Home » , , , , , , , , , » Kecantikan Fizikal Tu Allah Pinjamkan Ajer!!!

Kecantikan Fizikal Tu Allah Pinjamkan Ajer!!!

Bha ha ha...sangat gediks dan sangat over mummy Ash kannn??? Saja jer nak letak gambar sendiri dalam entri ni...walhal...cantik ke??? Ahaksss... Tak cantik pada fizikal, cantik secara batin/dalaman tak apa... betul tak??? Jangan nampak cantik pada fizikal, tapi kecantikan batin/dalaman ke laut... Dush, tu memang zero point. Tak berguna langsung tu... So, janganlah uolss anggap iolss perasan diri iolss ni cantik ala2 supermodel gitew ek??? 

Wakakakaka...saja nak senyum2 dengan uolss menunjukkan keceriaan di hari Jumaat ni... Iolss ni bukanlah jenis manusia yang suka nak up diri sendiri tak tentu pasal such as nak kata diri ini cantik ke, diri ini comel ke, diri ini cute ke... dan kelihatan seolah2 seperti desperate attention seeker...tapi satu jer penyakit iolss... bha ha ha... sukalah sangat sebut diva....pusing2 kot mana suka jugak nak selit perkataan diva tu...walhal diva ke??? teettttt....

Kalau nak cerita pasal cantik luar cantik dalam ni, semua orang pun dah tau apa dia kann??? Macam orang kata, sihat luar dan dalaman...macam tu jugaklah kecantikan. Konsep sama.... Kalau boleh kalau dah rasa diri tu cantik secara luaran, kita balance-kanlah dengan kecantikan dalaman ye tak??? Dan kalau rasa dalaman tu dah cukup cantik dan perfect, tak salah kot kalau nak cantik luaran jugak??? Kecantikan adalah hakmilik setiap insan... ye tak??? Semua setiap dari kita ada kecantikan yang tersendiri... tentang part keburukan tu tak payah kita melaut nak sentuh ye tak... Entri ni pasal kecantikan ahaksss... 

Semua orang layak dan semua orang boleh jadi cantik...tapi terpulang kepada individu itu sendiri... macam mana nak cantikkan diri masing2... lepas tu bila dah cantik tu, janganlah hidup nak kejar pujian orang sebabkan nak rasa diri HEBAT kann??? Ustaz Azhar Idrus cakap, kalau ada orang puji kita cantik... sila ucapkan ALHAMDULILLAH. Sebab apa??? Sebab itu adalah kurniaan Allah SWT kepada kita dan CANTIK itu juga milik-Nya...

Cantik luaran atau cantik fizikal ni subjektif...cantik muka ke, cantik body ke, cantik pakaian ke... bha ha ha... tapi muka dan body tu cantik macam mana pun satu hari akan dimamah usia jugak...melainkan weolls dok sibuk buat plastic surgery lah, botox lah, liposuction lah...ataupun mengamalkan petua2 awet muda giteww... ihikss..semua dengan kuasa Allah...Allah dah beri pandai2lah jaga sendiri dengan sebaik2nya... dengan cara tak memudaratkan diri sendiri dan bertentangan dengan syariat... Betul tak???

Cantik batin atau dalaman ni pulak adalah HATI. HATI tu adalah salah satu komponen organ dalaman badan kita. Dalam HATI ada satu rasa dipanggil PERASAAN... DUKA/SEDIH/PEDIH/PERIT/SAKIT/GEMBIRA dan segala bagai macam perasaan...BUSUK HATI/DENGKI/RIAK/CEMBURU TAK BOLEH TENGOK ORANG LAIN LEBIH...segala bagailah... hurmm....

Again bukan nak cerita panjang lebar pasal cantik batin atau dalaman ni, cuma nak mengomel jer... bagi iolsss la kan, seseorang tu kalau dah rasa fizikal tu cantik, dalaman pun tip top... Alhamdulillah.... Tapi bila sentuh tentang cantik fizikal ni kan... kalau dah cantik fizikal tu janganlah jadi lupa diri pulak sampai tak boleh berpijak di bumi yang nyata ye tak??? 

Kalau ramai orang puji uolss cantik, orang suka sebab uolss cantik, selalu2lah ingat yang cantik itu pinjaman Allah pada aku, pada kita semua makhluk di muka bumi ini. Aku bersyukur dengan pemberian Allah pada aku...kelebihan dan kekurangan aku adalah pinjaman seketika dari Allah SWT... Cantik atau tidak, Allah yang menilai BUKAN MANUSIA EK??? Ini HEBAT ooo ada ramai manusia boleh nilai orang lain ooo....macam diri sempurna bom ke ba bom sangat... Yang penting HATI... Apabila HATI BERSIH, In Shaa Allah terbitlah CANTIK pada wajah kita. Segalanya bermula dari HATI. Trust Allah. Cantik itu milik Allah SWT. Bila HATI CANTIK, tak perlu make up mahal, tak perlu shopping baju melambak2, tak perlu sibuk up diri sendiri CANTIK, gebang sana gebang sini...bha ha ha... sebab CANTIK tu akan TERBIT DENGAN SENDIRINYA... 

*Cantik tak cantiknya kita bukan diri kita sendiri yang menilai...cantik fizikal mata manusia menilai... tapi cantik dalam erti sebenar dalam kehidupan kita sebagai muslim... hanya Allah yang layak tentukan dan nilai... Sebab Allah tu tahu setiap apa yang kita pendam dan simpan dalam hati walau secebis kuman pun... 

**Omelan hari Jumaat....

Tertarik dengan kata2 sahabat blogger Suria Lekatlekit...

"Petai yang busuk sedap dimakan. Manggis yang hitam kulitnya, di dalam ada isi yang putih dan manis. So moral of the story, jangan menilai sebelum mengenal. Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari kelemahan kita sendiri..."

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kecantikan Fizikal Tu Allah Pinjamkan Ajer!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, April 18, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

48 comments:

  1. Betul tu kak... Kecantikan hakiki dtgnya dari hati yg suci...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hati tak suci, cakap suci pun tarak guna kan maria? apa saja kecantikan kita sebenarnya datang dari dalaman bukan luaran...bila dalaman cantik itu yang portray di muka... ^_^

      Delete
  2. nnti nak follow ig mummy ash yg cantik la =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan dear, nanti mummy Ash approve yerk? Erkss, cantik ke? Alhamdulillah, itu pinjaman Allah SWT...

      Delete
  3. salam jumaat kak farah :D

    betul kan,we can't judge book by its cover.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tapi selalunya dan kebanyakkannya orang suka menilai luaran tanpa betul2 mengenal isi...tu yang payah tu...

      Delete
  4. Fizikal tak cantik takpe dear, asalkan hati cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul memang betul, fizikal tak cantik kita boleh buat macam2 untuk cantikkan, tapi kalau hati tak cantik, belum tentu lagi kita boleh ubah... kadang2 kalau dah terlalu busuk, hitam dan batu...apa pun tak boleh...

      Delete
  5. Cantik luaran tapi dalaman tak dijaga tak ada gunanya juga.
    Semua yang baik datang dariNya... yang buruk dari diri kita sendiri...

    ReplyDelete
  6. kena cantik luar dan dalam baru balance kecantikan tu..btw, kak farah cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sebaik2nya kita balance-kan... Alhamdulillah, thank you fiza itu pinjaman Allah....

      Delete
  7. adik akak mana boleh x cantik..tgok la akak dia sape..eh..eh....psst..akak cantik x dik..hahahahaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, kak long kita semua cantik tapi terpulang pada kita semua lah macam mana nak menggunakan kecantikkan tu.... *_^

      Delete
  8. betul tu kecantikan hanyalah pinjaman..elakkan dari riak..suka tengok kulit farah y gebus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pinjaman jadi jangan riak... uhukss... Alhamdulillah, pinjaman Allah tu mar.... gebus tu hasil ephyra dan juga gadaya...hik hik hik...

      Delete
  9. biar xlawa di muka tapi dalam hati banyak cun punya..mummy ash gojes as always!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear, biar tak lawa di muka tapi dalam hati banyak cun...kalau hati sudah banyak cun, muka tak lawa pun boleh jadi lawa.... Alhamdulillah thank you dear itu semua pinjaman Allah SWT...

      Delete
  10. Assalammualaikum...farah,

    kecantikan itu adalah Allah pinjamkan utk kita.. suka ayat tu. Memang benar semua tu Allah yang punya kita hanya mengusaha dan menjaga sahaja .

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam mselim, apa saja yang ada di dunia ini semuanya hanyalah pinjaman dari Allah SWT kan mselim?

      Delete
  11. nice entry kak farah.

    well, if muka tak cantik yet perangai baik, no need to feel rendah diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly fae cause everyone is beautiful in their own way...

      Delete
  12. luar dan dalam kena sama cantik... :D

    ReplyDelete
  13. Cantik luaranjer tak guna jugak ..
    Kena cantikkan jugak dalaman kita ...
    Mummy Ash ni mmg comel & cantik ..
    Sekali pandang cam DNF la ..hehehehe ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhukss, tersedak jap lya...lama dah tak orang tegur macam tu... masa freehair dulu memang ramai yang tegur begitu... tapi sejak berhijab ni takdo pulak, you are the first one... Alhamdulillah thank you... pinjaman Allah semua ni... luar dalam memang kena cantik...

      Delete
  14. biarlah lebih cantik dalaman tapi kalau cantik luaran tu kira bonus la

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu anim, kalau cantik luaran tu kira bonus pada empunya diri...

      Delete
  15. biarlah org yg menilai kecantikkan sebenar saya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarlah Allah yang menilai kecantikkan diri kita dari dalam QV...

      Delete
  16. True true true! Sometimes kecantikkan dalaman ini yg menyerikan kita. Physically beautiful mcm mana sekalipun kalau dalam itu ROTTEN, takda maknanya. Mcm bunga raflessia, cantik je rupa tp bila dtg dekat; pengsan kohh hidu bau dia. Hahak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. great piece of comparison and i do agree dear...

      Delete
  17. Looking good on our appearance doesn't mean our inside is also good.
    Insha'Allah, hati yg baik akan menzahirkan fizikal kita. But i'm pretty sure yg Sis Farah baik orgnya dan juga cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tau jom jumpa in person dan kenal betul2 dulu tiey... *_^

      Delete
  18. jadi orang cantik bukan senang jugak kut sis?... sebab takut bnyak sangat ujian yang nak kena lulus... kalau tak lulus jenuh... so macam sis katakan ...ianya pinjaman.. so buat macam pinjaman jgan buat macam harta sendiri :D Kena ingat-ingat yang tu orang lain punya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi orang yang cantik pun banyak dugaan dan cabaran ok? betul tu buat macam pinjaman dan jangan buat macam harta sendiri...hik hik hik, sampai masa kena kembalikan juga...

      Delete
  19. cantik ke x cantik ke itu dah kurniaan Allah buat hambanya kan babe.. kita ttp kena bersyukur..
    apa2 pn setiap wanita yg lahir ttp ada kelebihan masing2..
    nama pn wanita.. mmg sinonim dgn chantek.. tp kechantekan tu kena balance luar dan dalam..
    i setuju dgn kata2 u semua diatas heehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn babe? kena cantik luar dalam... kadang2 orang ni mengaku cantik tapi tak cantik mana pun sebenarnya...i mean dalaman tu tak cantik...jadi minus point lah kannn??? *_^

      Delete
  20. Cantik luaran tu subjektif.. paling penting cantik dalam, bahagia hidup sendiri.. tapi mummy Ash ni memang nampak cantik luar dan dalam :D

    ReplyDelete
  21. selalunya golongan wanita ni memang obses dengan kecantikan. Semuanya gara-gara lelaki. Kan dah lumrah yang golongan lelaki ni suka tengok yang cantik-cantik.. tapi kalau dapat cantikkan yang bahagian dalam dulu lagi baik

    ReplyDelete
  22. Wahh.Ohsemm gojesnyaa Mummy Ashh itteww heheeee
    NEW ENTRY: Bermulanya Extra Class

    ReplyDelete
  23. True kak farah..mata org tgk kita ni mcm2x..cantik tu mmg subjektif pon.ap pon klu cantik dlman tu mmg pasrinya terserlah keluar kecantikan tu :)

    ReplyDelete
  24. setuju sangat kak. rupa paras ni langsung x menjaminkan ape2. yang penting hati baik walaupun tak hensem tak cantik kan

    ReplyDelete
  25. don't judge the book by the cover....

    ReplyDelete
  26. cantik tu subjektif kan kak..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia