Versi Dikemaskini:
6 Februari 2021
Bubblynotes - Malaysia Parenting
& Lifestyle Blogger adalah diselenggara dan dikemaskinikan oleh seorang ibu
kepada seorang anak lelaki yang berusia 7 tahun 3 bulan iaitu Farah Waheda
Wahid. Dilahirkan pada 24 November 1982 dan merupakan anak tunggal yang mula
berblog seawal 2006 lagi.
Di antara blog-blog yang pernah
diselenggara dan dikemaskinikan oleh Farah adalah:
· My Life Celesta (2006
- 2008)
Blog di dalam
Bahasa Inggeris yang telahpun ditutup kepada tatapan umum.
· Senorita Diaries (2008 - 2010)
Blog di dalam
Bahasa Inggeris dan Melayu yang telah ditutup kepada tatapan umum.
· My Wedding Tickers (2010 - 2011)
Blog di dalam
Bahasa Melayu yang berkongsi info serta tips-tips berkenaan dengan persiapan,
langkah dan juga info alam perkahwinan yang telah ditutup kepada tatapan umum.
· My Pregnancy Tickers (2013)
Blog di dalam
Bahasa Melayu dan Inggeris yang berkongsi tentang info, perjalanan serta tips
alam kehamilan serta kelahiran yang mana kemudiannya telah ditutup dan
digabungkan artikel-artikel yang berkenaan di dalam Bubblynotes - Malaysia
Parenting & Lifestyle Blogger.
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger telah
diwujudkan pada 2010 dengan nama asalnya Furra's Bubblynotes. Dalam tempoh 2010
sehingga pertengahan 2012, Furra's Bubblynotes menggunakan domain blogspot.com
yang mana pada 10 Jun 2013, ianya telah bertukar kepada domain sendiri iaitu www.bubblynotes.com
sehingga kini.
Blogger separuh masa yang memang berminat serta terlibat di dalam
bidang penulisan semenjak dari bangku sekolah di dalam pelbagai medium yang
boleh digunapakai. Tidak kira sama ada melalui pertandingan esei, menyertai pasukan
editorial sekolah dan yang berkaitan. Minat di dalam bidang penulisan itu tidak
terhenti setelah tamat alam persekolahan serta universiti tetapi diteruskan
melalui medium baru iaitu blog.
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger, diwujudkan
dengan tujuan menjadikan ia medium perkongsian mengenai pengalaman sebenar,
"personal insights", info, tips, panduan serta informasi yang
bermanfaat buat pembaca.
Latar Belakang Pemilik
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger
Menerima pendidikan awal di Tadika Capital, Jalan Gurney pada tahun
1988 yang mana kemudiannya, pendidikan rendah di SRK Jalan Gurney 2, Kuala
Lumpur dari tahun 1989 sehingga 1994. Setelah itu, mendapat pendidikan
peringkat menengah di SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur bermula dari
Disember 1994 sehingga 1999. Meneruskan pengajian di dalam bidang perakaunan
dan merupakan graduan dari Universiti Teknologi MARA.
Mempunyai pengalaman bekerja selama lebih dari 18 tahun dengan
beberapa pengalaman di dalam industri yang berbeza bagi mempelbagaikan
kemahiran serta pengalaman kerana percaya pada dasar "grab" segalanya
selagi masih berpeluang. Ringkasan sejarah pekerjaan yang pernah diceburi:
- Pembantu Tadbir (Admin Assistant)
- Sales & Marketing Executive,
Glomac Berhad
- Executive, Billing & Recovery
Division to the Executive Director of Finance (SYABAS)
- Event Coordinator & Manager
- Executive, Billing (Head - South
Zone), SYABAS Petaling
- Secretary to Executive Director
- Confidential Secretary to
Operations Director
- Executive Assistant to Chief
Operating Officer
- Senior Administrative Executive
- Senior Executive & Personal
Assistant to General Manager / Director / CEO
Mendirikan perkahwinan pada 4 Julai
2012, yang mana kini bakal mencecah ke tahun ke-9 tahun. Bertukar status kepada
seorang ibu pada 26 November 2013 setelah melahirkan seorang bayi lelaki
seberat 2.86kg melalui kaedah pembedahan LSCS akibat komplikasi yang disahkan
sebagai Plasenta Previa Tahap II.
Kini sedang meneruskan pengajian di dalam Bachelor (Hons.) Business Administration majoring Human Resource Management di Universiti Teknologi MARA secara sambilan.
Sebarang pertanyaan mengenai Bubblynotes - Malaysia Parenting &
Lifestyle Blogger dan juga pertanyaan mengenai advertorial / review /
pengiklanan:
bubblynotes@gmail.com
Platform Media Sosial:
URL Blog: http://www.bubblynotes.com
Instagram: FARAHWAHEDA
Facebook: FarahWaheda Wahid
Twitter: @ladiefarah
Ok dah kenal.. Alamat rumah??? Haha...
ReplyDeletehewhew hi kak farah waheda <3 hehehehe
ReplyDeleteowh kita sebaya rupanya..ahaks..punya lama dok reply komen ni baru baca farah punye intro diri..hahah..
ReplyDeletesalam kenal kak waheeda heee
ReplyDeletehehehehe. dah kenal.
ReplyDeletehi, farah. ok dah kenal :)
ReplyDeleteHi Farah...salam perkenalan :)
ReplyDeleteHai Farrah! Kita sebaya rupanya :)
ReplyDeleteAssalamualaikum farah,
ReplyDeletelaa.. zaza pun bru tau kita sebaya jgak rupanya hihihi.. bru ushar intro diri farah. apa pun all the best!
baru nak kenal-dh bc entri farah mcm2, tetiba hr ni terklik bab ni..hihihi..salam kenal..eh tetiba ;-))
ReplyDeletebaru jumpa blog farah....& baru ada masa nak baca2 entry dlm ni...hai farah,zura di sini...salam perkenalan
ReplyDeletehuyo! Impressive seh. Nak sign boleh???
ReplyDeleteSalam perkenalan.... he he he
ReplyDeleteSalam perkenalan kak Farah...suka baca blog akak thumb up.
ReplyDeleteTerbaik...
ReplyDeleteokay.. ngam.. dah kenal.. nanti boleh lepak stabak kopi kopi.. hee~ turunkan ilmu plis..
ReplyDeleteHai kak fa.selamat berkenalan hehehe.
ReplyDeleteOhh.. ex-CBN..hmm.. :D
ReplyDelete