Home » , , , , » Terbaru: Saya Tak Bersetuju Wanita Tak Bertudung Masuk Neraka - Raja Azmi

Terbaru: Saya Tak Bersetuju Wanita Tak Bertudung Masuk Neraka - Raja Azmi

Source Extracted from Google
Cerita panas lagi ni... baru jer terbaca di laman web ASTRO AWANI di SINI ... Jom kita baca sedutannya...

KUALA LUMPUR: Produser Raja Azmi berkata isu bertudung yang dijawabnya kepada media elektronik baru-baru ini hanyalah pandangan sebagai seorang Islam dan minta tidak perlu diperbesarkan.

“Kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya yang tidak bersetuju wanita tak bertudung akan masuk neraka?

“Sebenarnya saya bercakap sebagai seorang Islam yang punya pandangan tersendiri. Tak semestinya wanita yang bertudung itu sah akan masuk syurga tanpa dihisab dengan amalan yang lain.

“Adakah berdosa besar saya yang baru pulang dari Umrah ini tidak bertudung? Menutup aurat bukan di kepala sahaja.

“Saya tidak mahu tudung itu digunakan untuk menutup segala kesalahan yang lain tanpa menitik beratkan amalan yang lain,” katanya kepada murai.com.my

Raja Azmi diminta mengulas mengenai kelantangannya di dalam media elektronik baru-baru ini apabila dia bercakap mengenai hukum agama yang dianggap tidak menjaga sensitiviti orang Islam.

Produser Filem ...Dalam Botol itu juga dilaporkan seolah-olah telah mendedahkan pekungnya sendiri apabila dikatakan bercerita mengenai ibadat solatnya yang masih lagi tidak dapat dipenuhinya itu.

Raja Azmi berkata buat masa ini dia belum bersedia lagi hendak bertudung dan kini sedang berusaha melengkapkan amalan-amalan agama yang lain.

“Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak perlu.

“Pada saya, lebih baik saya mempertingkatkan amalan ibadah dan jariah yang lain dahulu sebelum mengambil keputusan sepenuhnya bertudung,” jelasnya lagi.

Raja Azmi berkata lebih baik orang ramai fokus pada isu wanita bertudung yang lain yang dikatakan banyak melakukan perbuatan maksiat.

“Sekarang ini pun wanita bertudung ramai juga yang melakukan zina dan maksiat. Di akhbar juga banyak wanita bertudung dilaporkan melakukan aktiviti tidak bermoral dan sebagainya. Paling teruk ada juga yang sanggup menipu pakej Umrah dengan hanya berpakaian seperti orang yang alim dan baik,” luahnya lagi. -- Astro Gempak

Berita mula diterbitkan pada: April 17, 2014 10:42 (MYT)

*My comment??? Baca dan observe jer... tak berminat nak mengulas lebih lanjut...kita masing2 fahamlah kannn??? 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Terbaru: Saya Tak Bersetuju Wanita Tak Bertudung Masuk Neraka - Raja Azmi, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, April 17, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

57 comments:

  1. Banyak orang bertanya dan bingung, banyak orang baik dan gemar membantu sesama tapi tetap masuk neraka. Jawabannya Hanya Ridho Allah yang Maha Berkehendak....

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. dunia selebriti yang penuh dengan gossip panas...

      Delete
  3. Ermmm....ermmm....ermmm....speechless lepas baca. Ermmm...komen ringkas, 'Xpatut kuar statement tu....RIDICULOUS!!!

    ReplyDelete
  4. amboi raja azmi ni mulot pun cam cam murai.."Adakah berdosa besar saya yang baru pulang dari Umrah ini tidak bertudung? Menutup aurat bukan di kepala sahaja"-- isshhh geram je nak nak komen ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erks rambut perempuan tu bukan aurat ke? salah faham kot dia ni?

      Delete
  5. ishishish...xmo komen lah statement die ni

    ReplyDelete
  6. Kalau dah tak tahu, eloklah berdiam diri. Tak perlulah berceloteh macam ni. Nampak sangat awak belum belajar hukum hakam. Kalau dia kata dia tahu pasal hukum, dia takkan keluarkan statement begini. Secara tersiratnya, dia menidakkan undang2 Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik berdiam diri dari merapu kan kak?

      Delete
  7. una tgk live dkt galaxi tv 9 kalau tak silap,, pastu hubby una tanye,, ehhh tak pe ke die ckp mcm tu.. una dh telan air liur dh dengar tak barani nk komen.. emmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh tak berani nak komen atau buka mulut tentang isu ini...

      Delete
  8. Sy dh tgk videonya semalam... Hmm... Itulah tnda kiamat.. Bila org jahil berbicara soal agama...

    ReplyDelete
  9. 1st article dia keluar hari tu I dah kata dia ni "crazy pig"
    takut je one dah dia ni disambar petir.. hahaha
    im not say that im perfect person.. sekurang2nya I tak keluarkan statement berani mati macam dia.. kehkehkeh ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dngn kak jah,,,, skurangnya x kluar stement mcm tu..aduyai

      Delete
  10. Nak ikut hukum rasanya Raja Azmi sendiri faham mungkin dia bercakap atas pendapatnya sendiri jadi sama2 kita doakan yang terbaik buat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kita doakan yang terbaik jer buat beliau...

      Delete
  11. kenyataan kurang cerdik dari seorang wanita beragama Islam apatah lagi baru balik dari umrah. Wanita memang tak wajib pakai tudung tapi WAJIB tutup aurat. Tutuplah dengan baldi atau tudung saji sekalipun, ianya dibolehkan asalkan menutup aurat sepenuhnya.

    Jika dia benar tidak bersetuju wanita tak tutup aurat masuk neraka, maka pasni pergi umrah bolehlah takyah pakai telekung atau dedahkan aurat sewaktu melakukan umrah, amacam? Hipokrit tidak bertempat dan sememangnya menentang hukum Allah (bukan hukum manusia!) itu sudah memadai menjadikan kita terkeluar dari agama Islam! Nauzubillah!

    Jika kita tidak menerangkan perkara sebenar atau tiada siapa yang mahu menegur beliau, ditakuti kenyataan beliau akan disalahanggap dan mula diikuti oleh mereka yang jahil tentang agama.

    Ingat, kita tak wajib pakai tudung, tapi WAJIB TUTUP AURAT hehe. Jangan main-main dengan hukum Allah kerna Allah dah nyatakan dalam al-Quran, dia tak setuju ... sendiri jawab nanti ye.

    Allah tak kata tutup aurat dijamin masuk syurga, tapi Allah kata tak tutup aurat konpom kena bakar dalam api neraka. So, nak pilih hok mano?

    Jadi, moral of the story is .... don't live in stupidity. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cakap awk...
      perkara yang salah kena betulkan kalau tidak lain jadinya..
      semoga dia mendapat petunjuk dan ini menjadi pengajaran buat kita semua agar berfikir dahulu sebelum main cakap..

      Delete
    2. betul tu kenit, don't live in stupidity, iolss sokong sangat...

      Delete
  12. Kalau dah tanak pakai tudung tu, jgn la komen lebey2.. adess

    ReplyDelete
  13. Bila soal agama di ketepikan..inilah jadinya..moga die sedar apa yang dia cakap tu..

    ReplyDelete
  14. Tak tau nak kata aperrr ..Huhuhu kan kalau kita kata kan dia bantai kita pulak kata kita ni USTAZAH tak berbayar ...Kita tgk jer la apa jd seterusnyerr huhuhu ...
    Nak komen2 panjang2 pon tak reti dahh pasal akak mie ni huhuhu ...Macam2 hal kan Farah ???

    ReplyDelete
  15. baru balik umrah? Allah, kurniakanlah hidayah kat RA ni..
    Aurat tu wajib dijaga dan dipelihara. Tapi kalau dh sendiri mengaku solat pun celup2 nk bt ap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm, cakap tak fikir dulu kot? tak pun nak publisiti and spotlight on her...

      Delete
  16. emmm...bercakap atas dasar pendapat sendiri. lupa segala bab agama adalah berlandaskan Al-Quran dan hadith sahih

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kata cakap siang pandang2, cakap malam dengar2...erks...betul ke? ke terbalik ni? muahahahaha....

      Delete
  17. x tau nak komen ape..smoga diberi hidayah pada RA

    ReplyDelete
  18. x taw nk kata ap..
    tapi tak sepatutnya la kan dia cakap macam tu...
    sedih dengar...hmmmm~

    ReplyDelete
  19. masa tgk dalam galaksi aritu memang terkejut sgt dengar statement dia. hmmm..benda dah terlepas cakap. mmg dah expect akan jadi isu kontroversi

    isi tabung nuff sini - libresse

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you yumida, nanti akak isi tabung yumida kembali ek?

      Delete
  20. ilmu agama masih cetek lagi ni.

    ReplyDelete
  21. Doa kan yang baik-baik untuk dia kan..mungkin kurang jelas kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknyalah tu, mungkin kurang jelas ni...

      Delete
  22. Replies
    1. berita hangat sekarang ni muz... hangat tak hangatlah jugak...

      Delete
  23. Mungkin dia lupa kot yg pakai tudung tuh tak wajib tapi menutup aurat tuh wajib...pakaila apa pun asalkan tutup aurat dgn sempurna. Tudung tuh kan salah satu cara memudahkan wanita menutup aurat.gini la jadinya bila berbicara soal agama ikut pndpt sndiri tanpa rujuk al quran dan hadis sahih...memg la perempuan bertuddng pun ada yg buat maksiat tp sekurg kurgnya mereka ikut jugak syariat Islam menutup aurat.tuh dosa mereka dengan Allah. Kita siapa nak menghukum...Erm entahla tak habis habis cetus kontroversi la dia nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mimi? one by one kontroversi yang dia cipta...nak publisiti and spotlight kot?

      Delete
  24. baik diam je dari berkata-kata yang menunjukkan kejahilan diri sendiri....mmmmm....

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia