Home » , , , , , , » Arnab Yang Sombong...

Arnab Yang Sombong...

Source Extracted from Google
Nak kata bedtime stories, tak jugak sebab tengah petang2 ni...muahahahaha...nak kata pertandingan bercerita pun tak jugak...sebab iolss saja nak membebel, tetiba teringat pulak kat kisah Arnab Yang Sombong ni masa zaman2 kecik2 dulu... Tapi, something came across my mind...muahahahaha.... So layankan ajerlah yer pada sesiapa yang rajin melayan tu... Sok2 Ash dah besar, suruh dia baca jer kalau nak tau kisah Arnab Yang Sombong cam mana...Itupun kalau Bubblynotes.Com wujud lagi masa tu...wakakakaka...In Shaa Allah...Long live Bubblynotes.Com!!! Erkss...Ok, dah mula merapu... Friday Syndrome katanya...

Paaadaaa zaman da'hu'lu (dengan tonasi macam masuk pertandingan bercerita masa sekolah rendah dolu2...hik hik hik)... ada seekor arnab yang sangatttt sombong. Dia amat berbangga dengan kepantasannya berlari. Suatu hari, dia terjumpa seekor kura2 yang berjalan dengan amat perlahan. Lalu, ketawalah Sang Arnab terbahak2 dengan sekuat hatinya. Dalam kesombongan serta kebongkakkannya itu, dia telah mengajak Sang Kura2 berlumba lari. Walaupun Sang Kura2 tahu bahawa dia akan kalah, tapiii Sang Kura2 tetap menyetujui untuk bertanding dengan Sang Arnab.

Tiba di hari perlumbaan, kedua2 haiwan ini pun berlumba lari. Seperti yang diduga, Sang Arnab mendahului perlumbaan tersebut. Akan tetapi, sampai di sebatang pokok berhentilah Sang Arnab lantas tertidur kerana dia yakin bahawa Sang Kura2 pasti tidak dapat melepasinya walaupun dia tidur. Huh...ni kes over-confident-lah ni Si Arnab ni.... Apabila Sang Arnab terbangun dari tidur, dia melihat Sang Kura2 telah hampir dengan garisan penamat. Maka berlarilah Sang Arnab dengan sekuat2nya. Well, dah lambat kann??? Sang Arnab tak berjaya mendahului Sang Kura2 ke garisan penamat. Maka, kalahlah Sang Arnab di dalam perlumbaan itu. 

Makanya, the moral of the story, semua orang pun tau kannn uolss??? Jangan overconfident, jangan sombong, jangan bongkak, jangan takbur dan memperkecil2kan orang lain... Keluar perkataan tu biar beragak2 sikit...takut nanti makan diri sendiri... Jangan sesekali nak bangga sangatlah dengan apa yang kita ada...Kalau kita kaya, sebenarnya ramai lagi yang kaya dan berharta dari kita... kalau kita rasa kita ni pandai sangat kann, sebenarnya ramai lagi yang lagi bijak pandai, cerdik dan genius dari kita, kalau kita rasa kita ni cantik, cute miut sangatt sebenarnya ramai lagi yang lebih cantik dan cute miut serta extravaganza dari kita...muahahahaha.... kalau kita rasa diri kita ni dah cukup bagus, sebenarnya ramai lagi yang lebih bagus serta perfect dari kita...but manusia tak ada yang perfect ok??? Apalah sangat sebenarnya kita kalau nak dibandingkan dengan orang2 yang lebih kanan lagi dari kita kannn???

Macam tulah seumpamanya... bila senja tiba, kunang2 rasa merekalah yang menerangkan bumi ini. Tapi, apabila bintang mula berkilau2an kat langit, si kunang2 dibaluti rasa malu. Bintang pulak mendabik dada, kononnya dialah yang menyinari bumi ini dengan kilauannya yang berkelip2an.. Tapi bila bulan menjengahkan wajahnya yang indah berseri, dengan cahaya yang tenang dan damai, bintang2 berasa malu. Rasa diri mereka terlalu kerdil. Sang bulan dengan bongkak mengatakan akulah penyeri alam yang sebenarnya hinggalah tiba2 muncul sejalur cahaya di kaki langit. Cahaya merah keemasan itu makin lama makin besar sehingga akhirnya bumi ini cerah dengan simbahan cahaya sang mentari. Bulan lenyap begitu sahaja.

So, kalau2lah kita rasa diri kita ni dah terbaik, dah perfect segala2nya sampaikan selalu nak mention or gebang yang melebih2 dan ada kalanya menipu tu.... tapi kosong, kita jerlah yang genius, kita jerlah yang pandai dan betul, ingatlah sama2 ek untuk kita muhasabah diri kita sama2...bahawa penguasa alam ini lebih segala2nya. Dia yang Mencipta, Menghidupkan, Mematikan dan Memiliki segala2nya.... ^_^....

*Bebel orang mengantuk di petang Jumaat uolsss....hu hu hu ....

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Arnab Yang Sombong..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, August 15, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

20 comments:

  1. Ustazah farah waheda...nice sharing ;)

    ReplyDelete
  2. dulu ayah selalu cerita time nak tidoo..hihihih
    Suka sangat perumpamaan akak tu...nice sharing..Thanks kak..Dan jgn selalu berasa kita ddk kat atas takkan tuun ke bawah kerana hidup in ibarat rodakan..:D

    ReplyDelete
  3. heee.. teringat kartun kat tv lea pulak.. rasa nak nengok balik..

    ReplyDelete
  4. jangan rasa diri terlalu sempurna...fullstops! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi hamboi...ha ha ha, dah pandai fullstops dah sekarang nampak??? wakakakakaka.... yet it is true indeed...

      Delete
  5. selalu iolsss bila rasa diri tak sempurna, iolsss akan overconfident perasan diri iolsss gojessss.....hiuhiuhiu

    ReplyDelete
  6. betul sekali tu farah, berkaitan pulak entry kita berdua hari ni ye? hihihi

    ReplyDelete
  7. byk mesej dlm cerita arnab ni kan kak
    moga kita x spt arnab yg sombong tu

    ReplyDelete
  8. Betul sangat tu Farah.. kalau kita ni berbual dengan somebody and that somebody tu perasan yang dia la yang terbaik..tersempurna.. memang rasa cam nak hantukkan je kepala org tu kat dinding!

    ReplyDelete
  9. saya masa dekat mrsm dulu ada sambungan cerita dia tau. tajuk dia perlumbaan kedua.

    tapi at the end, kalah lagi. haha (kalau x silap lah, lupa dah.)

    ReplyDelete
  10. betul tu kak Farah.. sentap gak baca entry ni..ye la...sometimes ira pon ada jugk tak sgja menyombong.. astaghfirullahalazim.. jangan diulang lagi la..:'( thanks kak..

    ReplyDelete
  11. Orang berlagak bagus ni elok tanya dia "Kalau ang rasa baguih, ce jalan atas air tanpa guna apa apa" :3

    ReplyDelete
  12. Terbaik la kak farah entri kali ni mendalam sangat....betul tu apa la yang dapat dengan berlagak...rileks sudah kan hehe...

    ReplyDelete
  13. Mesej yang cukup baik utk disampaikan adalah melalui ceruta ..

    ReplyDelete
  14. terima kasih kerana mengingatkan kak farah.. suka sgt entri ni. :D

    ReplyDelete
  15. Suka layan cerita pada zaman dahulu... Hehe... Ada la citer nih..

    ReplyDelete
  16. Jadi ler kura2 yg tak sombong...

    ReplyDelete
  17. good moral story :) jadikan teladan.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia