Walaupun negara baru sahaja keluar dari pandemik Covid-19 dan kini berada di fasa peralihan endemik, projek hartanah nampaknya tidak pernah tergendala. Sana sini Kak Fa dapat lihat, projek hartanah dibangunkan. Pergilah ke setiap ceruk mana sekalipun pasti akan terselit projek hartanah. Namun, jika anda bertanya kepada Kak Fa secara peribadi, jujur Kak Fa nyatakan yang Kak Fa lebih berminat dengan projek hartanah oleh Matrix Concepts di TIARA SENDAYAN. Untuk makluman anda, TIARA SENDAYAN adalah merupakan pembangunan terlaris oleh Matrix Concepts. Antara sebab penjualan hartanah TIARA SENDAYAN laku keras adalah disebabkan oleh:
TIARA SENDAYAN Terletak di Lokasi Strategik
Apa itu Kuala Lumpur Raya? Kuala Lumpur Raya adalah merupakan kawasan
metropolitan yang meliputi keseluruhan kawasan Lembah Klang (Selangor dan
Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya), kawasan Lembah Wawasan
Malaysia (MVV) di barat Negeri Sembilan
dan Bentong di barat negeri Pahang. Juga dikenali sebagai Konurbasi Pertumbuhan
Nasional – kawasan metropolis terbesar di Malaysia, dan antara yang paling
pesat membangun di rantau Asia Tenggara.
TIARA SENDAYAN juga dikelilingi pembangunan utama seperti Sime Darby
Property, Seri Pajam Development dan TH Properties, yang mana sebenarnya TIARA
SENDAYAN menjanjikan nilai dan potensi penghargaan yang hebat pada masa akan
datang. Perbandaran TIARA SENDAYAN
terdiri daripada 14 presint rumah berangkai sebanyak 4,101 unit dan sebanyak
2,188 unit telahpun dimiliki.
Limpahan Fasiliti TIARA SENDAYAN
Tiara Biz, hub komersial yang telah siap sepenuhnya, mempunyai
sebanyak 50 unit kedai gaya hidup dua tingkat yang menawarkan pelbagai pilihan
membeli-beli belah atau menjamu selera. Bercakap mengenai menjamu selera, TIARA
SENDAYAN juga mempunyai satu kawasan bazar makanan khas yang telah siap dengan
pelbagai pilihan menarik untuk menjamu selera.
Tidak terhad kepada Tiara Biz dan bazar makanan, TIARA SENDAYAN adalah
bersebelahan dengan Bandar Sri Sendayan yang berhampiran dengan fasiliti
seperti d’Tempat Country Club, Sekolah Kebangsaan Sendayan, Sekolah Menengah
Kebangsaan Sendayan, Klinik Kesihatan Sendayan serta Masjid Sri Sendayan yang
berada pada jarak 7 kilometer atau kurang.
Untuk aktiviti kegemaran ibu-ibu iaitu membeli-belah, rancak di
mana-mana ok? Sangat berhampiran dengan Mydin Seremban 2, AEON Seremban 2,
Tesco Seremban 2, Seremban Gateway, Palm Mall, NSK Trade City, AEON Nilai,
Mitsui Outlet Park, Nilai 3 dan KLIA Gateway. Jadi bolehlah ibu-ibu mall hoping
untuk melepaskan tekanan. Ha ha ha.
Central Park Berkeluasan 12 Ekar untuk Gaya Hidup yang diperkaya dengan Alam Semulajadi
Kebanyakan pembangunan di Malaysia kini adalah terarah ke sustainable and green development. TIARA SENDAYAN juga tidak ketinggalan. Terdapat Central Park yang berkeluasan 12 ekar untuk gaya hidup yang diperkaya dengan alam semulajadi di mana, TIARA SENDAYAN mempunyai tasik yang indah dan pelbagai kemudahan kediaman eksklusif yang menjanjikan gaya hidup holistic untuk penduduk TIARA SENDAYAN.
Terdapat kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan termasuk
gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gymnasium, stesen parcourse,
ruang majlis, teres tempat duduk, trek jogging dan laluan refleksologi. Selain
itu, terdapat juga, Hive Lawn yang
luas untuk aktiviti mesra keluarga seperti berkelah atau bermain layang-layang.
Untuk kanak-kanak, disediakan kawasan taman permainan yang menawarkan ruang
yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak bermain.
Projek Pembangunan dengan Kadar Pengambilan yang Sepenuhnya
Pembangunan yang Memenangi Anugerah
Matrix Concepts Holding Berhad telah memperoleh pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellence Award 2022, The Edge Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (10 teratas untuk permodalan pasaran RM1 Billion dan ke atas), dan The Star Property Award 2022.
Tiba-tiba rasa menyesal kerana tak rebut peluang memiliki hartanah di TIARA SENDAYAN sebelum ini? Jangan risau ok? Ini Kak Fa nak beritahu yang anda masih berpeluang lagi untuk memiliki hartanah di TIARA SENDAYAN di dalam masa terdekat ini. Pada bulan awal Disember 2022 tidak lama lagi, pihak Matrix Concepts bakal melancarkan satu lagi projek hartanah yang sangat ideal untuk keluarga M40 yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM6,000 dan ke atas yang berusia di antara 30 tahun sehingga 45 tahun. Projek hartanah yang bakal dilancarkan ini adalah sangat ideal untuk keluarga yang mencari rumah yang lebih luas dan selesa untuk seisi keluarga.
Projek hartanah ini adalah merupakan rumah teres berangkai dua tingkat
yang berkeluasan 2,000 kaki persegi (20’ x 70’) yang mempunyai 4 bilik dan 3
bilik air. Ianya berpagar dan dikawal oleh sekuriti 24/7. Anda patut rebut
peluang ini kerana harga kemasukkannya adalah rendah dan harga Perjanjian Jual
Beli adalah bermula dari RM538,888 dan complimentary keahlian rumah kelab
d’Tempat.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian 1-800-88-2688 atau melayari laman web Home |
Tiara Sendayan.
Bagus lah beli rumah kat Tiara Sendayan ni. Ramai yang suka sebab kemudahan semua complete
ReplyDeleteMenarik sbb lokasi dia di Seremban dan byk fasiliti dekat sekitar. Mmg berbaloi kalau beli buat aset atau utk jadikan kediaman keluarga kan!
ReplyDeleteTeringin sangat nak ada rumah landed dan ada tanah macam ni best dengan kawasan luas cantik hehehehe nanti dah pencen boleh duduk sini...
ReplyDeleteFasiliti serba lengkap dan kawasan beriadah tu nampak cam best sangat. Kalau dapat beli nie berbaloi, lagi-lagi untuk jangka masa panjang.
ReplyDeleteLuas juga ye size rumah tu. Berbaloi dengan harga. Sesuai untuk anak anak yang makin membesar
ReplyDeleteGood choice la kan go for Tiara Sendayan kan! Suka environment kat township ni bah! Serba lengkap bah!
ReplyDelete