Home » , , , , » Cara Mudah Bersihkan Lantai Bilik Mandi

Cara Mudah Bersihkan Lantai Bilik Mandi

Source Extracted from Google
Gambar tak ada kena mengena langsung dengan tajuk entri...ha ha ha...jadilah, janji mesej yang nak disampaikan adalah "cuci lantai"... lebih kuranglah tu, ini akibat malam tadi tak sempat nak buat auto-published entri dan kesibukan melampau melanda hari ni... muahahaha...inilah padahnya, rembat mana yang dan jer gambar... la la la... 

Bersihkan bilik mandi ni memang menjadi rutin mingguan iolss, kalau tak cuci rasa sangat tak selesa, makanya setiap minggu mesti bersihkan bilik mandi...semput jugalah nak menyental 3 bilik mandi kat rumah tu... hu hu hu... Tapi ada tips tau macam mana cara mudah nak bersihkan lantai bilik mandi... Yelah, kadang2 tu, ada terdapat kotoran2 degil yang payah nak hilang kannn??? Kalau lama sikit tak menyental lantai bilik mandi tu, sure kerak2 kuning (macam lumutlah) melekat kat tiles bilik mandi tu.... 

Jangan sesekali abaikan cucian lantai di bilik mandi sebab kalau nak tau seseorang itu pembersih atau tidak, selalunya orang akan lihat bilik mandi dulu. Kadang guna pencuci kurang menjadi, apa kata uolss guna cara 'nenek moyang' kita pula. Maybe uols boleh amalkan petua ni... 

Masak secerek air sehingga mendidih (tak kisahlah secerek ke, seperiuk ke or whatever). Campurkan dengan 2 atau 3 senduk garam. Lepas garam tu dah larut, pindahkan air garam ke dalam baldi. Siramkan ke atas lantai bilik mandi. Seelok2nya gunakan air garam ketika masih panas. 

SUMBER: SINI 

*Iolss ada juga buat, dan berkesan juga..senang jer menyental... tapi kalau dah nak cepat sangat pakai Mr. Muscle jer... cumanya yang tak suka bila pakai Mr. Muscle, jari jemari iolss ni alah dan sangat sensitif...walaupun pakai glove tapi still ada reaction... habis kulit2 terkelopek semua...hu hu hu.... sangat tak sesuai... kalau terkelopek kulit tangan tu tak diva-lah kannn??? Makanya sebelum menyental dengan air sabun, iolss akan siram dulu dengan air garam panas...supaya senang keluar semua daki2 kat lantai bilik mandi tu.... Diva tu diva jugak...muahahaha (ferasan)...kerja rumah takkan nak biarkan terabai ye tak??? *_^ 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Mudah Bersihkan Lantai Bilik Mandi, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, February 27, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

38 comments:

  1. First time dengar pasal guna garam. Thanks yer. Boleh try ni. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah cuba bagi tau ek fiza macam mana??? ^_*

      Delete
  2. ehehe samala petua tu tpi kita guna petua tu bila sinki tersumbat ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk sinki tersumbat akak tak pernah guna...

      Delete
  3. Baru tahu guna air panas campur garam. Boleh try la macam ni.

    ReplyDelete
  4. Cara semulajadi mesti try ni. Guna pencuci,kimia kuat sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ain, terdedah pada chemical selalu sangat pun tak bagus juga...

      Delete
  5. x pernah buat..hahahahahahaha....kerja2 ni si kudut yang selalu buat..i olls divas kan...eh xde la..selalunya pakai ajax je...ni dah tau lagi murah dan jimat...boleh cuba...

    ReplyDelete
  6. main belasah jer........sental pakai berus. Tapi good idea jugak......lepas nie nak basuh 4 bilik air kat umh baru dah kurang skit sakit menyental

    ReplyDelete
  7. yelah..baru pertama kali dengar..selalu akak simbah clorox je n biarkan sejam dua..pastu baru sental..thanks sharing ye farah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. simbah ngan clorox berkesan ke tak? farah tak berapa gemar bau clorox tu...

      Delete
  8. dulu lantai bilik air lama yg susah nak bersihkan, memang akk pakai air panas...tapi skang lantai baru ni tak susah nak bersihkan, tak pakai air panas dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah baguslah lebih mudah dan senang kerja macam tu kannn???

      Delete
  9. lepas nie setiap bln beli brg pasar tambah list kena beli 3 kilo garam utk 3 bilik air...tq farah info yg menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he... tak apa garam murah jer kak buat setakat dan masa ni...

      Delete
  10. Menarik tips ni dear..boleh cuba. Thanks for sharing ya!!!

    ReplyDelete
  11. Berapa sukatan garam tu? mau yg masin atau sedang2 aja? 1st time dgr nnt blik kg mo try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah sama ada masin atau tidak chot... sebab nak simbah ke lantai kan? saya selalu guna setengah pek garam untuk satu bilik air... ^_^

      Delete
  12. Saya mmg tukang basuh tandas & segala jenis lantai kt rumah.. thanks sharing Farah.. :D

    ReplyDelete
  13. owh,macam tu rupanya..miza nak cuba la cara ni.. ^ ^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah miza mana tau berkesan ke? akak buat memang menjadi...

      Delete
  14. Bagus ni tak penah dengar lagi cara ni. will try ^_^

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. untuk kesenangan bersama katanya... he he he...

      Delete
  16. Nice idea boleh amalkan garam if cuci lantai di bilik air nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah cuba share experience tau kak??? *_^ wink wink...

      Delete
  17. Bru terbaca info ni tadi... Nice sharing kak..

    ReplyDelete
  18. boleh try nanti ni..thanks share tips kak farah

    ReplyDelete
  19. noe klu g hotel ke...mesti tengok toilet dulu...
    wah...farah guna air garam...1st time dengar...boleh cuba gak nanti ni...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia