Buffet Mana Kita Ramadan 2023 Ni? Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam Lah!

Farah Waheda Wahid
0


Sejenis kelakuan dan perangai Kak Fa adalah... sebelum nak mengajak orang iftar bersama-sama, Kak Fa kena buat "research" dulu sama ada satu-satu tempat tu berbaloi ke tidak? sedap ke tidak? banyak pilihan ke tidak? Ha macam tulah lebih kurang gayanya. Sebelum mengajak atau sebelum mencadangkan pada orang lain, wajib diri sendiri dulu mencuba. Habis tu? Buffet mana kita Ramadan 2023 ni? Selera Nusantara di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam lah! Kak Fa dah buat pilihan! 

Kisahnya, hari tu Kak Fa berkesempatan mencuba menu-menu buffet Ramadan 2023 di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam di dalam satu sesi "preview" buffet Ramadan di sana. Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam ni kan sememangnya popular dengan pelbagai acara dan keramaian termasuklah aktiviti buffet Ramadan. Makanya, sebelum Kak Fa bercerita dengan lebih lanjut mengenai makanan, eloklah Kak Fa beritahu awal-awal yang bagi tahun 2023 ini, buffet Ramadan Selera Nusantara di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023 dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Lokasi

Bagi memudahkan anda untuk mencari lokasi Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam rasanya elok kalau Kak Fa beritahu kedudukan yang sebenarnya supaya anda dapat sampai ke lokasi yang dimaksudkan. Tak naklah nanti kalau Kak Fa kongsi, tiba-tiba ada yang meroyan pula dengan Kak Fa, marah-marah beritahu - mana ada Kak Fa? Tak jumpa pun Kak Fa? ... Tak nak, tak nak, tak nak macam tu. Jadi bagi mengelakkan dari semua ini berlaku sila ambil maklum maklumat di bawah ya:



Alamat Lokasi:

Auditorium MBSA/Dewan Bankuet MBSA
Persiaran Sultan, Seksyen 14
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Konsep Menu

Untuk makluman - Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun di dalam dan luar negara. Kompilasi bersama Chef Bob dan Chef Shahril, Selera Nusantara bakal menawarkan lebih dari 100 sajian. Berkonsepkan buffet dengan lebih daripada 6 gerai pilihan makanan tempatan. 







Di antara sajian yang bakal dihidangkan adalah termasuk Kambing Golek dengan Sos Lada Hitam dan Sos Daun Mint, Ayam Dara Golek dengan Sos Istimewa, Dim Sum, Kuey Teow Penang Style, Mee Goreng Mamak dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini. 

Selain itu terdapat lauk pauk tradisional Melayi seperti Ayam Masak Lemak Cili Api bersama Pucuk Ubi, Daging Salai Rebung Sri Menanti, Daging Masak Kerutub, Ketam Masak Kam Heong, Ayam Goreng Berlado Cik Ani, Sotong Sambal Petai, Daging, Rendang Minang, Kari Kambing Mamak Style, Ayam Masak Merah Kacang Peas, Ayam Goreng Berdaun Kari dan Udang Mamak Style. 

Bagi sajian pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam menyediakan beraneka kuih muih tradisional Melayi seperti Sago Gula Melaka, Tapai Pulut Daun Getah, beraneka puding, Cream Caramel, Rojak Buah dan buah-buahan. 

Ada juga, pembuka selera seperti Jeruk Pak Ali, Telur Masin, Ikan Pekasam, Kerabu Tauge Pucuk Paku, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Mangga, Kerabu Ikan Bilis, Pasembur Utara, Pasta Salad, Pecal, Keropok Ikan, Papadom dan banyak lagi. Sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan. 

Yang Kak Fa kongsi gambar-gambar di atas tu cuma sebahagian menu tetapi sebenarnya memang banyak pilihan sampai tak terpilih. Sila rujuk paparan di bawah untuk makluman anda:



Bagi Kak Fa, memang tak terpilih. Rasa nak makan semuanya... Sebab tu sewaktu "preview" tu, Kak Fa rasa tu sikit, ni sikit...sebab Kak Fa nak rasa betul-betul kesemuanya. Secara keseluruhan, menu-menu yang dihidangkan sememangnya cukup rasa, cukup masin, cukup lemak dan cukup manisnya. Memang satu pilihan yang amat berbaloi dan tepat untuk aktiviti iftar di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam. Nak tau tak? Dia punya sedap tu, sampaikan Kak Fa rasa tak larat nak memandu balik ke rumah hari tu... 

Ha...jadi bayangkanlah bagaimana masakan yang dihidangkan menepati dan kena dengan citarasa Kak Fa kan? Kak Fa ni bab makan memang memilih...Kalau kurang rasa - boleh nampak dari ekspresi Kak Fa atau tingkah laku Kak Fa. Ha ha ha... Tak reti nak sorok ok? Entah-entah sambil menaip ni pun Kak Fa boleh mengomel kalau ada yang tak kena. Tapi kalau seronok bercerita tu, maksudnya memang kena dengan jiwa dan selera Kak Fa lah tu. 

Harga Tawaran???


Harga bagi kategori Dewasa ialah RM98.00 NETT dan harga bagi kategori Kanak-kanak dan Warga Emas ialah RM58.00. Walaubagaimanapun, sekiranya anda berkesempatan sebelum atau pada 23 Mac 2023, harga promosi pembukaan adalah pada RM88.00 NETT. Jadi, tak perlu tunggu lama-lama kot? Boleh mula lakukan tempahan selagi belum sampai tarikh 23 Mac 2023 tu.  Promosi pembukaan pada harga RM88 NETT  boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau "scan" kod yang ada di poster yang disediakan.

Tarikan

Salah satu tarikan yang membuatkan Kak Fa suka dengan buffet Ramadan di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam ini adalah di mana... sambil-sambil makan, kita akan dihiburkan dengan irama-irama tradisional Melayu dan dendangan tradisional Melayu. Dia kan macam feeling sangat tau! 


Bukan itu sahaja, terdapat juga "photo booth" yang disediakan khas untuk para pengunjung bergambar. Set-up dia memang kena dan "fit the theme". Nak nak lagi kalaulah anda memilih untuk beriftar di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam bila dah hujung-hujung Ramadan. Boleh rasa "hype" Raya tu tau. 


Buffet Ramadan di Dewan Bankuet MBSA juga, membolehkan ibu bapa yang datang dengan anak-anak kecil menikmati juadah iftar dengan tenang setenang-tenangkan kerana terdapat Kids Zone yang disediakan khas untuk anak-anak. Memang tenang pun... tak adalah tercekik nak menghabiskan makanan. Ada pelbagai permainan yang boleh membuatkan anak-anak leka. 




Parkir percuma, surau, mesra OKU dan juga ruang makan yang berpenghawa dingin juga adalah merupakan tarikan buffet Ramadan di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam. 

Bagi pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam - perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga bagi urusan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu ataupun korporat yang ingin membuat tajaan. Ianya turut ditawarkan. 

Tidak terhad sekadar acara buffet Ramadan, kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, pihak Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Nusantara Catering adalah merupakan pihak yang berpengalaman di dalam pelbagai penganjurang majlis dan juga kenduri. 

Untuk Tempahan: 
Hubungi +601154040385

Emel:
nusantaracatering.event@gmail.com



Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !