Melatih Anak Untuk Berpuasa???

Farah Waheda Wahid
17
Source Extracted from Google
Salam Jumaat peeps!!! Wohoo bahang Ramadhan semakin dirasai... dan sememangnya weolls perlu bergembira dalam menyambut kedatangan bulan mulia ini. Iolss pun dah mula warm up post entri2 yang berkaitan Ramadhan dah ni... Hua hua hua... Thematic giteww katanya... 

Bila tengok gambar  yang kat atas ni terbayang pulak (jauh sungguh bayangan iolss ni... ahaksss)... Agak2nya macam ni lah gaya arjuna beta esok2 bila dah mula nak berlatih puasa... Ohooo... jauh betul pandangan dan imaginasi... Ihikss... tapi tak salah kann???

Dalam melatih anak2 berpuasa ni weollss tak boleh melakukan secara paksa. Sebaliknya perlu dilakukan secara berperingkat kerana anak2 kecil belum memiliki kewajipan untuk berpuasa penuh. Beberapa cara yang boleh membantu dalam melatih si kecil berpuasa. Kalau pada mulanya susah jangan sesekali putus asa ok uolss??? Semoga Allah SWT memudahkan niat weollss sebagai parents untuk mendidik anak2 supaya turut berpuasa. Walaupun masa untuk Ash jauh lagi kann??? Bersedia dari awal apa salahnya kann???

Antara cara2 yang boleh dipraktikkan...

1. Memberikan kefahaman tentang kepentingan Ramadhan. Seeloknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Gunakan kata2 yang jelas intonasinya, lemah lembut gaya pujuk dan menggunakan bahasa yang sederhana sesuai dengan umur anak. Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tak boleh dilakukan. In Shaa Allah akan timbul niat dalam diri anak bila tibanya Ramadhan.

2. Sambutlah bulan Ramadhan dengan wajah yang berseri2 dan penuh ceria. Anak pasti akan bersemangat untuk berpuasa dan akan dipraktikkan dengan mudah sehingga mereka meningkat dewasa.

3. Menetapkan waktu tidur anak bagi memudahkan mereka bangun sahur.

4. Tidak meletakkan makanan mahupun minuman secara terbuka di hadapan mereka. Letak jauh daripada perhatian anak.

5. Seeloknya jauhkan anak daripada bergaul dengan kawan2nya yang malas berpuasa sebaliknya galakkan anak bergaul dengan kawan2nya yang rajin berpuasa.

6. Menjanjikan hadiah sebagai rangsangan. Kira macam upah puasa lah ni kann??? Macam zaman kita kekecik dulu... kalau puasa penuh dapat berapa ringgit... Satu hari penuh puasa berapa ringgit, setengah hari berapa ringgit... Ahakss... (sounded cam ajar anak materialistik jer)... hurmm no comment sebab ada baiknya dan ada buruknya cara ni kann??? But it works most of the time. Di samping penghargaan dan pujian sebagai anak yang sabar, hadiah berupa peralatan pembelajaran boleh juga diberikan.

7. Beritahu tentang pahala dan syurga Allah SWT kepada anak. Mereka pasti akan merasa seronok sekaligus dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.

8. Memberi alternatif pengisian waktu yang tepat dan positif. Contohnya, waktu tidur atau memberi permainan yang mendidik agar anak luoa dengan rasa haus dan lapar. Parents juga boleh mengajak anak2 mengaji Al-Quran bersama2 dan membacakan kisah2 teladan para Nabi dan Rasul.

9. Mengajak anak menyemarakkan syiar Islam seperti solat terawih berjemaah di masjid, mengaji dan mengkaji Al-Quran dan sebagainya.

10. Mulalah mengajar anak berpuasa di bulan Ramadhan dari umur seawal mungkin. Perhatian yan berterusan dengan pengendalian yang bijak dapat mencambahkan kesedaran serta minat anak untuk berpuasa. Mendidik anak2 adalah satu tanggungjawab. Kesedaran anak dalam bab berpuasa merupakan tabungan ibadah bagi weolls sebagai parents yang telah mendidik mereka dengan cara sewajarnya.

Sumber: SINI

Of course lah tak semestinya dalam melatih anak2 berpuasa ni, mula2 jer penuh terus sehari puasa... Mostly budak memang takkan menahan dan ada kalanya boleh menimbulkan kemudaratan pada kesihatan mereka kalau terus2an paksa sehari penuh berpuasa. So the norm is biasanya parents akan do step by step ye tak??? Suku hari dulu ke? Lepas tu up sikit 1/2 hari... lepas tu up 3/4 day lepas tu penuh.... kena banyak sabar kann dalam mendidik anak??? ^_^...Dan mungkin ada di antara weolls yang dah mengalami fasa2 ni....

*As early as possible??? ^_^... Hi hi hi... tengah buat planning pulak tetiba at what age nak ajar Ash puasa ni... La la la... Mesti comel jer gelagat Ash berpuasa nanti ni... ahakss Mummy yang over... walhal jauh lagi masa tu... pada yang dah mula melatih anak2 untuk berpuasa tu... all the best uolss and banyakkan sabar and makes it interesting and fun for them tau??? *_^


Post a Comment

17Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nice sharing...kena janjikan hadiah baru ler anak-anak ni semangat nak puasa

    ReplyDelete
  2. Nak bawak gi solat Tarawikh tu yg risau sgt. Xreti dok diam. Karang org solat..dia tah ke mana.

    ReplyDelete
  3. nak melatih biarla sejak dari kecil kan sis..sokong2..tapi ash blm blh lagi masih baby hehehe

    ReplyDelete
  4. tu la.. nak latih si aleeya juga... berapa hari la agak nya tahun nya... ke setengah hari je... 1 hari pun jadi lah... hehehe... baru 5 tahun,...

    ReplyDelete
  5. kesian Ash...awal-awal mummy dah search nak suruh dia pose..hahaha

    ReplyDelete
  6. betul2, tingat pulak zaman dulu2 masa puasa.tp kena ingat juga bab solat tu lg kena jaga kan?

    ReplyDelete
  7. bagi anak makan pun ibu dia pulak yang terliur..kena kuatkan iman..

    ReplyDelete
  8. ingat zaman kekanak dlu,sehari 50 sen..tu yang semangat memasing nak pose tu...best2

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni tengah latih Shumi berpuasa ... dah darjah 2 ...hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..Dania akak latih berpuasa dari tadika...sampai sekarang penuh puasa...kesian plak tgok dia lembik sampai tunggu petang....

    ReplyDelete
  11. alah kite yg tua2 ni pon kadang suke tengok jam camgitu hihihi
    anak-anak kalau didedahkan awal insyaallah senang di latih
    selamat berpuasa farah, take care
    :)

    ReplyDelete
  12. PERKONGSIAN YANG BERGUNA UNTUK IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK2 BERPUASA ..Lya pon ajar anak step by step jugak dulu bukan terus suruh puasa penuh ..Alhamdulillah semuanya OK takder masalah..

    ReplyDelete
  13. Nice sharing... Cuma ajrlah buka pksa kn..

    ReplyDelete
  14. ash kena puasa stgh hari tak leh minum susu..hehehe..:p

    ReplyDelete
  15. pelan pelan ajar anak nanti lama lama boleh adapt :)

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum farah...betul n bagus tu...:)

    ReplyDelete
  17. bila time nak dekat azan maghrib la yg tak tahan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !