Umum mengetahui pengambilan air kosong atau air suam yang mencukupi memberi banyak kebaikan namun masih ramai yang mengambil sikap sambil lewa. Tak kisah lah lelaki ke perempuan ke... he he he..
 
Di kalangan lelaki juga, pengambilan air kosong boleh membantu menjadikan tubuh kelihatan lebih macho dan maskulin. Mengapa? Kerana air kosong adalah asas kepada kesediaan tubuh yang kental sebelum menjalani sebarang bentuk latihan. Berikut antara kebaikan minum air kosong untuk uolss kaum lelaki:
 
Bantu Sistem Badan
Sentiasa tukarkan air dalam badan yang berkurangan akibat kerja keras dengan yang baru. Ia membantu sistem badan berada dalam keadaan terbaik dan bersedia. Uolss tentu tidak mahu tubuh sakit-sakit akibat daripada kerja lasak yang dilakukan.
 
Bantu Bentuk Darah Baru
Membuat usus besar bekerja lebih efektif dengan cara membentuk darah baru atau dalam istilah perubatan dipanggil aematopaises. Mucosal fold pada usus besar dan usus kecil diaktifkan oleh kaedah ini, seperti teori yang menyatakan bahawa darah segar yang baru dihasilkan musical fold ini.
 
Apabila usus bersih, gizi makanan yang dimakan beberapa kali dalam sehari akan diserap dan dengan kerja musical fold, gizi makanan itu diubah menjadi darah baru. Darah merupakan faktor penting dalam menyembuhkan penyakit dan kesihatan badan.
 
Petua Minum Air Kosong:
  • Ada pakar yang mencadangkan air kosong perlu diminum setiap hari sebaik sahaja bangun tidur tanpa gosok gigi terlebih dahulu.
  • Jangan minum air kira-kira setengah jam hingga sejam setiap kali selepas makan nasi. Apatah lagi minuman keras. Jauhkan sama sekali.
  • Sedaya mungkin cukupkan diet air kosong ini setiap hari. Jika perlu, gandakannya apabila melakukan latihan lasak. Lapan gelas air kosong sehari adalah mencukupi secara umumnya. Tetapi bagi anda yang impikan kesihatan dan tubuh yang cantik dengan disiplin senaman istimewa, anda memerlukan dua hingga tiga kali ganda daripada itu.
SUMBER: SINI

So guys, say no to carbonated drinks and icy water... *_^ wink wink... orang perempuan memang ramai yang elak minum carbonated drinks and icy water...tapi tak dinafikan ada yang gila minum carbonated drinks and icy water jugak...he he he... cuma kena control-lah kalau tak badan sendiri yang merana kemudian hari...