Panduan Memilih Susu Formula Yang Terbaik Untuk Anak

Farah Waheda Wahid
0


Banyak sangat jenama susu formula yang tumbuh di pasaran. Yang ni bagus. Yang tu pun bagus. Sampai serabut kepala memikirkan yang mana satu sepatutnya menjadi pilihan hati mak ayah. Berdasarkan pengalaman, rekomendasi Kak Fa - pilih yang serasi dengan anak-anak, bukan pilih yang serasi dengan poket ok? Yang penting - serasi dengan anak. Semua mak ayah nakkan yang terbaik untuk anak-anak masing-masing kan? Pada tahun 2014, Kak Fa pernah berkongsi tentang Tanda-Tanda Susu Formula Tidak Sesuai Dengan Bayi, mungkin anda boleh rujuk kembali perkongsian lama Kak Fa tu untuk pencerahan. Cumanya pada kali ni, Kak Fa nak kongsikan sedikit panduan memilih susu formula yang terbaik untuk anak dan juga rekomendasi ke atas minuman susu coklat probiotik Tummyjoy yang telah Kak Fa cuba ke atas Firash baru-baru ini. 



Bukan mudah untuk memilih susu formula. Penerimaan setiap anak adalah berbeza. Jadi sebelum melakukan keputusan untuk memilih jenama susu formula yang mana, pastikan anda sebagai ibu bapa memahami panduan memilih susu formula yang terbaik untuk anak. 


Ketahui Jenis Susu Formula

Secara umum, terdapat empat jenis susu formula yang boleh didapati di pasaran semasa iaitu susu lembu, susu kambing, susu soya dan juga susu formula berkeperluan khas. 


Pilih Mengikut Usia

Penting untuk memilih susu formula mengikut peringkat usia anak. Tak boleh hentam keromo jer ya. Peringkat usia yang berbeza mempunya formulasi berbeza yang disesuaikan dengan keperluan perkembangan tahap umur masing-masing. Ibaratnya... baju anak berusia 6 bulan tak sesuai untuk dipakaikan kepada anak berusia 3 tahun. Memang sendatlah kan? 

Memahami Label

Label yang terdapat pada kotak atau tin susu mengandungi nutrisi yang terdapat pada sesebuah produk. Terdapat pelbagai istilah yang biasa terdapat pada label. Contohnya seperti minuman susu coklat probiotik Tummyjoy yang mengandungi: 





Probiotik 

Probiotik di dalam minuman susu coklat probiotik Tummyjoy adalah berfungsi untuk melancarkan penghadaman, membantu pencernaan, menyihatkan usus, menguatkan imunisasi badan, menyembuhkan eczema / alahan dan meningkatkan metabolisma badan. 

Prebiotik

Prebiotik yang terkandung di dalam minuman susu coklat probiotik Tummyjoy adalah merupakan makanan penting untuk probiotik serta berfungsi untuk membantu pembentukan bakteria yang lebih baik di usus, meningkatkan penyerapan kalsium di usus besar dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap sel kanser. 

DHA

DHA adalah penting untuk perkembangan minda kanak-kanak. Ianya adalah merupakan komponen kritikal untuk sel membran di otak serta komponen terpenting untuk kesihatan mata dan penting untuk perkembangan penglihatan anak-anak. 

MultiVitamin

MultiVitamin berfungsi untuk memberikan tenaga, menjaga jantung, menghindari jangkitan kuman, menyokong pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat serta menghasilkan kolagen. 


Mahal Tidak Semestinya Bagus, Murah Juga Tidak Semestinya Sesuai

Tidak bermakna semua susu formula yang mahal itu bagus dan tidak bermakna yang murah adalah bersesuaian. Seperti yang Kak Fa kongsikan ianya adalah bergantung kepada keserasian anak-anak. 


Kenali Tanda Alahan dan Kesan Jangka Panjang

Jangan terikut-ikut jenama susu formula yang digunakan oleh keluarga lain. Ini kerana penerimaan anak-anak adalah berbeza. Jika anda buntu di dalam misi pencarian susu formula untuk anak-anak, konsultasi dengan doktor. Perhatikan gejala alahan atau sebarang tanda ketidakselesaan pada anak-anak seperti muntah atau kembung, kulit kemerahan atau sesak nafas sebaik sahaja mencuba sesuatu produk susu formula. Untuk jangka masa panjang, pantau juga kenaikan berat badan anak-anak supaya tidak terlalu sedikit atau terlalu mendadak. 





Berbalik kepada minuman susu coklat probiotik Tummyjoy, kenapa Kak Fa sarankan anda sebagai ibu bapa mencuba ataupun mempertimbangkannya... Ini adalah kerana minuman susu coklat probiotik Tummyjoy mempunyai beberapa kelebihan yang mungkin serasi dengan anak-anak anda seperti:

  • Badan lebih cergas seterusnya otak dapat fokus dengan lebih baik. 
  • Mengelakkan sembelit dan cirit-birit.
  • Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan buruk di dalam usus. 
  • Kulit lebih baik yang disebabkan oleh eczema. 
  • Meningkatkan imuniti badan untuk melawan jangkitan dan sel barah. 




Dari segi rasa - Kak Fa sendiri dah cuba sedikit..."Guess what?" - sedaplah pulak...Ha ha ha... Kak Fa pun jadi suka. Patutlah Firash lepas segelas minta segelas lagi. Kak Fa pada waktu permulaan tu agak risau juga kalau Firash menolak sebab Firash ni jenis "picky", tetapi telahan Kak Fa salah. Firash suka! Jadi kalau Firash yang "picky" ni boleh minta bergelas-gelas, apatah lagi anak-anak yang bukan dalam kategori "picky" kannn? Tak salah untuk mencuba. 






Pada waktu dan ketika ini, pihak Tummyjoy sedang mengadakan promosi di mana dengan setiap pembelian susu Tummyjoy  anda berpeluang untuk mendapatkan paket sampul raya Tummyjoy  (sementara stok masih ada) dan juga sekiranya anda membeli 3 unit minuman susu coklat probiotik Tummyjoy anda berpeluang untuk memiliki "canister" edisi terhad Tummyjoy. 


Berikut adalah beberapa testimoni dari mereka-mereka yang telahpun mencuba minuman susu coklat probiotik Tummyjoy: 






Untuk Maklumat Lanjut:





Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !