Blog Repost: Antara Kancing Suasa & Payung Emas...

Farah Waheda Wahid
16
Source Extracted from Google
Ini adalah entry copy paste sepenuhnya dan diubahsuai sedikit struktur ayat mengikut kesesuaian setelah mendapat keizinan dari pemilik yer... Kenapa Cik Puan Bubbly buat begini? Kerana sesuatu menarik Cik Puan Bubbly dari terus membaca dan maksud yang cuba disampaikan oleh pemilik entry ini sangat mendalam... Kindly be informed that this idea and entry belongs to Lynn Munir  and entri asal boleh dibaca di SINI ...

Bait-bait lagu dendangan penyanyi veteran R.Azmi memang popular dan dikenali oleh kebanyakan orang tidak kira sama ada yang muda atau tua... Apa? Tak pernah dengar? Sila pergi ke YouTube ek uols...pasti ada lagu ni... ^_^ 

Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari babalah Melaka
Biar saya rosak dan binasa
Kerana dia tidak mengapa

Sekali sekala kalau dengar lagu2 lama ni layan jugak...ahaks, retro jugak akak ni rupanya ek? Susunan muzik Melayu yang teratur dan tidak membingitkan mempunyai maksud yang mendalam. Apa itu kancing? Might be the new generation tau dan mungkin juga tak tau apa yang dimaksudkan dengan kancing. Orang sekarang rata2 menyebut kancing tu sebagai butang.

Butang baju atau kancing digunakan untuk menutup atau merapatkan belahan baju yang terbuka dan tidak berjahit. Kalau tidak mengenakan kancing alamatnya akan 'ternampaklah dan terburailah' segala perkara yang tidak patut dinampak.

Begitu juga dengan perkahwinan, sekiranya terlalu banyak yang dipamerkan di khalayak umum mahupun diceritakan secara perlahan2 atau berulang2 kepada saudara mara, akhirnya menciptakan or mencetuskan gossip yang semakin sedap bila ditokok tambah yang akhirnya membuka pekung di dada sendiri.

Dugaan dalam perkahwinan sentiasa ada dan tidaklah manis sesebuah perkahwinan itu tanpa sebarang perselisihan faham, pertengkaran dan pujuk memujuk. Perkahwinan adalah ikatan penyatuan 2 insan yang berbeza. Kita memang bukan saudara sepusat sepusing kerana ibu bapa kita sememangnya asing2. Justeru perkahwinan sesungguhnya menemukan 2 insan yang bukan saja karakter yang berbeza tetapi juga latar belakang dan cara pendidikan yang berbeza. Tabah dan berlapang dadalah bila diuji. Kita akan menjadi lebih lega bila mengetahui yang 'kita berada di pihak yang lebih banyak memberi' dari menerima dalam perkahwinan. Banyak 'memberi' bukan saja sebagai tanda pengorbanan kasih tapi lebih kepada mengelakkan rasa bersalah di kemudian hari.

Mempertahankan maruah suami dan menyimpan rahsia perkahwinan itu juga adalah amanah yang tiada jual beli. Sentiasa bermuhasabah bila diduga. Ingatlah suami itu bukannya 'milik peribadi', sebaliknya hanya 'pinjaman kegembiraan' (geran sementara ni ya...)...bukan hak milik kekal dari Yang Maha Kuasa. Tidak usah dimimpi payung emas jika hati masih kecewa tapi berharaplah agar rahmat Allah sentiasa ada untuk kita kerana sesungguhnya............

Ya Rabb, Engkaulah warisku yang paling baik.

*Bila sebut 'payung emas' ni mostly orang akan sensitif dan cepat mudah melatah... ihikss... sorry if "terlebih sudahhhh"... tapi entry Kak Lynn ni memang mempunyai maksud yang mendalam... Dan frankly Kak Lynn, you have deliver such a good way of writing and entry posting for this entry... ^_^... 

**Syukur Alhamdulillah, betterhalf and me setakat ni sepakat dan boleh dibawa berbincang serta mengalah sesama sendiri dalam banyak perkara dan hal yang melibatkan "organization" kami... Syukran Allah...

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ssh nk crk owg yg btol2 blh dibawa bincang..but kak farah u are thelucky one la sbb da jumpe ;) salam merdeka kak farah..

    ReplyDelete
  2. gado2 jugak tapi tolak ansur dan ketepikan ego itu perlu kan kak ^^

    ReplyDelete
  3. Dalam mana2 hubungan pun, tolak ansur tu penting... =D
    AJ setuju sangat kak....
    Susah jugak, kalau ada yang tak boleh tolak ansur atau pentingkan diri ni.....

    ReplyDelete
  4. dalam satu kehidupan berumah tangga bertolak ansur dan saling memahami amat penting dan jangan mementingkan diri sendiri........

    ReplyDelete
  5. semoga rumahtangga Farah kekal ke syurga abadi..

    ReplyDelete
  6. semoga rumahtangga farah kekal bahagia hingga ke akhir hayat..ameen

    ReplyDelete
  7. Semoga bahagia berkekalan farah...

    ReplyDelete
  8. X leh tolak ansur sebab x ikhlas...menolak qada dan qadar yg dh allah tentukan...
    Melampir je kojenya....oopppssss....

    ReplyDelete
  9. Zip mulut ketat ketas bukak sikit sikit je itu pun yang baik2 hehe ye ke?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !