Cuba Untuk Kekal Sihat Bersama Rangkaian Produk Kesihatan Berkualiti Tinggi GKB

Farah Waheda Wahid
0

Memanglah... Kak Fa suka sangat sebut atau letak kapsyen di ruang medsos Kak Fa - age is just a number! Akan tetapi... sesungguhnya sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah SWT, usia pasti mengejar dan semakin berusia semakin kita menjaga serba-serbi aspek kesihatan diri kita termasuk kesihatan. Nak-nak lagi Kak Fa berpengalaman melalui prosedur Bone Marrow Test dan juga pernah dijengah Covid-19 sekali (harap jangan singgah lagi!)... Tak ada maknanya seseorang manusia itu mampu maintain dengan sendirinya ajer... Pasti perlukan sokongan juga kan? Makanya, Kak Fa ni cuba kekal sihat bersama rangkaian produk kesihatan berkualiti tinggi GKB dengan sebaiknya. 


Orang-orang di luar sana, selalu nampak the way Kak Fa portray myself sebagai seorang yang sentiasa sihat, ceria dan senyum jer sentiasa - itu semua luaran dan mustahil lah kan? Kak Fa ni tak pernah ada isu dengan diri sendiri. Ada ketika Kak Fa mengalami gastrik, ada ketika Kak Fa punya skin breakout, ada ketika juga Kak Fa mengalami diarrhea, saiz tubuh badan ni pula macam yoyo... Naiknya bukan main senang, nak turunnya... Muahahahaha.... Masha Allah... Lagi lambat dari siput! Kalau tak merasa semua perkara ni, itu bukan manusia, itu robot! 

Lima (5) produk kesihatan GKB yang Kak Fa consume ok! Ha...Ini yang nak cerita ni... Seronok rasanya nak buka cerita dan berkongsi. Barang baik - memanglah rasa seronok nak bercerita dan kalau boleh nak semua orang mendapat manfaat yang sama kan? 

Kita fokus pada usus ya usus...Sebab anda perlu tahu bahawasanya kajian menunjukkan bahawa usus yang sihat membantu memastikan nutrien penting diserap daripada makanan yang kita makan. Usus sihat menjamin sistem imun yang sihat dan mencegah beberapa penyakit serius. Ini bukan Kak Fa yang pandai-pandai kata ok? Tetapi ini Kak Fa cited dari SINI. Secara pendeknya... produk kesihatan GKB adalah bersasarkan untuk mengekalkan kesihatan usus individu dan seterusnya membantu individu sihat dan lebih cantik dari dalam dan luar. Ha macam tulah kisahnya. Itu sebab Kak Fa ambil keputusan untuk jadikan rangkaian produk kesihatan GKB sebagai rutin kesihatan Kak Fa.

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplement kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik dalam bentuk granul probiotik ini juga dapat mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.  

GKB Probio+



Ini namanya GKB Probio+. Di dalam GKB Probio+ ini terdapat 5 jenis bakteria probiotik yang berfungsi aktif serta 4 jenis prebiotik. Yang ini sebenarnya Kak Fa selalunya akan ambil bila perut Kak Fa ni terasa senak ke, susah nak pergi ke tandas ke (sembelit) dan kadang-kadang bila tersalah makan dan mengalami diarrhea, GKB Probio+ inilah yang Kak Fa cari. Setakat ni, memang Kak Fa rasa berpuas hatilah dengan GKB Probio+ ni. Sangat membantu Kak Fa yang kadang-kadang mengalami masalah-masalah yang Kak Fa senaraikan. Kak Fa terus koyakkan sachet dan terus kemam-kemam telan macam tu. Senang cerita - fungsinya untuk memperbaiki usus ya kawan-kawan. 

GKB Probizymes 



Sebenarnya kan...Kak Fa ni ada gastrik yang tak taulah macam mana Kak Fa boleh dapat. Masa kecik-kecik memang tak ada gastrik, tetapi sejak-sejak dua tiga tahun kebelakangan ni, Kak Fa dah ada gastrik dah...Sobs. Paling challenging bila hari Kak Fa terlampau sibuk dan Kak Fa terlupa makan atau skip makan. Bulan puasa pula - berdoa supaya tidak diserang gastrik. Kalau tidak alamatnya rugilah dan makin banyak harilah pula kena ganti puasa kan? Fungsi GKB Probizymes ni adalah untuk mengurangkan gastritis. 

Setakat ke hari ini, Alhamdulillah - puasa belum terugi lagi disebabkan gastrik. Sebabnya setiap kali waktu sahur Kak Fa akan pastikan Kak Fa minum segelas GKB Probizymes. Ya yang ini bukan koyakkan sachet terus kemam-kemam masuk mulut, yang ini koyakkan sachet dan larutkan di dalam segelas air dan minum ya. Sesiapa yang ada mengalami masalah kembung perut yang berpanjangan ataupun sakit perut, helok sangatlah amalkan GKB Probizymes ni ha. 

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus



Haaa...wanita-wanita di luar sana, sila fokus kepada GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ini ya. Kalau nak kulit tu semakin hari semakin cantik, bersih dan sihat. Silalah consume produk GKB yang satu ini ya. Sebabkan - Kak Fa sebelum mula consume ni, kulit Kak Fa breakout tau. Tak pastilah sebab apa kan. Boleh jadi tekanan, boleh jadi kurang rehat, boleh jadi hormon...eh macam-macam boleh jadilah. Surprisingly tak adalah ajaib dua tiga sachet dah letops kulit Kak Fa. Tapi minggu berganti minggu, Kak Fa boleh rasa diri Kak Fa sendiri yang kulit Kak Fa dah mula semakin helok. 

Produk yang satu ni memang sebenarnya mengurangkan masalah kulit kering, mengurangkan sensitiviti kulit dan mempromosikan kesihatan kulit. Yang menjadi bonus adalah apabila produk ini memberikan manfaat tambahan kepada para wanita untuk mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit ketidakseimbangan mikrob. Cara makan senang ajer... koyak sachet terus masuk dalam mulut. 

GKB G-Pro Gold


Kalau rasa-rasa anda ni jenis yang susah nak membuang air besar...memanjang ajerlah mengalami masalah sembelit - Kak Fa rekomendasikan GKB G-Pro Gold. Sebab kenapa Kak Fa sarankan? Sebab Kak Fa dah pernah mengalami masalah sembelit itu dan sesungguhnya ini adalah antidot yang membantu melegakan. Memang marvellous untuk mengurangkan sembelit. It works perfectly! 

Bagi mereka-mereka yang mengalami masalah sindrom iritasi usus dan cirit-birit yang teruk juga adalah sangat disarankan untuk mengambil produk ini. Adalah satu hari tu, entah di mana silapnya Kak Fa kan... cirit-birit teruk kot... Consume GKB G-Pro Gold, selepas tu rasa lega...

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3


Sajalah Kak Fa nak beritahu, kalau-kalau ada yang tak terperasan atau kalau-kalau ada yang terlepas pandang. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini salah sangat viral ya. Viral di Tik Tok. Ramai yang Kak Fa perasan melalui video-video yang lalu di FYP di Tik Tok tu, berlumba-lumba memberi penerangan tentang produk ini dan juga ramai juga yang berlumba-lumba nak membeli produk yang satu ini. Terutamanya perempuan! Kenapa? Ha ha ha...Ini membantu untuk mengurangkan berat badan serta menjadikan lebih langsing. 

Fungsinya adalah untuk mengawal minyak dan mengurangkan kalori. Sejak-sejak Kak Fa consume produk ni, boleh rasa ringan sikitlah badan Kak Fa ni ha. Makan macam biasa jer tapi masih boleh turunkan berat badan. Ha macam tulah konsepnya. Energetic pun ya Kak Fa rasa. Al-maklumlah jadual Kak Fa kan sememangnya padat. Ha ha ha... Memang perlu banyak tenaga. Kak Fa faham kehendak tubuh Kak Fa, orang lain memang tak fahamlah. 

Berat badan tu tidaklah turun mendadak, tetapi slowly Kak Fa sendiri boleh rasa. Patutlah produk ni viral di Tik Tok oiii.... 

Jangan risau, kesemua produk kesihatan GKB yang Kak Fa consume ini adalah diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025. Terjamin keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi. Takkanlah Kak Fa nak pengaruh orang produk-produk sembarangan kan? Kita sihat, kita cantik - kita pun nak orang lain sama juga. Jadi mestilah Kak Fa syorkan produk yang terbaik ya tak? 

Anda boleh dapatkan kesemua produk-produk yang Kak Fa kongsikan di atas di semua cawangan farmasi besar di Malaysia termasuk Alpro Pharmacy dan juga di GK Bio International | Top 10 Probiotic Manufacturer | Largest Medicinal Mushroom Manufacturer (mygkb.com)

GKB Official Selling Platform:
Semua farmasi utama di Malaysia, termasuk:

Central: 
Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
         
Melaka: 
Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        

Penang:
 Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        

Perak: 
Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        

East Coast: 
Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         

Southern: 
Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        

Sabah: 
Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy 
       
Sarawak: 
Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

Untuk senarai farmasi terkini, sila rujuk:

Untuk Maklumat Lanjut:




https://www.youtube.com/@mygkb01

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !