Home » , , , , , » Bahaya Debu Gunung Kelud!!!

Bahaya Debu Gunung Kelud!!!

Source Extracted from Google
Beberapa hari yang lalu, Gunung Kelud di Indonesia telahpun meletus... dan semalam saya terdengar/tertengok di Buletin Utama tentang debu Gunung Kelud ni... 

Rentetan letusan Gunung Kelud tersebut, dikatakan hujan abu telah pun menyelimuti daerah Jawa Timur, Jawa Tengah seperti Solo, Sragen dan kawasan sekitarnya termasuk Kota Ungaran dan Cilacap. Daerah Jogjakarta pun dikatakan diselimuti abu vulkanik hasil letusan Gunung Kelud. 

Abu vulkanik ni dikatakan berbahaya kepada kesihatan manusia. Selain gangguan pernafasan skala ringan, abu vulkanik yang mengandungi silika berpotensi untuk menyebabkan penyakit paru2 Silikoisis. Silikoisis akan mudah menyerang di daerah dengan tahap debu silika yang tinggi seperti yang terjadi di sana saat ini. 

Gegala awal adalah mengalami kesulitan bernafas, terbatuk akibat terhidu debu silika ini ke dalam paru2. Debu silika yang dihidu walaupun dalam jumlah relatif yang kecil dan tidaklah banyak mana pun, boleh kekal dalam tubuh sehingga antara 2 hingga 4 tahun dan pada akhirnya dapat mempengaruhi fungsi kerja organ tubuh yang lain, seperti kegagalan fungsi jantung.

Iritasi pada pernafasan yang timbul semasa abu vulkanik tersebut dengan secara tidak sengaja dihidu sewaktu kita bernafas dapat menimbulkan gangguan pernafasan yang pada mulanya nampak ringan saja, tapi berbahaya untuk jangka panjang, terutama pada kanak2. Makanya, mereka yang terlibat di sana, diarahkan supaya memakai mask kalau nak buat aktiviti di luar rumah. 

Selain pernafasan, abu vulkanik yang mempunyai komposisi batuan halus dan silika berpotensi ke atas iritasi mata. Kornea mata yang terdedah secara langsung pada mulanya mengalami iritasi dan boleh tergores kalau tak betul2. Jadinya, mereka di sana dinasihatkan supaya tidak menggosok mata kalau mata terasa gatal ataupun perit disebabkan kesan terkena abu vulkanik atau debu yang tak dapat dilihat. Para pengguna contact lens pun kena lebih berhati2lah gamaknya.

Kulit pun dah tentunya terlibat juga dengan kesan debu Gunung Kelud ni... dikatakan yang biasanya berupa iritasi ringan iaitu gatal2 ataupun kulit jadi kemerahan.

SUMBER: SINI

Risau kan bila baca macam ni, tapi kita jangan risau, In Shaa Allah kerana menurut laporan akhbar KOSMO di SINI

KUALA LUMPUR - Debu dan habuk akibat letusan Gunung Kelud di Jawa Timur, Indonesia tidak akan memberi kesan kepada Malaysia, kata Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia, Azhar Ishak.

Beliau berkata, debu dan habuk gunung berkenaan dijangka tidak sampai ke Malaysia memandangkan angin timur laut yang melanda negara ketika ini membentuk pergerakan ke arah luar Semenanjung.

"Ia (letusan) tidak akan beri kesan kepada Malaysia sebab angin timu laut ini akan bawa ia keluar dari Malaysia," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Kelud yang merupakan satu daripada 130 gunung berapi paling aktif di Indonesia, mula memuntahkan debu, pasir dan batu setinggi 3000 meter ke udara semalam.  

Mudah2an tak sampailah ke Malaysia ye tak??? Bukan apa, mencari info ni disebabkan sekarang ni ramai sangat kat office ni yang selsema, batuk dan sakit mata... Iolss iolss sekali rasa tekak tak sedap ni uolss... Manalah tau, kot2 kesan sampingan dari letusan Gunung Kelud ni kan??? Alhamdulillah, bentuk muka bumi Malaysia tak ada gunung berapi kannn??? Bersyukurlah kita seadanya dilahirkan di Malaysia dan dapat duduk di bumi Malaysia ni.

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bahaya Debu Gunung Kelud!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, February 18, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

36 comments:

  1. pernah merasai debu gunung berapi masa kak Tie duk Tambunan Sabah dulu,masa tu Gunung Pinatubo di Filipine meletus..dasat abunya...gegaran juga dirasai masa tu,semua berkumpul ditengah2 padang sekolah..flat pun nampak senget

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ye ke kak tie, scary lah sampai bangunan pun nampak senget... farah tengah membayangkan ni... hu hu hu

      Delete
  2. Penyakit pun banyak bila abu letusan gunung berapi ini mengeluarkan laharnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat bahaya dan tak bagus untuk kesihatan...

      Delete
  3. Muz ada order barang dr sbrg, dia mintak maaf sebab urusan pos tergendala sbb hujan debu, kesian diorg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga hujan debu ni clear dengan segeralah dan muz terpaksalah tunggu sampai keadaan pulih ye tak???

      Delete
  4. Wahh kawasan yg akak mention tu ada tmpt tinggal kawan Vee. Baru je td bgtau dia asal dr Solo.. Hmm. Nak tanya dialahh esok. Harapnya smua okay..

    ReplyDelete
  5. Mmg bahaya.. Tpi msyarakat sana mmg thu larva bawa rezeki sbb tu diorg sggup tggl kt situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki pun rezeki juga maria, memanglah larva tu menyuburkan tanaman tapiiii.... hu hu hu, kalau dah membahayakan kesihatan tu???

      Delete
  6. memang takut kalau rasa benda ni
    banyak debu mesti susah nak nafas
    kena hati2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, udara yang kotor dan tak segar... banyak mendatangkan bahaya kepada kesihatan... hu hu hu ....

      Delete
  7. Thanks for sharing kak ! Baru tahu .

    ReplyDelete
  8. kita yang kat sini pun dah takut..macam manelah diorang kat sana ye..mybe sbb diorang dah terbiasa kot..harap tak bawa ancaman untuk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an tak membawa ancamanlah kepada kita semua kak eda...

      Delete
  9. Replies
    1. bukan setakat ngeri jer kak, seriau juga...

      Delete
  10. besyukur sangat Lya tinggal di Malaysia nie

    ReplyDelete
  11. nasib baik ada cik angin yang baik hati tiup debu tu ke arah lain,kan..

    ReplyDelete
  12. dangerous kan babe.. hope tak merebak sampai malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kan babe bila difikir2 kembali, ramai jer yang batuk dengan selsema dan demam sekarang ni, dan udara pun bau asap jer, ye ker tak sampai Malaysia???

      Delete
  13. tapi pagi tadi penuh je udara mcm berasap..mcm mana dia boleh kata tak bahaya?batuk selsema demam tu kan bahaya jugak kalau tak dicegah...ermm...

    ReplyDelete
  14. xkesah jerebu@asap tu dtg dari mana tp mmg ianya xelok utk kshtan..
    *asap rokok pon membahayakan..huhu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. asap rokok memanglah membahayakan...he he he...

      Delete
  15. penat dah blogwalking.rehat sini jap..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana memilih r&r sini syira... *_^

      Delete
  16. mmg bahaya kak..
    tgk saja gambar yg shark publish kt blog tempoh hari..
    seram tengok.

    ReplyDelete
  17. Gng berapi tgh aktif skrg ni. .ap pon moga kota semua selamat.alhamdulillah msia takde gng berapi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masing2 berlumba2 ek nak meletopsss...hi hi hi...

      Delete
  18. ada tengok dlm berita. kesian sangat. sorang meninggal sebab sesak nafas.

    ReplyDelete
  19. mudah²han hujan turun sejukkan bumi..plus,skang musim kemarau.panas air pun dicatu

    ReplyDelete
  20. Sesape yg ade masalah pernafasan, orang2 tua & kanak2 perlu lebih berhati-hati...Elakkan aktiviti luar ...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia