Tilam dan Rangka Katil ZINUS Malaysia Kualiti Kayangan Dengan Harga Marhaen!

Farah Waheda Wahid
1

Selepas berlalunya pandemik Covid-19, ramai rakyat Malaysia terkesan dari segi ekonomi. Nak berbelanja pun berkira-kira sepuluh dua puluh juta kali. Tidak kira sama ada B40 ke? M40? T20 ke? - Secara keseluruhannya rakyat Malaysia kini memang semakin berjaga-jaga dengan perbelanjaan masing-masing. Kalau nak beli sesuatu tu, kalau boleh murah nak murah lagi. Iyalah nak membazir beli mahal-mahal buat apa kan? Jika opsyen lebih murah dan berkualiti tinggi masih ada. Macam kisah entri inilah - tilam dan rangka katil ZINUS Malaysia kualiti kayangan dengan harga marhaen! Jika ada sesiapa yang sedang mencari tilam tu. Sila teruskan pembacaan anda pada entri ini sebelum anda menyesal kerana tersilap membuat pilihan pembelian tilam dan rangka katil. 

Kak Fa sama jer macam anda di luar sana - agak skeptical bila nak membeli-belah tilam secara dalam talian sebelum lihat dengan mata kepala sendiri kekukuhan, ketegapan, kepaduan rangka katil dan kualiti sesuatu produk tilam. Nak nak lagi, bila ada di kalangan kawan-kawan Kak Fa memperkenalkan tilam dan rangka katil ZINUS Malaysia kan? Sebab sejujurnya Kak Fa tak pernah dengar jenama ZINUS Malaysia ni. 


Maka nak memuaskan hati, pada satu hujung minggu yang sebenarnya Kak Fa sibuk tetapi Kak Fa tetap gigih menjejakkan kaki ke showroom ZINUS Malaysia yang terletak di:

1-1, Jalan Merbah 1
Bandar Puchong Jaya
47170 Puchong, Selangor

Nak tau tak? Kak Fa terus jadi rambang mata. Ha ha ha... Lepas tu baru nak percaya apa yang kawan-kawan Kak Fa katakan mengenai tilam dan rangka katil ZINUS Malaysia. Patutlah sakan sorang-sorang shopping tilam dan rangka katil di ZINUS Malaysia. Sebabnya, kalau anda lihat tawaran harga meletup-letup dari ZINUS Malaysia dan kemudian bandingkan dengan kualiti produk yang ditawarkan, anda memang tak sangka yang masih ada harga marhaen begini untuk rakyat Malaysia. 

Anda nak jenis yang macam mana? 

Zero Motion Transfer? 


Zero Motion Transfer ataupun di dalam Bahasa Melayu adalah merupakan Pemindahan Sifar Gerakan, di mana apabila ada insan yang tidur bersama kita bergerak-gerak...tidur lena kita tidak akan terganggu. Ha begitulah konsepnya. Jenis Zero Motion Transfer ni adalah didatangkan dengan Green Tea infused Zinus Memory Foam. 

Budget Friendly? 


Ala budget friendly takkan tak tau kan? Bermaksud mesra bajet, mesra poket. Jenis ini adalah tilam dan rangka tilam yang laku keras kerana dengan keselesaan maksima dan sokongan ortopedik, dibandingkan dengan harga jualan, ini adalah merupakan pelaburan pengguna yang bakal menjadi lebih dari berbaloi. 

Cool Series?


Kalau rasa tak nak berlengas bila tidur malam, silalah pilih jenis Cool Series ya? Nyaman jer tidur rasanya. Bayangkan dengan hawa sejuk dari penghawa dingin, top up pula dengan tilam Zinus dari Cool Series. Perghhh nikmat betul tidur rasanya. Ha ha ha. 

Hotel Series? 


Kalau nak rasa ala-ala tidur tilam hotel setiap hari, boleh sangatlah pilih Hotel Series ni ok? Fabrik tilam adalah dari fabrik Ultra Cool. Harga marhaen sudah tentu! 

Itu jenis-jenis yang ada. Memang lama juga Kak Fa habiskan masa di showroom ZINUS Malaysia. Pertama sebab Kak Fa dah jadi rambang mata tengok pilihan yang ada. Semuanya menarik, semuanya menepati citarasa Kak Fa. Kedua, sebab Kak Fa dinasihatkan supaya rasa sendiri pengalaman berbaring di atas tilam-tilam di showroom tersebut demi nak memastikan kepadanan keselesaan yang tepat untuk diri Kak Fa sendiri dan juga untuk ketepatan pemilihan. Iyalah walaupun harga marhaen, takkan nak buang duit macam tu jer, beli semberono ajer. Tetap kena betul-betul buat pilihan. Barulah pembelian tu terasa sangat berbaloi macam tu. Setuju tak? 

Kak Fa bukan setakat suka dengan produk-produk yang dipamerkan di showroom ZINUS Malaysia, tetapi Kak Fa rasa sangat dihargai oleh kakitangan ZINUS Malaysia yang sememangnya sangat baik dan sudi melayan kerenah Kak Fa ya. Di showroom ZINUS Malaysia tidak ada istilah you datang pakai selipar, you datang pakai baju biasa orang tak layan ya? Semua pelanggan dilayan dengan mesra dan kakitangan di showroom ZINUS Malaysia sedia melayan apa sahaja pertanyaan anda. Lagi satu...paling penting mereka bukan jenis ikut jer ke mana-mana dari belakang seolah-olah anda nak merosakkan barangan yang dipamerkan ke apa ok? Pelanggan mempunyai kebebasan untuk bertawaf sendiri di dalam showroom Zinus Malaysia. 


Lebih kurang hampir dua jam juga Kak Fa menghabiskan masa di showroom akhirnya Kak Fa buat juga pilihan. Nak tau apa yang Kak Fa pilih? Kak Fa pilih rangka katil Florence Metal Platform yang sememangnya berkonsep vintaj dan juga memang padu. Bukan besi kosong-kosong bunyi keleting-keleting koson di dalam tu ya. Ini betul punya besi padu. Tahan karat of course. 




Nak pakai lama kan? Mestilah pilih yang betul-betul tahan dan padu. Ini kan, jenis ni... pakai lama mana pun Kak Fa memang sangat yakin yang ianya tidak akan roboh. Ha ha ha... Sejujurnya Kak Fa dah melompat dah atas rangka katil ni. Memang tak lari mana pun. Memang helok jer terletak ok? Harga asal adalah RM1,429.00 dan kini anda boleh dapatkan dengan harga RM799.00. Meletup tak? 



Bagi tilam pula pilihan Kak Fa adalah merupakan iCoil Hybrid Latex & Memory Foam Euro Top Spring Mattress 10" yang berharga RM2,319.00 dan kini anda boleh dapatkan tilam ini dengan harga RM1,299.00 sahaja. Tebal dan tilam ini adalah bertahap kelembutan lapan. Untuk perbezaan tahap kelembutan tilam anda boleh rujuk gambar di bawah: 


Tilam Hibrid oleh ZINUS Malaysia ini adalah merupakan tilam lateks semulajadi, memory foam yang memberikan sokongan stabil dan bebas tekanan. Lapisan lateks semulajadi membantu melegakan kesakitan dan mencegah kesakitan badan. Memory foam pula, adalah berfungsi sebagai zero motion transfer supaya tidur tidak terganggu. 

Tempah dan dalam tempoh masa seminggu sahaja, tilam dan rangka katil ZINUS Malaysia telah dihantar ke rumah Kak Fa melalui perkhidmatan kurier. Kedua-dua tilam dan rangka katil dibungkus dengan rapi di dalam kotak. Ha ha ha...Ni mesti sedang membayangkan bagaimana kan? Sebab kebiasaannya jika kita beli tilam dan rangka katil, lori besar yang hantar kan? Datang macam tilam sekeping terbentang macam tu. Ini tidak. GDEX yang hantar ok? 


Gambar pertama adalah kotak untuk rangka katil dan gambar kedua yang Kak Fa tengah sibuk nak unwrapped tu adalah tilam. Iya... Kedua-duanya dihantar di dalam packaging kotak. Tak ada pemandangan tilam terbentang sekeping dihantar begitu ya? Memang kompak packaging pihak ZINUS Malaysia dan secara jujur, packaging memang padu dan mantap juga. Sepadu rangka katil dan tilamnya. Memang tak perlu risau produk yang dibeli anda itu rosak. Dia punya bubble wrap, dia punya pelekat semua perghhh... Ha ha ha...Berpeluh juga nak buka oiii.... 


Sepertimana yang anda lihat - pemasangan adalah sendirian berhad tetapi jangan risau, mudah sahaja nak pasang sebabnya ia didatangkan dengan arahan pemasangan dan setiap satu bahagian rangka katil telah dinomborkan untuk memudahkan proses pemasangan. Kak Fa pasang sendiri ok? Sendiri...diulangi sendiri. Jadi tidak ada alasan orang-orang perempuan tak boleh pasang sendiri. Dia punya mudahnya pemasangan tu, sampai orang perempuan boleh pasang sendiri. Muahahaha.... Hebat tak? Hebat kan? 


Kenal tak apa ni? Ini namanya rachet. Rachet ni lebih mudah digunakan berbanding kekunci align kerana rachet ni tak perlu nak putar 360 darjah untuk mengetatkan skru. Tempat-tempat sempit memang mudah nak gunakan rachet ni. Cara nak guna, cuba rujuk video Kak Fa di IG Reels Kak Fa sewaktu Kak Fa melakukan pemasangan rangka katil ni. Tempoh masa pemasangan oleh Kak Fa adalah lebih kurang 45 minit untuk seorang wanita. Ha ha ha...Kira achievement jugalah kan? 


Tadaaa....hasilnya setelah pemasangan berjaya dilakukan. Ini pasang dalam rush ni sebab masa ni Kak Fa nak ambil Firash dari sekolah sebenarnya. Memang sengaja pasang sewaktu Firash di sekolah sebabnya, sebenarnya katil dan tilam ni adalah untuk Firash. Sekarang ni kan, Kak Fa di dalam proses melatih pengasingan tempat tidur. Jadi Kak Fa saja nak bagi motivasi pada Firash untuk tidur sendiri sebab ada katil yang awesome! Harapnya berjayalah misi Kak Fa kan? 


Nampak tak tu? Belum sempat Kak Fa kemaskan dengan cadar lagi, selepas mandi jer balik dari sekolah terus Firash bergolek-golek atas katil. Alhamdulillah, nampak selesa pada dia dan dia suka sangat surprise dari Mommy dia kali ni. Lega hati Mommy dia ha. Memang tak berpeluang langsung Kak Fa nak kemaskan dengan cadar. Tapi selepas tu asal boleh jer Kak Fa kemaskan dengan cadar. Janji bercadar untuk Firash tidur malam. Katil baru dari ZINUS Malaysia ni Kak Fa satukan dengan katil lama Kak Fa. Sebab masih dalam proses awal pengasingan tidur kan? Jadi bermakna Kak Fa masih adalah sebelah Firash walaupun dia tidur seorang diri atas tilam baru tu. 


Suruh anak bujang kemas bantal, dia ikut cara dia jer. Yang penting bantal busuk dengan kucing kesayangan yang diberi nama Mr.Cat mesti ada sekali. Cadar tu asal boleh jer mak dia kemaskan sebab dah tak sabar sangat Iman Firash nak bergolek atas katil baru dia. 


Lena betul Firash tidur katil baru ya? Hakikatnya maknya tumpang tidur sekali atas tu juga. Sebab tengok macam seronok jer Firash tidur atas katil tu. Ha ha ha... Tapi sungguh, sejak tidur tilam ZINUS Malaysia ni, bangun tidur rasa segar dan sakit-sakit badan pun dah mula hilang beransur-ansur. Memang kali ini, Kak Fa sangat berpuas hati dengan pembelian tilam dan rangka katil ZINUS Malaysia ni. Sungguh bagai dikata. Memang berbaloi. Ni nak berterima kasih kepada kawan-kawan yang memperkenalkan ZINUS Malaysia ni ha. 

Anda yang sedang nak mencari katil baru tu, Kak Fa syorkan sangatlah anda melawat ke showroom ZINUS Malaysia ataupun melawat ke laman web ZINUS Malaysia di Affordable Mattresses & Home Furniture | Zinus Malaysia. Tapi jangan lupa, kalaulah anda membeli secara dalam talian, gunakan kod diskaun 25% Kak Fa - " FW25 "

Menariknya lagi yang membuatkan Kak Fa tertarik kepada produk tilam dan rangka katil ZINUS Malaysia adalah di mana:


Anda boleh mencuba produk ZINUS selama 100 hari tanpa risiko, ianya mempunyai waranti, penghantaran adalah secara percuma dan diperakui oleh CertiPUR. 

Untuk Maklumat Lanjut:





#Zinus #ZinusMY #ZinusMalaysia #furnituredesign #homedeco #bedtimebesttime #bedframe #mattress #freeshipping

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nampak firm katil dengan tilam tu sis. Betul, kalau nak beli tilam kena pilih yang betul2 berkualiti, kalau tak aduh la sakit pinggang bangun tido..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !