Source Extracted from Google |
Oh my!!! Pagi tadi terdengar dari Era.FM...erks... Era??? Sejak bila beralih kepada Era ni??? Muahahaha... Terbukak uolss terbukak... yang catuan air bakal berulang kerana fenomena El-Nino... Uolss dah biasakannn dengan tentang El-Nino ni.. nama sedap tapi tak sesedap kesannya...
Source Extracted from Google |
Perkataan El Nino yang berasal dari bahasa Sepanyol yang bermakna "budak lelaki" di mana ianya mula2 dikesan oleh masyarakat Amerika Selatan yang bertutur dalam bahasa Sepanyol di Peru, Uruguay, Chile dan sebagainya.
Source Extracted from HERE |
Kejadian El Nino ialah perubahan suhu permukaan laut yang tidak menentu. Di bahagian pertengahan lautan Pasifik akan terlalu panas yang menyebabkan pemeluwapan yang tinggi. Maka akan berlakulah 2 olahan tiupan angin yang berbeza.
Source Extracted from HERE |
Dalam fenomena El-Nino secara relatifnya suhu di Malaysia akan bertambah sebanyak 3oC lagi.
Memang terasa bahangnya sekarang kann??? Kalau kat rumah tu ber-air-cond jer lah... Perghh...memang bil elektrik akan berjalan lancar ibarat air sungai mengalirlah tu... Muahahaha....
Tapi... bukan nak menciwi pasal El Nino sangat pun sebenarnya uolss...Kalau uolss nak baca secara lanjut boleh baca di SINI... agak bagus penerangan beliau...
Yang iolss nak bebel adalah kesan ok? kesan dari Fenomena El Nino ni..
Menurut Bernama di SINI ... Catuan bekalan air di Lembah Klang dijangka berulang kembali jika paras air di Empangan Sungai Selangor merosot ke tahap membimbangkan akibat fenomena El Nino. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata walaupun musim kering dijangka melanda negara mulai bulan ini namun kesannya hanya dirasai pada Julai. Erkss..nak raya dah tu kann???
"Buat masa ini, paras air di Empangan Sungai Selangor hanya meningkat tujuh peratus kepada 43 peratus berbanding 36 peratus pada 2 bulan lalu ketika catuan bekalan air dilakukan. Jika musim kering menyebabkan paras tersebut kembali menurun, maka catuan terpaksa dilakukan kerana 60 peratus bekalan air di Lembah Klang datang daripada empangan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Kebangsaan Teknologi Hijau bersempena Minggu Teknologi Hijau 2014.
Sebahagian Selangor dan Lembah Klang mengalami catuan air secara berjadual dan berperingkat selama 3 bulan antara Februari dan April ekoran kekurangan bekalan semasa musim panas baru2 ini. Mahdzir berkata ketika catuan dilakukan, kadar pengeluaran air di Lembah Klang diturunkan kepada 1,700 liter sehari berbanding kadar biasa 2.700 juta liter sehari.
"Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor akan melakukan pelbagai cara untuk meningkatkan paras air di empangan tersebut, termasuk mengepam air dari kolam takungan dan menggunakan air bawah tanah selain kaedah pembenihan awam oleh Jabatan Meteorologi," katanya.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air baru-baru ini mengeluarkan garis panduan untuk kegunaan operator air di seluruh negara sepanjang tempoh Malaysia dilanda fenomena El Nino atau cuaca kering. Garis panduan itu, antara lain, mengarahkan operator air memantau rapi paras sungai dan empangan yang membekalkan air mentah kepada loji rawatan di negeri masing-masing, mengaktifkan Pelan Kontigensi Bekalan Air sekiranya paras air menyusut pada paras waspada dan menyediakan keperluan logistik bagi menghantar bekalan air bantuan.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara mengalami musim kering bermula bulan ini hingga September manakala Pertubuhan Meteorologi Dunia menjangkakan fenomena El Nino berlaku pertengahan tahun ini dan mungkin berlanjutan antara 6 hingga 18 bulan.
Jeng jeng jeng... ini kemungkinan tapi tak mustahil berlaku, tau tau ajerlah isu air di Malaysia ni kann??? Terutama di Lembah Klang... makanya, bersiap sedialah kita semua dengan kemungkinan catuan air yang bakal berulang ni uolss... Tong2 air yang dah simpan tu nak kena simpan elok2 dan betul2... sat ni kalaulah kata jadi balik... makanya keluarkanlah balik ye tak??? Hew hew hew...
*Nampak gayanya kalau catuan air berulang, Ash mandi ikut sukatan botol air mineral baliklah ni ek??? Ha ha ha...
Dah dekat nak bulan puasa ni, kalau ada catuan air sudah tentu terasa mencabar betul kan Farah :)
ReplyDeletealamak kena tadah siap2
ReplyDeletedlm mggu ni da mula terasa
ReplyDeletemineral pun mineral laaa mummy, asalkan Ash berbau wangi hehehe :D
ReplyDeletealahai...seksa sungguh bila air kena catu.
ReplyDeletehopefully hujan kembali mencurah seperti sebelum nie......... ujian berat di bulan ramadan kalau ia benar2 berlaku.......
ReplyDeletememang berbahang dalam 3 ke 4 hari ini....tapi baru kejap tadi bandar melaka hujan rahmat turun dengan lebatnya seolah menyelami hati yang kering berdengkang nie.....
ReplyDeleteskang musim panas semula.harap² takde catuan air dan moga hujan jugak akan turun. nak tidur malam pun dah macam sauna :(
ReplyDeleteoh noooo.... hahaha.. banyak betul dugaan malaysia ni.,.. musibah dtg bersilih ganti.. huhu
ReplyDeleteMmg skrang ni terasa bahang panasnya...xleh bayang puasa nanti cemane...sabarjela...huhu...
ReplyDeleteharap ianya tidak berlarutan hingga terpaksa kepada catuan,kesian mereka yang terlibat..tapi sekarang pun dah terasa bahangnya walaupun hujan turun..
ReplyDeleteNti lagi panas la yer..
ReplyDeletexperrr sbb sy dh ready ooo yeahhh ;p
ReplyDeletemakin panas lah nnt
ReplyDeleteohhhh tidak...hari tue catuan pun dah separuh tenat rasanya...moga2 kali nie xde la catuannya...
ReplyDeleteYe betullah Farah. Kakak pun dengar berita radio pagi tadi.
ReplyDeleteYg sedihnya nak puasa dan raya kalau terus kena catu agak payahlah..
Catu lagi ? Okay ! Mari tadah air. :D
ReplyDeletearggghh tak suka.. susah la kalau kena catu.. huhu
ReplyDeletebeli tong air siap-aiap..sebab masa krisis nanti harga akan melambung
ReplyDeleteoo mcm tu la nino..minta2 xkena catuan air lg..
ReplyDeleteApa-apa.pun get ready... Moga ada kmbli hujan... Huhu
ReplyDeletetak nak.. tak suke.. air tak de.. huwaaaa.....
ReplyDelete