CARINA - We Care, We Love | Produk Tisu dan Kapas Berkualiti Tinggi Sejak Zaman Sekolah Kak Fa!

Farah Waheda Wahid
2

 


Nak cari seseorang yang setia itu bukannya mudah! Akan tetapi kalau nak cari contoh orang yang sangat setia... Ha ha ha... Bolehlah ambil Kak Fa sebagai contoh ya? 😉. Tidak perlu tunggu Kak Fa beritahu contoh yang kompleks pun. Contoh kesetiaan Kak Fa pada sesuatu jenama produk pun boleh menggambarkan Kak Fa ni setia yang bagaimana. 😬 CARINA - We Care, We Love | Produk Tisu dan Kapas Berkualiti Tinggi Sejak Zaman Sekolah Kak Fa! Pernah nampak tak di farmasi atau pasaraya? Atau pernah jadi pengguna juga tak? 



Sejak dari bangku sekolah, Kak Fa memang menggunakan CARINA di dalam rutin harian Kak Fa. Serba-serbi semuanya CARINA. Jika tidak ada CARINA, Kak Fa rasa macam terkurang sesuatu jer kehidupan seharian Kak Fa. Jadi serba tidak kena dan jika Kak Fa cuba gantikan CARINA dengan jenama lain, rasanya memang tidak akan sama, pasti Kak Fa akan berbalik kepada CARINA juga akhirnya. 

Mungkin kebanyakan dari anda yang kenal jenama CARINA, cuma menganggap CARINA ni terdiri dari produk tisu, kapas muka dan juga putik kapas sahaja. Akan tetapi, hakikatnya CARINA terdiri daripada pelbagai jenis produk tisu dan kapas yang berkualiti tinggi. Di antaranya adalah:

Penjagaan Kecantikan 

Di bawah siri penjagaan kecantikan, produk-produk yang Kak Fa gunakan adalah seperti:

CARINA Wallet Tissue


CARINA Wallet Tissue ni memang sentiasa ada di dalam beg tangan Kak Fa dan disebabkan saiznya yang kompak, CARINA Wallet Tissue ni tak adalah jadi bulky pun bila Kak Fa simpan di dalam beg tangan Kak Fa. Bagi Kak Fa, it's good to carry a wallet tissue pack di dalam beg supaya bila Kak Fa memerlukannya, ianya memang dah tersedia di dalam beg. Dah jadi tabiat Kak Fa carry wallet tissue ke mana sahaja Kak Fa pergi dari zaman sekolah. Stok memang sentiasa ada. 

CARINA Handkerchiefs


CARINA Handkerchiefs ni sememangnya Kak Fa sediakan stok untuk beg sekolah anak Kak Fa. Kak Fa lebih prefer membekalkan CARINA Handkerchiefs untuk kegunaan Firash di sekolah berbanding sapu tangan jenis kain. Sebabnya pada Kak Fa, CARINA Handkerchiefs ni adalah lebih hygienic untuk digunakan oleh anak Kak Fa. Jika Kak Fa bekalkan sapu tangan kain, ianya boleh jadi menjadi tempat pengumpulan bakteria setelah penggunaan berkali-kali di permukaan yang berbeza. Sekurang-kurangnya, dengan penggunaan CARINA Handkerchiefs, selepas satu penggunaan ianya boleh terus dibuang. As I mentioned earlier, lebih hygienic. Tebal pun tebal. Tak mudah koyak. 

CARINA Facial Tissue 



CARINA Facial Tissue pula memang sentiasa ada di ruang tamu, di meja pejabat Kak Fa. Penting! Memang kena ada tisu muka ni di setiap ruang Kak Fa berada. Tak boleh tak ada. Instead of usap-usap muka dengan tangan, eloklah kalau Kak Fa capai tisu tu dan terus lap muka dengan tisu. Bekas makanan ke atau tercomot di tangan ketika makan ke. Capai jer terus, mudah dan senang. 

Inilah ketiga-tiga siri tisu kering CARINA yang diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP bagi memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif. 

CARINA Facial Cotton


Ini sangat-sangat penting ni! Kalau kehabisan stok boleh jadi huru-hara Kak Fa, sebabnya CARINA Facial Cotton sahaja yang Kak Fa sesuai untuk gunakan untuk mengaplikasi toner pada kulit wajah Kak Fa. Kalau Kak Fa gunakan produk sama tetapi dari jenama lain, confirm lepas tu Kak Fa rasa seolah-olah tak selesa pada kulit muka Kak Fa dan paling tak seronok bila produk jenama lain tu, cebisan kapas tertinggal di atas kulit muka. Dia macam tak cukup padu dan kualiti pun agak kurang dari jenama CARINA. 

CARINA Cotton Bud

Ini pentinglah awak... Untuk membersihkan telinga, untuk apply pembayang mata, untuk kemaskini solekan. Memang sangat penting! Wajib ada. CARINA Cotton Bud memang versatile dan memang tak ada insiden tercabut dari stick. Penghasilan cotton bud jenama CARINA ni memang Kak Fa puji. Walaupun ianya adalah cotton bud dan nampak simple, Kak Fa boleh nampak effort pengeluar jenama CARINA ni yang sememangnya menjaga kualiti produk mereka. Sebab tu, Kak Fa tidak pernah beralih ke jenama lain. Pernah ok, ada pengalaman, jenama lain itu, kapasnya tercabut dari stick. 

Siri kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semulajadi yang asli. 

Peralatan Dapur

CARINA Kitchen Towel


Kualiti CARINA Kitchen Towel ni memang amat menggembirakan hati Kak Fa. Kerja-kerja membersihkan kawasan dapur setelah memasak menjadi sangat tangkas. Siri tisu dapur CARINA menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Sangat-sangat membantu di dalam kerja-kerja membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair. Kalau nak tapis minyak setelah menggoreng makanan pun, ok sangat kot. Contohnya, selepas menggoreng ayam, ikan, nugget, jejari kentang... memang efektif nak tapis minyak berlebihan. 

Penjagaan Kesihatan

CARINA Wipes



Kak Fa tidak pasti tentang anda, tetapi setakat ini, rutin harian Kak Fa untuk menanggalkan solekan adalah, Kak Fa mesti menggunakan CARINA Wipes. Ini adalah satu langkah yang sangat penting di dalam SOP Kak Fa sebelum Kak Fa mencuci muka dengan pembersih muka. Kak Fa akan pastikan semua solekan telah betul-betul dibersihkan sebelum mencuci muka. Sebabnya apa tau? Sebab bila kita terus mencuci muka sebelum menanggalkan solekan, nanti akan ada kesan solekan lagi di muka. Ia akan menjadi kurang bersih. Pada hemat Kak Fa, dan menurut pengalaman Kak Fa di zaman dahulu kala. Sangat mudah untuk menanggalkan solekan dengan mengunak CARINA Wipes. 

CARINA Antibacterial Wipes


CARINA Antibacterial Wipes ni telah menjadi sesuatu yang sangat penting di saat Covid-19 melanda dunia. Permukaan meja pejabat Kak Fa, permukaan telefon bimbit dan selagi ada permukaan yang Kak Fa sentuh dan akan sentuh, Kak Fa akan lap dulu dengan menggunakan antibacterial wipes. Sebagai langkah pencegahan. 

Paling penting siri tisu basah CARINA mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitivi kulit dan alahan. 

Penjagaan Bilik Mandi

Tisu bilik mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan. 

Edisi Terhad - Beg We Love We Care

Terlanjur berkongsi mengenai produk CARINA, sekiranya ada yang berminat untuk mencuba dan menjadi pengguna produk CARINA - sajalah Kak Fa nak kongsi pemakluman di mana pada waktu dan ketika ini terdapat promosi edisi terhad beg We Love We Care. 

Contoh beg anda boleh lihat kepada paparan gambar pada permulaan entri Kak Fa ini. Tawaran istimewa untuk setiap pembelian RM40.00 ke atas, anda berpeluang untuk mendapatkan edisi terhad beg We Love We Care secara PERCUMA. 

CARINA Gift Pack

Selain itu, kini terdapat CARINA Gift Pack yang terdiri daripada produk-produk yang tersenarai di bawah berikut:


Apart from the products, di dalam CARINA Gift Box disertakan juga Baucar Atas Talian Shopee (Carina Official Store) yang bernilai RM5.00, risalah kempen Review & Win, Carina Surprise Ang-Pao bernilai sehingga RM88.00. 


Melalui CARINA Review & Win ini, setiap pengguna dan pelanggan produk CARINA berpeluang untuk memenangi stok produk CARINA selama 3 bulan untuk 300 orang pemenang! Setiap pemenang akan menerima hadiah bernilai RM150 / Pemenang (RM50 untuk setiap bulan). Cara penyertaan adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

1. Muat naik foto atau video ulasan pengalaman anda dengan mana-mana produk siri CARINA di Facebook/Instagram/TikTok.

2. Beritahu sebab anda mengesyorkan produk CARINA dan tag akaun rasmi CARINA di Facebook/Instagram/TikTok

3. Sertakan #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan posting adalah posting umum). 

*Terma & Syarat:

1. Tempoh kempen adalah bermula dari sekarang sehingga 30 April 2023. 

2. #300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Screenshot atau tangkap layar pemenang dan pengumuman pemenang di halaman Facebook adalah bermula dari Februari 2023. 

3. Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Pihak Carina berhak untuk mengubahsuai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu. 

4. Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah. 

5. Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja. Nama dan resit pembelian yang sama tidak dibenarkan. 

6. Resit pembelian sah dari 1 Januari 2023 sehingga 30 April 2023 sahaja. 

7. Baucar tunai bernilai RM150.00 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50.00 hanya sah selama 1 bulan. 

Apa lagi tunggu kan? Better grab dari sekarang dan rebut peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan oleh CARINA. Tak susah pun nak dapatkan produk CARINA, kerana ianya sangat mudah untuk didapati di pasaraya dan juga melalui atas talian:

Pasaraya seperti di Aeon Big, Aeon Wellness, Econsave, Mydin, NSK, Ascen+ Pharmacy, MiX Store, PotBoy Groceries, C-Mart Penang - Kedah - Perlis, Ceria 99 Penang - Kedah - Perak, Family Stores Seremban - Melaka, Oppa Mart Melaka - Seremban, Nirwana Maju Johor - Pahang - Terengganu - Kelantan, Target Supermarket Johor, Song Mart Malaysia Johor, Pasaraya Hwa Thai Johor.

Secara atas talian: carina.os Online, December 2022 | Shopee Malaysia , Shop online with WangZheng CARE now! Visit WangZheng CARE on Lazada. dan Carina Official Store Store (topzmall.com).



Untuk Maklumat Lanjut, Sila Layari:

Carina Malaysia | Shah Alam | Facebook

Carina Malaysia (@carina.malaysia) • Instagram photos and videos

CarinaMalaysia (@carinamalaysia) | TikTok

#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove

#beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wahh,,, kak fa ni memang wanita sejatilah.. sha sejak kahwin ni je wajib ada tisu.. sebab suami suka mintak..aahhaaa

    ReplyDelete
  2. akak suka wet tissue dia.. lamanya tak singgah blog awak adik..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !