak Sendirian 
Biarpun ia bukanlah sesuatu yang dibanggakan, tapi desakan kehidupan menjadi antara sebab ia tidak dapat dielakkan. Juga tak semestinya kehidupan "latchkey kid" akan berakhir dengan tragedi. Sedikit panduan dari artikel INI

Bilakah Masanya?
Tanya pada diri, adakah anak-anak sudah cukup matang untuk ditinggalkan sendirian. Prevent Child Abuse, Indiana menyediakan risalah berkaitan. Antara persoalan yang harus dipertimbangkan termasuk:
  1. Adakah anak-anak cukup matang?
  2. Bolehkah anak-anak menangani ketakutan, kesunyian dan kebosanan?
  3. Adakah mana-mana orang dewasa yang bertanggungjawab tinggal berhampiran?
  4. Adakah anak-anak mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika kecemasan?
  5. Adakah anak-anak telah tahu melakukan tugasan harian di rumah?
  6. Adakah anak-anak sering menyelesaikan masalah tanpa bantuan?
  7. Jika anak-anak akan berada bersama adik-beradik, adakah mereka tahu meleraikan konflik sesama mereka?
  8. Adakah anak-anak selesa dengan idea untuk tinggal di rumah sendirian?
Keperluan Keselamatan
American Medical Response (AMR) menggariskan panduan keselamatan bagi anak-anak sendirian di rumah:
  1. Periksa risiko keselamatan rumah secara menyeluruh dan ajar anak-anak bagaimana mengelakkan risiko.
  2. Tampal nombor-nombor kecemasan dekat dengan telefon rumah. Ajarkan anak-anak tentang bila dan bagaimana untuk menggunakan nombor-nombor tersebut.
  3. Pastikan anak-anak tahu nama penuh mereka, alamat rumah, nombor telefon rumah serta nama penuh, tempat kerja dan nombor anda di tempat kerja.
  4. Sediakan kit pertolongan cemas dan ajarkan cara menggunakannya.
  5. Wujudkan dan praktis pelan menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.
  6. Tentukan jalan yang perlu diambil untuk pergi dan pulang dari sekolah. Jika boleh, pastikan mereka tidak akan berjalan sendirian. Biasakan mereka untuk terus pulang ke rumah tanpa singgah di mana-mana.
  7. Pastikan kita punyai sistem memeriksa sama ada anak-anak selamat berada di rumah atau tidak dan tetapkan orang dewasa lain yang dapat memeriksa mereka jika kita tidak dapat melakukannya.
  8. Bincang dan praktis bagaimana anak-anak harus respon kepada orang yang tidak dikenali, mengelakkan diri dan melaporkan kepada orang dewasa yang dikenali jika cuba didekati.
  9. Elakkan anak-anak membawa barang-barang yang mempunyai nama mereka. Pastikan kunci tidak dilengkapi dengan alamat rumah.
Untuk ibubapa yang berfikir ke arah meninggalkan anak-anak bersendirian di rumah, bolehlah mula fikir-fikirkan dan uruskan yang mana-mana patut... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Latchkey Kid", diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, October 31, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

22 comments:

  1. mcm scary je nak tinggal anak kat rumah sorang2. eiya sendiri yg dh besar ni pun seram je duk rumah sorang2. Tapi kalau anak dia betul matured, boleh je praktik kan.

    ReplyDelete
  2. Apa yang pasti latchkey kid memang akan jadi anak yang boleh berdikari,
    boleh bekerjasama dengan adik beradik, berdisplin dan boleh dipercayakan.
    Yang penting ibu bapa berikan guide line apa yang boleh dibuat dan tak boleh dibuat
    sewaktu ketiadaan. Serius Farah, anak akak yang no 1 - 4 memang dah lama ditrain sejak kecil jadi anak latchkey kid. Yang 5 & 6 je tak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, yang penting didikan serta aturan ibu bapa...

      Delete
  3. Masa kecik sue dan adik2 dah di train. So x de masalah sbnrnya. Sama2 jaga dan ambil berat adik beradik ms parents x de.

    ReplyDelete
  4. Biasa dengar anak yg taknak duduk dengan pengasuh, dalam erti kata lain berani berdikari..boleh la..hee irra pon tak berani la..lain kalau dh pandai,.dah besar..dapat buat keputusan yg betul,,mungkin mommy berubah fikiran..mommy Irra

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi hi, fikiran dan pendapat kita mungkin berubah kan?

      Delete
  5. saya sendiri bekas latchkey kid..hehe.tapi tu dulu, zaman 90-an lain kan sis..kena ajar anak betul-betul terutama kat part 'jangan main api' dan 'jangan bukak pintu sebarangan'..huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu keselamatan tu perlu diambil kira dengan serius...

      Delete
  6. biarlah anak dah betul2 matang dan mampu berdikari dan ada keberanian untuk hadapi masalah bila berseorangan. kalau belum, seeloknya biar dia berteman. tak pun, sibukkan anak dengan kelas tuisyen

    ReplyDelete
  7. kiranya saya ni latchkey kid. masa kecik2 mmg saya dah diajar tinggal sorang2 kt rumah. dlu tinggal dengan org jaga. lpas tu dh masuk skolah menengah, saya mmg tinggal sorang2 kt rumah.

    ReplyDelete
  8. good sharing..ramai rasanya yang terpaksa meninggalkan anak di rumah untuk berdikari

    ReplyDelete
  9. Tips yg baik utk semua ibubapa kt luar sana termasuk la Lya..

    ReplyDelete
  10. tak sempat nak jadi latchkey kid, kecik2 arwah opah jaga sampailah dah besar sebab dia tinggal dengan kami sejak mama kawin.... tapi kakak2 sedara sha 3-3 beradik bekas latchkey kid, memang sangat berdikari dan matured....

    zaman sekarang ni... alahai... serem... tapi tips yang berguna, bak kata kak farah, selebihnya tawakal pada Allah SWT....

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY