Butik SITI KHADIJAH dan HEGIRA Kini Di Sayap Baru IOI City Mall!

Farah Waheda Wahid
0

Jujur - Kak Fa memang belum pernah memiliki hatta sepasang pun telekung keluaran SITI KHADIJAH, akan tetapi Kak Fa tidak menafikan yang Kak Fa sememangnya memasang angan-angan untuk memilikinya satu hari ni. Cepat atau lambat, itu bergantung kepada rezeki Kak Fa. In Shaa Allah... satu hari nanti Kak Fa pasti akan memilikinya. Cuma masa sahaja yang akan menentukan. Bukan apa awak, zaman kadar inflasi semasa dan pasca pandemik ini, Kak Fa adalah salah seorang di dalam kalangan rakyat jelata yang terkesan. Jadi sebelum nak berbelanja memang banyak kira-kira Kak Fa nak kena buat serta pertimbangkan. Untuk HEGIRA pula - Kak Fa sebelum ini tidak pernah mendengar atau mengenali produk-produk dari jenama HEGIRA. Baru sekarang Kak Fa mengenali HEGIRA dan terjatuh hati dengan koleksi HEGIRA. In Shaa Allah - mana tau kan? Ada rezeki Kak Fa bolehlah Kak Fa terus dapatkan koleksi SITI KHADIJAH dan HEGIRA, lagipun butik SITI KHADIJAH dan HEGIRA kini di sayap baru IOI City Mall! Sebelah menyebelah lagi. Jadi mudah... Masuk butik SITI KHADIJAH dulu, lepas tu terus masuk ke butik HEGIRA. 

Iya awak - IOI City Mall kini telah mempunyai sayap baru. Mungkin awak dah tahulah dan Kak Fa yang banyak terperap dalam rumah ni baru jer tahu tentang kewujudan sayap baru IOI City Mall ni. Cuma yang bagusnya, ada tarikan untuk Kak Fa ke sayap baru IOI City Mall ni kerana ada butik SITI KHADIJAH dan HEGIRA. He he he... Butik SITI KHADIJAH dan juga HEGIRA baru sahaja dilancarkan serta dirasmikan pada hari Sabtu, 1 Oktober 2022. 

Kita cerita satu persatu dulu. Pertama sekali Kak Fa nak berkongsi mengenai butik SITI KHADIJAH, IOI City Mall. 

Butik SITI KHADIJAH, IOI City Mall

Sebenarnya sebelum ni SITI KHADIJAH telahpun mempunyai butik di IOI City Mall dan kini SITI KHADIJAH telah perpindahan butik sedia ada tersebut ke sayap baru IOI City Mall. Butik terbaru SITI KHADIJAH di IOI City Mall adalah berkeluasan 3,000 kaki persegi dengan perlaburan berjumlah RM500,000. Lebih luas, lebih selesa, lebih banyak pilihan berkonsepkan 'Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat' . 

Gambar dikredit dari sumber Shamsul Bahrine Zainuzzaman


Apa yang istimewa mengenai butik SITI KHADIJAH di sayap baru, IOI City Mall adalah di mana di butik tersebut pihak SITI KHADIJAH telah me-reka dan menyediakan sebuah ruang khas untuk para pelanggan mereka menunaikan solat. Ruang solat ini bukan terletak tersorok di belakang butik ya? Tetapi di bahagian hadapan butik. Jika anda berpeluang ke sana nanti, anda akan nampak ruang khas yang Kak Fa maksudkan tersebut berdinding kaca dan boleh dilihat dari kaki lima deretan kedai. Memang senang sangat nak nampaklah ruang solat tersebut. 

Senang kan? Jika kita membeli-belah di IOI City Mall dan kita turut membeli-belah di butik SITI KHADIJAH atau HEGIRA, bila masuk waktu, kita dah tau dah sememangnya ada ruang ibadah yang telah tersedia untuk kita yang Muslim ni menunaikan kewajipan kita kan? Bagi Kak Fa, kalau macam ni barulah seronok dan tenang nak membeli-belah. Setuju tak? Sebab sekurang-kurangnya kita tahu di IOI City Mall, ada satu "spot" yang sememangnya kita boleh tuju untuk tunaikan kewajipan kita sebagai seorang muslim. 

Kagum Kak Fa dengan SITI KHADIJAH sebenarnya, sebabnya setakat ke hari ini, SITI KHADIJAH telah memiliki 43 cawangan butik di seluruh negara dan bercadang untuk memiliki sehingga 53 cawangan pada tahun 2022 ini. 

Butik HEGIRA



Nak cerita tentang butik HEGIRA pula. Butik HEGIRA ni Kak Fa sangkakan butik baru nak "up". Akan tetapi rupanya sangkaan Kak Fa adalah meleset. Rupa-rupanya, pembukaan butik HEGIRA di IOI City Mall adalah merupakan butik kedua HEGIRA setelah tiga tahun berada dalam pasaran. Butik pertama HEGIRA adalah terletak di Kota Bharu, Kelantan. 


HEGIRA dikenali sebagai virtuoso tudung adalah rakan kolaborasi SITI KHADIJAH di mana HEGIRA memenuhi permintaan tinggi tudung jenis "slip-on". HEGIRA adalah diilhamkan daripada kemuliaan perkataan 'hijrah' atas penghormatan kepada sejarah penting agama Islam ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah. 

Kak Fa sempat perhati yang HEGIRA ni sebenarnya menampilkan variasi rekaan hijab terutamanya hijab sarung atau "slip ons" (The SO's) dan PS iaitu "Pin & Style". Apa yang unik mengenai hijab yang ditawarkan oleh HEGIRA adalah setiap hijab sarung menampilkan nama-nama yang bermula atau berakhir dengan perkataan SO seperti Prettily-So, Charmingly-So, Lovely-So, So-Right dan banyak lagi. 

Bagi Kak Fa, Kak Fa turut rasa gembira dengan pelancaran dan pembukaan kedua-dua butik SITI KHADIJAH dan HEGIRA di IOI City Mall sebabnya selepas ni, mudahlah Kak Fa nak cari koleksi telekung dan juga hijab secara terus dari butik sebab dah tau lokasi dekat mana kannn? Koleksi-koleksi mereka sememangnya amat mengagumkan pada Kak Fa. Kak Fa sukalah tu maksudnya. Kena dengan citarasa Kak Fa. Antara yang Kak Fa boleh tunjuk adalah seperti paparan gambar di bawah dan jika nak tengok lebih banyak pilihan, kenan jejakkan kaki sendiri ke sana ok? 



Selain pelancaran dan pembukaan rasmi butik SITI KHADIJAH dan HEGIRA di IOI City Mall baru-baru ini, SITI KHADIJAH juga telah mengumumkan bahawasanya kini En. Shafie Shamsuddin telah dilantik sebagai pengerusi SITI KHADIJAH. Perlantikan ini adalah selaras dengan strategi baru pihak SITI KHADIJAH yang ingin terus bergerak pantas memperkukuhkan kedudukan dan mengembangkan empayar perniagaan SITI KHADIJAH sebagai pengeluar produk Islamik terunggul. 


Sedikit mengenai latar belakang En. Shafie Shamsuddin yang berusia 52 tahun... Beliau berasal dari Singapura dan seorang yang berpengalaman luas serta telah memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah Jauhari Achiever 2010 - Berita Harian Singapore, Best Chief Executive Office Overseas 2016 - Business Times Singapore, Nanyang Alumni Achievement 2018 - Nanyang Technological University Singapore dan Chief Executive Officer of the Year in the 17th Retail Asia Awards 2022. En. Shafie ni pernah "attach" dengan beberapa organisasi terkenal seperti AEON Co. (M) Berhad & AEON Big Sdn Bhd, Petronas Dagangan Berhad dan juga Carrefour. 

Tahniah diucapkan kepada SITI KHADIJAH, HEGIRA dan juga En. Shafie Shamsuddin. Semoga terus maju jaya di masa akan datang. Eh lupa pula nak cerita, sewaktu pelancaran dan permbukaan tempoh hari kan... Sebenarnya ada diskaun yang ditawarkan...oopss sorry kalau Kak Fa terlewat kongsi informasi. Tapi tak perlu risaulah. Kak Fa pasti selepas ni pasti ada tawaran diskaun lagi kan? Apa yang penting bukan diskaun tetapi kualiti produk yang kita dapat kan? Janji kita puas hati dengan servis dan juga kualiti. 

Kalau anda ke IOI City Mall jangan lupa singgah ke butik SITI KHADIJAH dan juga HEGIRA ok. Memang semua rasa nak beli jer. He he he... 

SITI KHADIJAH FLAGSHIP STORE
Lot L1-226 & 227 (New Wing)
1st Floor, IOI City Mall 2, Lebuh IRC
IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia

BUTIK HEGIRA (bersebelahan butik SITI KHADIJAH)
Lot L1-228 (New Wing)
1st Floor, IOI City Mall 2, Lebuh IRC
IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !