5 Sebab Penjualan Hartanah TIARA SENDAYAN Laku Keras

Farah Waheda Wahid
6


Walaupun negara baru sahaja keluar dari pandemik Covid-19 dan kini berada di fasa peralihan endemik, projek hartanah nampaknya tidak pernah tergendala. Sana sini Kak Fa dapat lihat, projek hartanah dibangunkan. Pergilah ke setiap ceruk mana sekalipun pasti akan terselit projek hartanah. Namun, jika anda bertanya kepada Kak Fa secara peribadi, jujur Kak Fa nyatakan yang Kak Fa lebih berminat dengan projek hartanah oleh Matrix Concepts di TIARA SENDAYAN. Untuk makluman anda, TIARA SENDAYAN adalah merupakan pembangunan terlaris oleh Matrix Concepts. Antara sebab penjualan hartanah TIARA SENDAYAN laku keras adalah disebabkan oleh:


 

TIARA SENDAYAN Terletak di Lokasi Strategik



Walaupun lokasi TIARA SENDAYAN terletak di Seremban Barat, sebenarnya lokasi TIARA SENDAYAN ini adalah strategik di mana ianya mempunyai akses sambungan seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan laluan KLIA. Selain itu, TIARA SENDAYAN terletak secara strategik di dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV) iaitu koridor pertumbuhan baru yang diperuntukkan lanjutan daripada bandar gabungan Kuala Lumpur Raya di Negeri Sembilan.


 
Apa itu Kuala Lumpur Raya? Kuala Lumpur Raya adalah merupakan kawasan metropolitan yang meliputi keseluruhan kawasan Lembah Klang (Selangor dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya), kawasan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) di barat Negeri Sembilan dan Bentong di barat negeri Pahang. Juga dikenali sebagai Konurbasi Pertumbuhan Nasional – kawasan metropolis terbesar di Malaysia, dan antara yang paling pesat membangun di rantau Asia Tenggara.


 
TIARA SENDAYAN juga dikelilingi pembangunan utama seperti Sime Darby Property, Seri Pajam Development dan TH Properties, yang mana sebenarnya TIARA SENDAYAN menjanjikan nilai dan potensi penghargaan yang hebat pada masa akan datang.  Perbandaran TIARA SENDAYAN terdiri daripada 14 presint rumah berangkai sebanyak 4,101 unit dan sebanyak 2,188 unit telahpun dimiliki.

 

Limpahan Fasiliti TIARA SENDAYAN

Terletak di luar kawasan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor tidak bermakna fasiliti di TIARA SENDAYAN tidak lengkap atau jauh ketinggalan. Sebenarnya, terdapat limpahan fasiliti di TIARA SENDAYAN sehinggakan tidak terpilih yang mana satu.


 
Tiara Biz, hub komersial yang telah siap sepenuhnya, mempunyai sebanyak 50 unit kedai gaya hidup dua tingkat yang menawarkan pelbagai pilihan membeli-beli belah atau menjamu selera. Bercakap mengenai menjamu selera, TIARA SENDAYAN juga mempunyai satu kawasan bazar makanan khas yang telah siap dengan pelbagai pilihan menarik untuk menjamu selera.


 
Tidak terhad kepada Tiara Biz dan bazar makanan, TIARA SENDAYAN adalah bersebelahan dengan Bandar Sri Sendayan yang berhampiran dengan fasiliti seperti d’Tempat Country Club, Sekolah Kebangsaan Sendayan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sendayan, Klinik Kesihatan Sendayan serta Masjid Sri Sendayan yang berada pada jarak 7 kilometer atau kurang.


 
Untuk aktiviti kegemaran ibu-ibu iaitu membeli-belah, rancak di mana-mana ok? Sangat berhampiran dengan Mydin Seremban 2, AEON Seremban 2, Tesco Seremban 2, Seremban Gateway, Palm Mall, NSK Trade City, AEON Nilai, Mitsui Outlet Park, Nilai 3 dan KLIA Gateway. Jadi bolehlah ibu-ibu mall hoping untuk melepaskan tekanan. Ha ha ha.


 

Central Park Berkeluasan 12 Ekar untuk Gaya Hidup yang diperkaya dengan Alam Semulajadi



Kebanyakan pembangunan di Malaysia kini adalah terarah ke  sustainable and green development. TIARA SENDAYAN juga tidak ketinggalan. Terdapat Central Park yang berkeluasan 12 ekar untuk gaya hidup yang diperkaya dengan alam semulajadi di mana, TIARA SENDAYAN mempunyai tasik yang indah dan pelbagai kemudahan kediaman eksklusif yang menjanjikan gaya hidup holistic untuk penduduk TIARA SENDAYAN.




Terdapat kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan termasuk gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gymnasium, stesen parcourse, ruang majlis, teres tempat duduk, trek jogging dan laluan refleksologi. Selain itu, terdapat juga, Hive Lawn yang luas untuk aktiviti mesra keluarga seperti berkelah atau bermain layang-layang. Untuk kanak-kanak, disediakan kawasan taman permainan yang menawarkan ruang yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak bermain.

 

Projek Pembangunan dengan Kadar Pengambilan yang Sepenuhnya

Salah satu faktor yang menjadikan projek hartanah TIARA SENDAYAN laku keras adalah disebabkan oleh TIARA SENDAYAN sangat dikenali dengan hartanah habis jual Matrix Concepts dengan hampir 13 projek habis dijual dalam tempoh 3 tahun dari sambutan yang menggalakkan. Ini sudah cukup untuk menyakinkan bahawa pembangunan di TIARA SENDAYAN sememangnya satu pelaburan yang tepat, tidak sia-sia dan berkualiti. Kadar pengambilan sepenuhnya ini menjadi tanda aras yang penting untuk dinilai oleh para pembeli berpotensi ke atas projek-projek baru di TIARA SENDAYAN.

Pembangunan yang Memenangi Anugerah

Matrix Concepts Holding Berhad telah memperoleh pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellence Award 2022, The Edge Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (10 teratas untuk permodalan pasaran RM1 Billion dan ke atas), dan The Star Property Award 2022.


Tiba-tiba rasa menyesal kerana tak rebut peluang memiliki hartanah di TIARA SENDAYAN sebelum ini? Jangan risau ok? Ini Kak Fa nak beritahu yang anda masih berpeluang lagi untuk memiliki hartanah di TIARA SENDAYAN di dalam masa terdekat ini. Pada bulan awal Disember 2022 tidak lama lagi, pihak Matrix Concepts bakal melancarkan satu lagi projek hartanah yang sangat ideal untuk keluarga M40 yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM6,000 dan ke atas yang berusia di antara 30 tahun sehingga 45 tahun. Projek hartanah yang bakal dilancarkan ini adalah sangat ideal untuk keluarga yang mencari rumah yang lebih luas dan selesa untuk seisi keluarga.


 
Projek hartanah ini adalah merupakan rumah teres berangkai dua tingkat yang berkeluasan 2,000 kaki persegi (20’ x 70’) yang mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air. Ianya berpagar dan dikawal oleh sekuriti 24/7. Anda patut rebut peluang ini kerana harga kemasukkannya adalah rendah dan harga Perjanjian Jual Beli adalah bermula dari RM538,888 dan complimentary keahlian rumah kelab d’Tempat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian 1-800-88-2688 atau melayari laman web Home | Tiara Sendayan.
 

#VIONA #TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome
#NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment
#PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bagus lah beli rumah kat Tiara Sendayan ni. Ramai yang suka sebab kemudahan semua complete

    ReplyDelete
  2. Menarik sbb lokasi dia di Seremban dan byk fasiliti dekat sekitar. Mmg berbaloi kalau beli buat aset atau utk jadikan kediaman keluarga kan!

    ReplyDelete
  3. Teringin sangat nak ada rumah landed dan ada tanah macam ni best dengan kawasan luas cantik hehehehe nanti dah pencen boleh duduk sini...

    ReplyDelete
  4. Fasiliti serba lengkap dan kawasan beriadah tu nampak cam best sangat. Kalau dapat beli nie berbaloi, lagi-lagi untuk jangka masa panjang.

    ReplyDelete
  5. Luas juga ye size rumah tu. Berbaloi dengan harga. Sesuai untuk anak anak yang makin membesar

    ReplyDelete
  6. Good choice la kan go for Tiara Sendayan kan! Suka environment kat township ni bah! Serba lengkap bah!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !