Masa tengah dodoikan Ash yang demam dalam pangku tadi, tiba2 Eraz What's App dan inform yang misteri kehilangan pesawat MH370 telahpun terungkai... Eraz ada bagi info... dan selepas tu cecepat iolss buka Channel 501... Astro Awani....
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.
Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.
"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.
"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.
Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.
MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.
"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.
"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.
Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.
"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.
Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.
Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.
SUMBER: SINI
*My condolences to all... and Al-Fatihah for the Muslim passengers... Selepas 17 hari misteri kehilangan akhirnya terjawab serta terungkai... tapi dengan berita yang amat menyedihkan kita semua... RIP MH370... Semoga ahli keluarga kesemua para penumpang bertabah hati dengan penemuan ini... memang bukan mudah tapi itulah hakikatnya dan kenyataannya... (the babies passenger keeps on lingering in my mind... :'(...)
Allah lebih tahu segalanya... Al-Fatihah...
ReplyDeletebetul tu maria... salam takziah dan Al-Fatihah....
DeleteSedihnya tak tau nak cakap.
ReplyDeletesemenjak dari malam tadi sampai ke sekarang terus rasa gloomy dan speechless...
Deletetragedi terbesar tahun 2014... Al-Fatihah...
ReplyDeletebertambah sdih dengar berita nie..moga semua tabah..salam takziah
ReplyDeleteit's a gloomy day for us malaysian dan ahli keluarga penumpang yang terlibat...
DeleteAl Fatihah...
ReplyDeletesalam takziah pada yang bukan Islam dan juga Al-Fatihah pada yang beragama Islam...
Deletealfatihah.. takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat.. sedih, bergenang air mata
ReplyDeletememang sedih and speechless, tak tau nak kata apa...
Deletealfatihah untuk mereka..:(
ReplyDeletesuatu berita yang kita tak nak dengar sebenarnya...
Deletespeechless malam tadi sampai langsung x lena tido..2 berita untuk semalam sahaja...semoga allah berikan sepenuh ketabahan buat semua yang terlibat...takziah...
ReplyDeletememang totally speechless kak... tak tau nak cakap macam mana, no words for it...
Deletek.el baru je pg ni dpt new ni
ReplyDeletesebuk ngan anak2
alfatihah
sedih rsnye
memang sedih dan sebak sangat rasanya kak el...
Deletesemuga mereka tabah dan redha menerima apa saja ketentuan Allah
ReplyDeleteKUN FA YA KUN... Allah lebih Mengetahui dan Maha Mengetahui... RIP MH370
Deleteberakhir sebuah penantian....
ReplyDeleteyang meninggalkan satu titik hitam dalam sejarah penerbangan negara kita...
Deletehuhu.. memang sedihhh kan ;(
ReplyDeletesangat2 sedih kak...
Deletebaru dengar hari ni..
ReplyDeletejika btul berita tu, AlFatihah buat yg terlibat..
condolences to all passengers family dan Al-Fatihah to Muslim passengers...
DeleteMH370 dalam ingatan..salam takziah
Delete