Jom Borong Habis-Habisan Di THE BIG LITTLE BOOK SALE Oleh BIG BAD WOLF BOOKS!

Farah Waheda Wahid
0

 

Sebenarnya nak kongsi semalam... tapi terlalu padat dengan macam-macam perkara yang perlu diselesaikan semalam. Al-maklumlah musim kemuncak semester dah tiba kan? Jadi memang huru-hara sedikitlah hidup Kak Fa ni. Ini pun... sambil-sambil Kak Fa upload kerja-kerja PdPR Firash ni ha... Ha ha ha... Oklah kita straight to the point. Sebenarnya Kak Fa ni nak menjemput dan nak mengajak ni. Nak jemput dan ajak anda shopping. Jom borong habis-habisan di THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS? Rugi oiii siapa yang tak grab opportunity ni. 



Tak perlu bersesak-sesak (bahaya nak bersesak-sesak musim pandemik ni). Tak perlu nak beratur panjang. Online ajer ok? THE BIG LITTLE BOOK SALE ni dianjurkan oleh pihak BIG BAD WOLF secara atas talian. Memang sesuai sangatlah kan kalau-kalau anda mencari buku-buku yang sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak sebelum tidur atau nak tambah stok-stok bahan bacaan di dalam rumah tu. Mungkin juga beberapa buah buku mewarna ke? Untuk menghilangkan rasa bosa di musim duduk rumah bersempena pandemik Covid-19 ni? Ataupun buku-buku aktiviti untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis anak-anak secara interaktif? Atau buku kalis air yang dapat menjadikan sesi mandi manda di dalam bilik air rumah atau inflatable pool lebih menyeronokkan dan menghiburkan? 


Kalau risau anak burn out, anak bosan sebab lama sangat terkurung di dalam rumah kerana pandemik boleh jer cari bahan-bahan yang sepatutnya di THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS kerana mereka mempunyai pelbagai pilihan buku yang gila-gila best punya untuk kanak-kanak dari setiap peringkat umur. Harga, tak perlu ceritalah kan? Semua orang tahu yang BIG BAD WOLF BOOKS memang menawarkan harga yang sangat berpatutan sepanjang masa yang kita semua tahu. Ha ha ha... Memang kalau membeli di setiap jualan anjuran BIG BAD WOLF BOOKS ianya akan menjadi mesra poket. Paling menarik bagi Kak Fa di THE BIG LITTLE BOOK SALE ini adalah promosi 'RM1 Book Deal' dengan pembelian minimum RM100.00! Tu sebab Kak Fa kata kalau tak ambil peluang ni, anda berada di dalam kerugian. 


Tapi.... THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS ni tak lama... Sebenarnya dah bermula dari 29 Julai 2021 tempoh hari dan ianya akan berakhir esok iaitu 2 Ogos 2021. Maafkan Kak Fa ok? Kak Fa terlewat kongsi dengan anda. Ehhh... Tapi tak adalah terlewat sangat kan? Sebabnya esok masih ada begitu! Esok hari terakhir, jadi apa lagi? Pulunlah shopping habis-habisan esok! Gunakan peluang yang ada selagi boleh kan? 


Kak Fa nak kongsi-lah ek antara buku yang paling dicari-cari dan 10 buku terlaris, pilihan untuk orang dewasa dan kanak, tawaran THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS sangat menarik. Sementara ada masa lagi ni, elok sangat add to cart cepat-cepat sebelum STOK HABIS! Nanti dah habis wa pu chi tau ok? Not my fault sebab Kak Fa dah kongsi. 

Contohnya seperti tawaran buku RM 1, 555 buku pelekat dengan hanya RM 12.00, 2 Noisy Readers Fairytale dengan hanya RM25.00 dan 2 Puzzle - Travel, Learn and Explore dengan hanya RM40.00. 

Yang ni ambil perhatian - KOD PROMOSI: 

BBWM5%
Diskaun 5% dengan perbelanjaan minima RM80.00

BBWM7HALF%
Diskaun 7.5% dengan perbelanjaan minima RM120.00

BBWM10%
Diskaun 10% dengan perbelanjaan minima RM250.00

Pilih ajerlah nak buku yang mana pun, sebabnya terdapat lebih daripada 60,000 tajuk buku yang boleh diborong oleh ada di THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS. Nak rembat dekat mana? Klik pautan di bawah tu:

https://my.bbwbooks.com/


Bukan nak cakap apalah, Kak Fa memang dah sakan memborong dulu semalam. Ehhh...Hari Jumaat. Penuh cart dengan buku-buku Firash. Kak Fa top up buku bacaan, buku aktiviti, buku sticker. Ikut minat dia. Yang mana dia minat. RM1 Deal pun Kak Fa rembat sekali. Memang Kak Fa tak lepaskan peluang. Selagi ada kan? Termasuklah educational toys untuk Firash. 

Oh ya... Lupa pula nak cerita. Ha ha ha...Sebab excited sangat bercerita ni. 



Pada masa yang sama sekarang ni sedang berlangsung Educational Toys Fair secara atas talian juga di BIG BAD WOLF BOOKS. Macam yang Kak Fa cerita - termasuk dengan educational toys Kak Fa borong untuk Firash. Harga memang walla! Again rugi siapa yang tak grab sale BIG BAD WOLF BOOKS untuk kali ini. Makanya, cepat-cepatlah ya? 

Sebagai seorang ibu, Kak Fa rasalah kan.... melalui THE BIG LITTLE BOOK SALE ni sebenarnya ia memberikan kita ni ibu bapa satu cara yang mudah dan senang untuk membeli buku anak-anak dengan menawarkan ratusan dan ribuan buku dengan satu klik butang. Hanya di hujung jari saja ok? 

Kalau tak percaya pergi tengok di laman web BIG BAD WOLF BOOKS. Lebih daripada 60,000 judul buku yang menawarkan promosi dan potongan harga yang menarik antara 50% sehingga 95% daripada harga runcit yang disyorkan. Anda boleh mencari buku mengikut genre dengan mudah atau mencari mengikut kata kunci, tajuk, pengarang atau ISBN. Anda juga boleh melayari mengikut kumpulan umur (kategori). Laman web mereka adalah user friendly, so mudah jer nak navigate. 

Dah habis baca kan? So? Laju-laju pergi shopping ok? 

Laman Web: 

https://bigbadwolfbooks.com/

Laman Facebook: 

https://www.facebook.com/bbwbooks

Laman Instagram: 

https://www.instagram.com/bigbadwolfbooks/

Laman Twitter:

https://twitter.com/bigbadwolfbooks

 #BigBadWolfBooks #TheBigLittleBookSale

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !