“Landed Residential” Fasa Terakhir di Tiara Sendayan Untuk Dimiliki!

Farah Waheda Wahid
3

 

Bagi mereka yang mengikuti secara rapat atau sepintas lalu, artikel-artikel Kak Fa yang dimuatnaik di ruangan blog Bubblynotes.Com, tentu sahaja anda pernah melihat atau membaca perkongsian Kak Fa mengenai pembangunan hartanah di Tiara Sendayan sebelum ini. Kak Fa telahpun bercerita mengenai pembangunan hartanah di Tiara Sendayan sebanyak dua kali. Kali ini – sebelum ada yang terlepas pandang dan rugi, sukacita ingin Kak Fa kongsikan bahawasanya kini, hanya tinggal… “landed residential” fasa terakhir di Tiara Sendayan untuk dimiliki! Iya – fasa terakhir. Selepas ini tiada lagi ya “landed residential”. Sekiranya anda mencari “landed residential” di Tiara Sendayan, inilah peluang terakhir anda sebelum berputih mata. 


Pembangunan terlaris Tiara Sendayan oleh Matrix Concepts yang berjaya memikat hati Kak Fa sejak kebelakangan ini, akhirnya mengambil kata putus untuk melancarkan fasa terakhir pembangunan “landed residential” di Tiara Sendayan. Sememangnya, mengikut rekod prestasi Matrix Concepts, setiap kali produk “landed residential” dilancarkan di Tiara Sendayan, setiap kali itulah unit-unit yang ditawarkan habis terjual. Pembangunan “landed residential” di Tiara Sendayan sememangnya merupakan satu projek pembangunan yang sentiasa dinanti-nantikan umum. 

Kenapa sampai begitu sekali?... Sepertimana yang pernah Kak Fa kongsikan di dalam artikel yang terdahulu, Kak Fa pernah berkongsi yang lokasi Tiara Sendayan itu sendiri adalah merupakan sebuah lokasi yang strategik di mana ianya mempunyai akses sambungan seperti Lebuhraya Utara-Selatan, laluan KLIA  dan terletak secara strategik di dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV) iaitu koridor pertumbuhan baru yang diperuntukkan lanjutan daripada bandar gabungan Kuala Lumpur Raya di Negeri Sembilan. 


Tiara Sendayan ialah sebuah perbandaran premium dengan pembangunan harta tanah pegangan bebas kelas pertama seluas 416 ekar terletak bersebelahan Bandar Sri Sendayan. Memang luas, memang besar serta pembangunan di Tiara Sendayan adalah dilengkapi dengan kemudahan dan fasiliti terbaik seperti Tiara Biz, Central Park seluas 12 ekar, stesen minyak, Medan Tiara, Sekolah Global Matrix, Kelab Desa d’Tempat, X-Park Sendayan dan Sendayan Merchant Square. Semua kemudahan dan fasiliti ini telah pun tersedia dan beroperasi pada ketika ini. Jadinya, tidaklah dikatakan duduk di kawasan jin bertendang kan? Semua yang diperlukan telah tersedia. Sebab itulah, semakin hari semakin ramai yang berminat untuk memiliki harta tanah di Tiara Sendayan. 





Lagipun, pembangun harta tanah di Tiara Sendayan iaitu Matrix Concepts telah terbukti sebagai pembangun berkaliber dan berkualiti melalui rekod prestasi yang kukuh di mana kesemua fasa-fasa pembangunan harta tanah sebelum ini yang telah dibangunkan sejak tahun 2018 telah habis terjual. It’s proven when people are keep looking for more development by Matrix Concepts di Tiara Sendayan.


Tiara Sendayan kini telahpun matang, di mana ianya memenuhi keperluan gaya hidup para pemilik kediaman di Tiara Sendayan dengan lengkap. Oleh yang demikian, Kak Fa percaya, disebabkan kawasan ini telahpun matang, maka Matrix Concepts bersedia untuk melancarkan fasa terakhir “landed residential” mereka di Presint 14C3-A&B, Tiara Sendayan. Tiada lagi kediaman setingkat atau dua tingkat yang akan dibangunkan pada masa akan datang selepas fasa terakhir ini. Memang ini adalah betul-betul peluang terakhir kepada mereka yang berminat untuk memiliki “landed residential” di Tiara Sendayan. Kalau terlepas macam tu sahaja, memang teramatlah rugi pada Kak Fa. 

Semestinya, pembangunan fasa terakhir ini masih mengekalkan konsep hijau sekeliling seperti pembangunan yang sebelumnya. Pembangunan fasa terakhir ini, akan menawarkan sebanyak 336 unit kediaman pegangan bebas yang bersaiz 20’ x 65’ dan 20’ x 75’. Luas binaan kediaman setingkat adalah seluas 1,056 kaki persegi dan dua tingkat yang mana luas binaannya bermula dari 1,576 kaki persegi. Matrix Concepts menyasarkan pembeli rumah pertama dan juga “empty nester” di dalam perancangan pelancaran fasa terakhir ini. Kalau tak silap Kak Fa lah kan, pembangunan fasa terakhir ini dikenali sebagai Anara, Calia dan Elara dan ia dilengkapi dengan kemudahan tiga bilik serta dua bilik air bagi kediaman setingkat dan juga 4 bilik serta 3 bilik air bagi kediaman dua tingkat. Harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM225,000 bagi kediaman setingkat dan bermula dari RM360,000 bagi kediaman dua tingkat. 

Mana nak dapat dah pembangunan harta tanah seumpama begini? Memandangkan ini adalah pembangunan “landed residential” Tiara Sendayan yang terakhir, pastikan ramai yang tidak mahu terlepas peluang terakhir ini. Oleh itu, Kak Fa sarankan kepada anda untuk segera mendaftarkan minat anda ke atas fasa terakhir “landed residential” Tiara Sendayan di Matrix Concepts bagi memastikan anda dapat memiliki kediaman idaman anda selepas anda membaca artikel ini. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian 1-800-88-2688 atau melayari laman web Home | Tiara Sendayan.

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kita kalau tiada rumah lagi beli area sini dekat pun dekat. Rumah cantik dan kemudahan semua ada..,

    ReplyDelete
  2. semua fasilities dah sedia ada, beruntung pembeli fasa akhir ni kan Fa :)

    ReplyDelete
  3. Cantik cantik design rumah dekat Tiara Sendayan ni. Facilities pun banyak, Sesuai sangat untuk yg da bekeluarga nak rumah yang besar n selesa pada harga berpatutan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !