Jam Tangan Pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora Yang Direka Khusus Buat Wanita

Farah Waheda Wahid
0

Setelah memiliki dua buah jam tangan pintar di dalam koleksi Kak Fa, Kak Fa terjebak di dalam menambah koleksi ketiga jam tangan pintar. Cumanya, jam tangan pintar ketiga di dalam koleksi Kak Fa ni, Kak Fa rasa terpaling function di antara ketiga-tiga jam tangan pintar yang pernah Kak Fa pakai. Jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora yang direka khusus untuk wanita adalah yang paling praktikal dan paling kena dengan gaya hidup seorang wanita seperti Kak Fa. 

Secara peribadi, Kak Fa rasa yang Kieslect Lady Calling Watch Lora ini adalah lebih mesra pengguna untuk pengguna wanita dan disebabkan itu, Kak Fa mengambil keputusan yang Kak Fa patut kongsi dengan anda semua tentang Kieslect Lady Calling Watch Lora ini. Manalah tahu kan? Jika ada yang sedang tercari-cari jam tangan pintar untuk dimiliki ataupun jika ada yang ingin menghadiahkan sesuatu yang bermakna kepada teman wanita, tunang, isteri dan sebagainya kan? Mungkin apa yang Kak Fa kongsikan ini dapat membantu? 


Kieslect Lady Calling Watch Lora ini didatangkan di dalam tiga variasi warna yang menarik iaitu merah jambu, emas dan ungu. Warna pilihan Kak Fa ialah ungu! Sebabnya... Kak Fa adalah seorang yang tidak pernah memiliki sebarang pakaian ataupun aksesori yang berwarna ungu. Kali ini, Kak Fa inginkan sedikit kelainan dengan memilih warna ungu. Sekali pandang macam cantik, dua tiga kali pandang, eh memang cantiklah! Ha ha ha... Tak salah pilihan Kak Fa kali ini. 

Jika diperhatikan, Kieslect Lady Calling Watch Lora ini adalah dihasilkan dengan Fadeless Aluminium Case yang tahan lasak serta tahan pudar. Ini penting sebab, Kak Fa tak nak...pakai tak sampai setahun dua, tiba-tiba dah pudar warna dia kan? Nak-nak lagi bila Kak Fa telah memilih sesuatu yang berwarna terang berbanding warna kegemaran Kak Fa hitam dan merah jambu terang. 

Ciri 3D Full View Colour Display pada Kieslect Lady Calling Watch Lora menyediakan paparan jelas dan sememangnya menjadikan ia sedap mata memandang. Pandang sekali, nak pandang lagi. Pandang sekali, nak pandang lagi. Ha ha ha... memang tidak jemu mata memandang. Bagaimana pula dengan fungsi? - Ini ada kena mengena kenapa Kak Fa kata Kieslect Lady Calling Watch Lora direka khusus untuk wanita dan praktikal untuk wanita. 

Sambungan Bluetooth 5.2 Yang Stabil


Buat pertama kalinya, Kak Fa puas hati dengan pengalaman penggunaan jam tangan pintar yang boleh membuat panggilan dan juga menjawab panggilan yang sebenar. Memang sangat-sangat berpuas hati, kerana sambungan bluetooth 5.2 yang stabil mempunyai sambungan yang lebih kuat bersama-sama pembesar suara dan juga mikrofon yang mana panggilan telefon sangat jelas. Setiap buah butir perbualan oleh si pemanggil dan juga Kak Fa, tidak ada sebarang masalah dan setakat ni belum pernah lagi suara panggilan tersekat-sekat. 

Fungsi ni memang sangat praktikal untuk Kak Fa ketika sedang sibuk bekerja di pejabat dan tak sempat nak angkat panggilan melalui telefon ataupun ketika sedang memandu. Kak Fa paling suka fitur ni ketika menjawab panggilan ketika memandulah. Sebab terkadang Kak Fa ni terlupa nak memakai earphone. Jadi kehadiran Kieslect Lady Calling Watch Lora ni memang sangat tepat untuk Kak Fa. Memandangkan Kak Fa ni sentiasa terkejar-kejar ke sana ke sini kan? Ini paling praktikal dan afdal. 

Oh ya, salah satu faktor adalah di mana Kieslect Lady Calling Watch Lora ini didatangkan dengan cip panggilan Teras 2-dalam-1 ke-3, selepas Apple dan Samsung. Terima kasih kepada cip 2-dalam-1, penggunaan kuasa adalah 30% lebih rendah daripada cip dwi, ​​membolehkan ia bersaing dengan 10 jam tangan nipis calina teratas dari segi hayat bateri - kalau penggunaan berat 1-2 hari, penggunaan biasa 3-5 ketahanan bateri. Panggilan jam tangan pintar menjadi pantas, stabil dan cekap tenaga.


Notifikasi Media Sosial, Mesej dan What's App


Notifikasi media sosial membuatkan Kak Fa mudah nak keep track perkembangan media sosial Kak Fa, iyalah dengan nature kerja bukan hakiki Kak Fa sebagai blogger dan pemengaruh mikro, Kak Fa perlu attentive kepada setiap perkembangan posting Kak Fa di media sosial. Selain itu, notifikasi mesej dan aplikasi What's App pun penting juga, sebab tengah-tengah sibuk ke sana ke mari memandu, bergerak ke sana ke mari, Kak Fa bolehlah juga tengok paparan pada jam pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora untuk melihat mesej dan juga maklumbalas What's App yang Kak Fa terima. Contohnya... maklumbalas penting What's App dari lecturer Kak Fa ke atas soalan yang Kak Fa ajukan untuk assignment Kak Fa seperti di dalam paparan gambar di atas. 

AI Voice Assistant


Ai Voice Assistant memang pembantu peribadi paling pintar yang sangat berguna. Ketika Kak Fa sedang memandu, Kak Fa hanya perlu menyebut "Call Mama" atau "Play Music". Mudah jer, main sebut-sebut terus panggilan disambungkan. Main sebut-sebut terus muzik dimainkan. Sambil memandu, sambil berjalan, sambil mendaki, sambil berlari - cuma perlu sebut jer, semuanya selesai. 

Hi Definition Music Playlist on Wrist



Fungsi Hi Definition Music Playlist on Wrist ni, paling banyak Kak Fa gunakan ketika bersenam atau brisk walking. Muzik yang dimainkan sangat jelas dan memenuhi halwa telinga Kak Fa. 

Senarai Fungsi Yang Banyak dan Terlalu Banyak untuk Dikongsikan Satu Persatu!

Kalau nak ceritakan semuanya satu persatu, Kak Fa yakin yang satu hari satu malam tak habis Kak Fa nak huraikan satu persatu fungsinya cuma Kak Fa nak beritahu ni, selain dari fungsi-fungsi yang telah Kak Fa highlight-kan di atas, terdapat fungsi-fungsi seperti yang berikut:


Kieslect Lady Calling Watch Lora ini didatangkan dengan 70 mod sukan, yang menawarkan banyak pilihan untuk semua wanita, termasuk kiraan kalori dan kiraan langkah. SPO2, degupan jantung, pemantauan tidur pun terdapat di dalam Kieslect Lady Calling Watch Lora. 


Sejak Kak Fa menjadi pengguna Kieslect Lady Calling Watch Lora, Kak Fa rasakan... Kieslect Lady Calling Watch Lora ni lebih memahami health condition ni lebih dari diri Kak Fa sendiri. Disebabkan Kieslect Lady Calling Watch Lora ni lah, Kak Fa sekarang lebih cakna dan lebih konsisten di dalam menjaga kesihatan diri Kak Fa. Al-maklumlah bila dah ucapkan selamat tinggal kepada usia 3 series ni kan? Nak tak nak, suka tak suka kena jaga kesihatan. Anak kecil lagi oiii... Jauh lagi perjalanan diri ini. Jadi kena sayang diri sendiri kerana sayangkan anak. Waktu tidur Kak Fa pun terjaga dengan lebih baik dari sebelum ini. Oh ya selain dari itu, Kieslect Lady Calling Watch Lora setiap bulan memberikan Kak Fa peringatan kitaran haid.  

Selain itu, Kieslect Lady Calling Watch Lora ini juga adalah IP68 kalis air (tapi janganlah pakai sewaktu berenang, mandi atau surfing ok?), bantuan untuk mencari telefon yang misplaced, kawalan kamera, peringatan untuk minum, kalkulator, stopwatch, penggera, pemasa, ramalan cuaca, lampu suluh, balasan mesej pantas, SOS, perlindungan kata laluan dan permainan terbina dalam. 


Dari segi keperluan gaya, muka jam boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing. Nak tukar hari-hari pun tak ada masalah, sebab nak tukar muka jam tu bukannya susah sangat pun. Sambil pejam mata boleh buat ok. Selain itu, jam pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora didatangkan dengan tali magnetik lepasan pantas dan juga boleh ditukar ganti dengan tali lain. Nak bling bling sikit boleh tukar kepada tali glitter. Ikut kesesuaian pakaian yang dipakai. 


Best part, Kieslect Lady Calling Watch Lora ni, pakai apa gaya sekali pun sesuai, sama ada gaya sporty, gaya kasual dan gaya formal, semua sesuai. Itu yang paling Kak Fa suka, tak adalah rasa macam tak kena jer bila pakai jam dengan gaya penampilan kan? 


Semua gaya pun masuk, tak rasa janggal betul menggayakan Kieslect Lady Calling Watch Lora di dalam gaya sporty, kasual dan formal. 

Berbaloi apabila pihak Kieslect menawarkan waranti jaminan gantian selama setahun untuk para pelanggan dalam tempoh setahun pembelian di mana pelanggan boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) dengan unit serba baru. Walaubagaimanapun, kena ingat ok? Jika produk anda rosak disebabkan kesilapan anda sendiri ataupun buatan individu, Kieslect tidak akan menggantikan produk anda. 

Bagi Kak Fa, dengan harga mampu milik dan juga dengan high CP (cost-performance) dan ciri-ciri yang dilengkapkan ke atas Kieslect Lady Calling Watch Lora ni, ianya adalah setanding dengan jenama-jenama terkenal serta mewah di luar sana. Pengalaman yang smooth dan tak ada sebarang masalah pun sepanjang Kak Fa menggunakan Kieslect Lady Calling Watch Lora ni. 

Menarik tak? Menarik kan? Jadi jika berhajat untuk membeli boleh gunakan kod promo: KIESLORA.

Untuk Maklumat Lanjut:







#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness  

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !