Adakah acerpure Pro P2 Sesuatu Yang Berbaloi Untuk Kediaman?

Farah Waheda Wahid
0

 

Cerita ni sebenarnya dari sehari ke sehari Kak Fa nak taip dan kongsi di Bubblynotes.Com… akan tetapi seperti biasa, masa sangat mencemburui Kak Fa. Akhirnya, hari ini Kak Fa dapat juga mencuri ruang untuk menaip dan memuatnaik entri ini sebagai perkongsian kepada anda yang membaca. Rasanyalah kan, adakah acerpure Pro P2 sesuatu yang berbaloi untuk kediaman? Ingin tahu pendapat Kak Fa dan juga maklumat lebih lanjut mengenai acerpure Pro P2? Wajib teruskan pembacaan sehingga ke tanda noktah terakhir entri ini.

Sebenarnya, jika anda mengikuti perkembangan Kak Fa secara rapat di aplikasi Instagram, anda pasti perasan yang pada bulan May 2022 yang lalu, Kak Fa ada berkongsi tentang acerpure Pro P2 ini. Cumanya, Kak Fa tak dapatlah nak menaip terlalu panjang segala-gala tentang acerpure Pro P2 ni di Instagram. Ada words limitation kan? Jadi untuk memastikan maklumat serta pandangan secara peribadi yang lebih terperinci dan jelas, Kak Fa decide untuk menggunakan platform Bubblynotes.Com.


Sebelum Kak Fa ambil keputusan untuk mendapatkan acerpure Pro P2 untuk kediaman Kak Fa, Kak Fa sibuklah dengan research, dengan survey dan buat comparison ke atas semua produk seiras di pasaran Malaysia ni. Kak Fa study features, maintenance, products features – makan masa hampir dua bulan juga sebenarnya. Dah puas hati dengan apa yang Kak Fa dapat, Kak Fa terus ambil keputusan memilih acerpure Pro P2. Nak tau tak? Kak Fa sedikit pun tidak menyesal dan Kak Fa rasa sangat gembira kerana telah membuat pilihan yang paling tepat. 

Kenapa acerpure Pro P2?



Sepertimana yang kita tahu, jenama Acer sangat terkenal dengan rangkaian komputer riba. Akan tetapi, apa yang mungkin ramai di antara anda tidak tahu atau tidak perasan, sejak kebelakangan ini, Acer yang berasal dari Taiwan juga memfokuskan sedikit kepada produk rumah pintar seperti acerpure Pro P2 yang merupakan pembersih udara dengan beberapa ciri menarik. 

Untuk seseorang individu yang ingin mendapatkan pembersih udara untuk kediaman anda dengan harga mampu milik (kurang dari RM1,300 seunit) – anda patut mempertimbangkan acerpure Pro P2 sebagai senarai produk pilihan anda kerana melalui pengalaman Kak Fa, it meets the expectation. Besides, reka bentuk acerpure Pro P2 adalah quite sleek pada pandangan Kak Fa. In terms of size, just nice. Tidak memakan ruang yang besar.


Pembersih udara acerpure Pro P2 mempunyai kadar penghantaran udara bersih (CADR) sebanyak 324 m3/jam. Pada asasnya, lebih tinggi angka CADR, lebih cekap sesuatu pembersih udara itu menapis bahan tercemar dari udara. Pada 324 m3/jam, acerpure Pro P2 mampu memberikan udara bersih dengan sangat berkesan di sesebuah kediaman. 


Selain itu, acerpure Pro P2 dikatakan sesuai untuk bilik bersaiz 45m2 yang berkeluasan kira-kira 484 kaki persegi. Ia juga mempunyai paparan LCD untuk menunjukkan kualiti udara, motor DC cekap kuasa, lima kelajuan pembersihan udara iaitu SMART, 1, 2, 3 serta TURBO, sambungan WiFi (terdapat aplikasi khas yang disediakan) dan juga alat kawalan jauh kecil yang comel untuk menukar tetapan pembersih udara. 


Penapis HEPA 4 dalam 1 mampu menghapuskan sehingga 99% of airborne bacteria, 99.97% ultrafine dust, PM1.0 dan allergies. 

Pengalaman Kak Fa Sebagai Pengguna acerpure Pro P2


Memandangkan fungsi utama pembersih udara adalah untuk membersihkan udara, Kak Fa nak bercerita tentang prestasi acerpure Pro P2 dahulu. Sepanjang masa Kak Fa menggunakan acerpure Pro P2, lebih kurang setengah tahunlah sekarang kan, acerpure Pro P2 berfungsi sepertimana yang Kak Fa harapkan.

Most of the time Kak Fa meletakkan acerpure Pro P2 di ruang tamu dan pada waktu malam sebelum tidur, Kak Fa akan letakkan di bilik tidur. Apa yang Kak Fa nak kongsi, sejak Kak Fa mula menggunakan acerpure Pro P2, Kak Fa perasan yang rumah Kak Fa kurang berhabuk dan terdapat juga bau udara yang segar semasa Kak Fa melangkah kaki masuk ke rumah setelah seharian bekerja selepas menghidupkan penapis udara kira-kira sejam sebelum Kak Fa tiba di rumah melalui aplikasi Acerpure Life. 


It’s not only intuitive untuk digunakan tetapi sangat memudahkan Kak Fa untuk mengawal acerpure Pro P2 dengan mudah melalui aplikasi, seperti penjadualan apabila Kak Fa ingin menghidupkan dan mematikannya. Tak perlu pakai alat kawalan jauh pun boleh ok? Pakai telefon pintar jer. Satu lagi! Ciri Kak Fa paling suka tentang aplikasi Acerpure Life ini adalah di mana ianya juga menunjukkan kualiti udara dalaman dan luaran. 

Proses pemasangan acerpure Pro P2 juga agak mudah. Apa yang perlu Kak Fa lakukan adalah cuma mengeluarkannya dari kotak, menolak penapis HEPA ke dalam petak, menutupnya dan kemudian selesai. Memang smooth, memang tak susah langsung. Kalau nak gantikan penapis pun sangat mudah. Aplikasi akan memberitahu Kak Fa bila Kak Fa perlu melakukan penggantian. 


Smart sensor yang terdapat di acerpure Pro P2 mengesan kualiti udara masa nyata dan paras gas di dalam bilik, yang juga membolehkannya melaras kelajuan proses pembersihan secara automatik. Warna paparan LCD menunjukkan kepada Kak Fa seberapa baik kualiti udara di dalam bilik iaitu HIJAU – bagus, KUNING – sederhana dan MERAH – tidak bagus. 

Dari segi tahap bunyi, ianya hanya akan menjadi sedikit kuat apabila pembersihan sedang dijalankan. Selain itu, sebenarnya terkadang, Kak Fa tak perasan pun yang ianya dihidupkan walaupun sebenarnya memang running dan ada angin keluar dari lubang di bahagian atas. Kalau ada yang tanya bil elektrik bagaimana pula. Setakat ni, apa yang Kak Fa boleh katakan ia tidak mengakibatkan bil elektrik Kak Fa melambung ok. 

Yang paling ketara Kak Fa sedar, Mama Kak Fa dan anak Kak Fa dah berhenti terbersin sana dan sini di dalam rumah dan anak Kak Fa telah jarang jatuh sakit. Sebab tu Kak Fa rasa happy sangat sebab memang berbaloi pelaburan Kak Fa kali ni. Lagipun acerpure Pro P2 ni sememangnya telah dinobatkan sebagai penapis udara nombor satu di Jepun melalui mybest Award 2022

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !