Träffas Work Pods di IPC Shopping Centre Yang Memenuhi Gaya Kerja Hibrid Untuk Kak Fa!

Farah Waheda Wahid
0

Semuanya berubah di saat bermulanya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang disebabkan oleh kemunculan virus Covid-19 di bumi Malaysia. Alaaa...Covid lagi. Kak Fa ni tak habis-habis sebut pandemik, tak habis-habis sebut Covid. Ha ha ha...Eh, tapi betullah, sebab ini semua berpunca dari Covid-19 dan juga PKP. Semenjak semua itu muncul dan berlaku, gaya kerja Kak Fa telah berubah dari 8 pagi ke 5 petang di pejabat kepada gaya kerja hibrid di mana ada hari Kak Fa berkerja di pejabat dan ada hari Kak Fa "Work from Home". Sebelum ini, jika "Work from Home" memang kekal di rumah, tetapi bila dah lama-lama, kadang-kadang tu ada juga terasa nak "vibe" lain dari rumah dan pejabat. Macam rasa nakkan sesuatu kelainan. Tetapi di manakah "port" yang paling "best" ek? Untuk Kak Fa, secara kebetulan Kak Fa terjumpa satu "port best" iaitu Träffas Work Pods di IPC Shopping Centre yang memenuhi gaya kerja hibrid untuk Kak Fa! Träffas Work Pods ni Kak Fa rasa, tempat yang paling sesuai dan paling selesa untuk melakukan kerja-kerja Kak Fa buat setakat ini. Kenapa dulu tak ada ek? Kalau tidak kan "best"! 



Sebenarnya, memang Träffas Work Pods ni baru lagi di IPC Shopping Centre. Kak Fa pun baru jer "discover" Träffas Work Pods ni. Waktu pertama kali mencuba, Kak Fa terus terfikir selepas ini bolehlah Kak Fa ulangkaji pelajaran ataupun "attend weekend BBA classes" Kak Fa di sini. Sebab suasana di dalam pod kerja Träffas ini memang sangat bersesuaian. Lagipun, Träffas Work Pods ini dibuka untuk tempahan pengguna dari hari Isnin sehingga Ahad, bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam. 

Amboi Kak Fa...beria-ia dan bersemangat bercerita tentang Träffas Work Pods ya? Nak tahu ke kenapa Kak Fa macam seolah-olah bersinar-sinar sahaja mata ni dan senyum sampai ke telinga bila bercerita mengenai Träffas Work Pods? Ok sebab paling jelas adalah suasana dan juga susun atur di Träffas Work Pods. Gaya Scandinavia kan memang kegemaran Kak Fa. Bila Träffas Work Pods ni memang berkonsepkan Scandinavia, memang jadinya suka sangatlah Kak Fa kan? 

Eh tapi kan, Träffas Work Pods ni kena tempat dulu ya. Bukan main terjah "walk-in", bayar dan terus guna. "No,no,no...". Meh sini Kak Fa ajar bagaimana atau apakah langkah yang perlu dilakukan bila anda ingin menggunakan ruang kerja di Träffas Work Pods. 

Cara Tempahan Träffas Work Pods


Sepertimana yang dapat anda lihat di dalam paparan visual di atas:

Langkah 1: Anda perlu mengimbas kod QR yang tertera di laman web IPC yang akan membawa anda ke laman web tempahan. Tak pun terus jer ke SINI untuk tempahan. 

Langkah 2: Setelah dibawa ke laman web tempahan, pilih jenis pod yang anda inginkan. 

Langkah 3: Pilih tarikh dan juga masa yang masih belum ditempah. 

Langkah 4: Masukkan maklumat anda. 

Langkah 5: Lakukan pembayaran secara dalam talian. 

Langkah 6: Tempahan anda telah selesai dan anda akan diberikan "passcode" yang perlu anda masukkan di pintu pod sebelum menggunakan pod kerja yang telah anda tempah sebelumnya. 

Hanya enam langkah sahaja. Tidak terlalu kompleks dan mudah untuk melakukan tempahan. Kalau ajar Firash pun, cepat dan tangkas dia boleh "follow" semua langkah-langkah ini. Kalau Firash boleh, anda lagilah boleh kannn? 

Macam mana rupa pod kerja di Träffas Work Pods? Nilah yang Kak Fa nak kongsikan seterusnya. Bahagian yang paling seronok sekali Kak Fa rasa. Ha ha ha. Kesemua nama-nama pod kerja ini adalah berasal dari perkataan Sweden. Mengikut kod warna dan perabot yang dirias dari IKEA semestinya. Meja, kerusi, "plug point", kipas semua ada. Memang selesa. 

IPC Vatten Pod



Pod kerja yang Kak Fa duduk dan buat kerja ni namanya IPC Vatten Pod. Vatten adalah bermaksud air dan pod kerja ini boleh memuatkan sehingga 2 orang pada satu-satu masa penggunaan. Harganya adalah RM20.00 sejam penggunaan. Promosi pelancaran untuk sepanjang bulan Oktober 2022 adalah RM10.00 sejam penggunaan. 

IPC Blomma Pod





Yang warna "sweet-sweet" ni namanya IPC Blomma Pod. Blomma bermaksud bunga dan boleh memuatkan seramai 6 orang pada satu-satu masa penggunaan. Harganya adalah RM30.00 sejam penggunaan. Promosi pelancaran untuk sepanjang bulan Oktober 2022 adalah RM20.00 sejam penggunaan. 

IPC Lov Pod



IPC Lov Pod ini boleh memuatkan 4 orang pada satu-satu masa penggunaan dan Lov bermaksud daun. Harga penggunaan IPC Lov Pod adalah RM20.00 sejam penggunaan dan promosi pelancaran untuk sepanjang bulan Oktober 2022 adalah RM10.00 sejam penggunaan. 

IPC Solig Pod




IPC Solig Pod boleh memuatkan seramai 2 orang pada satu-satu masa penggunaan dan Solig adalah bermaksud "sunny". Harga penggunaan IPC Solig Pod adalah RM20.00 sejam penggunaan dan promosi pelancaran untuk sepanjang bulan Oktober 2022 adalah RM10.00 sejam penggunaan. 

IPC Vind Pod



Vind bermaksud angin dan IPC Vind Pod mampu memuatkan seramai 6 orang pada satu-satu masa penggunaan. Harga penggunaan IPC Vind Pod adalah RM30.00 sejam penggunaan dan promosi pelancaran untuk sepanjang bulan Oktober 2022 adalah RM20.00 sejam penggunaan. 

Cuma Kak Fa nak beritahu di sini, untuk setiap tempahan atau penggunaan anda akan dicaj sebanyak RM10.00 yuran pembersihan untuk setiap sesi penggunaan. Eh yerlah, kita duduk dalam tu, buat kerja, dah guna dan kemudian mungkin kita bawa Starbucks ke kan? Makanan semua bagai, itu semua nak ambil kira juga ok? Penyelenggaraan adalah wajib supaya para pelanggan lain juga dapat menikmati kemudahan yang disediakan di dalam keadaan selesa sepertimana diri kita mahukan. Betul tak? Tapi Kak Fa nak ingatkan dah makan minum, bekas-bekas makanan dan minuman tu silalah buang di kawasan yang telah disediakan khas oleh pihak IPC Shopping Centre ya. 

Dan! Dah tempah tak boleh batalkan ok? Tak baik buat macam tu ok? Dah tempah kenalah guna. Jika ada perubahan rancangan, tak boleh nak guna pada waktu tempahan, anda boleh ubah tarikh dan masa tempahan 24 jam sebelum tarikh dan masa yang telah anda tempah. Harap maklum ya. 

Dah cerita panjang-panjang, tentu ada yang terdetik, di mana sebenarnya "exact location" Träffas Work Pods ni di dalam IPC Shopping Centre tu. Kalau berpusing-pusing nak mencarinya... Tak kuasalah... Ha ha ha... Ok, ok, Kak Fa payung. Lokasi Träffas Work Pods adalah di Tingkat 1, Link Bridge berhampiran i-Eco [L1.c01]. Tak susah pun nak cari senang jer. 

Untuk Kak Fa, Kak Fa memang akan gunakan untuk untuk tujuan kerja dan juga belajar. Asyik terfikir jer, dekat-dekat nak hujung semester nanti bolehlah Kak Fa terbang ke sini untuk belajar dengan tenang. Selain tu, Kak Fa rasa macam sesuai sangat untuk "port" perbincangan kerja lapangan berkumpulan Kak Fa nanti dan juga kalaulah Kak Fa "window shopping" di IPC Shopping Centre bersama-sama Firash nanti, boleh singgah dan tempah untuk "me time" anak-beranak. Boleh rehat, santai-santai dan habiskan masa berdua dengan Firash. Romantik mak dan anak kan? Ha ha ha. 

Untuk yang mempunyai temujanji, "instead of" jumpa di kedai kopi ataupun di restoran, boleh pertimbangkan Träffas Work Pods sebagai lokasi terkini anda. Lebih selesa, lebih professional, lebih senyap. Kena cuba sekalilah, baru tau. Kalau Kak Fa cerita panjang-panjang pun, kalau anda tak alami sendiri pengalaman Träffas Work Pods, mungkin susah sikit nak berimaginasi atau membayangkan. Ha ha ha. Jadi silalah pergi mencemar duli dan rasai sendiri pengalaman menggunakan Träffas Work Pods ok? 

Untuk Maklumat Lanjut:


Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !