Selain
bunyi ketikan papan kekunci komputer riba yang menemani Kak Fa ketika entri ini
ditaip, sambil Kak Fa tersenyum-senyum menahan rasa malu untuk memulakan
cerita. Ha ha ha… Perkara yang sebenarnya Kak Fa tak terfikir pun Kak Fa akan
berkongsi di mana-mana platform perhubungan dunia maya yang Kak Fa ada selama
ini, akan tetapi akhirnya hari ini Kak Fa pecahkan telur sendiri! Adoiii…Malunyaaa…
Ha ha ha.
Macam
mana ek Kak Fa nak mulakan cerita? Sungguh serba tak kena ni. Ok, mula-mula,
Kak Fa oh Kak Fa, jomlah kumpul kekuatan untuk diri sendiri untuk merungkai
cerita yang sememangnya malu Kak Fa nak cerita pada semua orang. Ehemmm…
![]() |
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google |
Tahu tak? Sebenarnya kan…Sebenarnya kan… Kak Fa ni ada satu masalah pada
tubuh badan Kak Fa yang dipanggil sebagai perut buncit. Wakakakaka… Memang ok?
Perut Kak Fa jer perosak penampilan Kak Fa selama ini. Memang jenuh nak
memastikan perut buncit tu tak terus membuncit. Malu tau! Ini semua boleh
mengundang rendahnya rasa percaya diri ok? Masalah ni bukan masalah baru-baru
ini tetapi masalah dari zaman-zaman anak dara lagi.
Al-maklumlah
Kak Fa ni kan memang jenis “chubby” dari zaman sekolah lagi. Kurusnya zaman
sekolah menengah ke atas sampai sebelum aku terima nikahnya sahaja…Selepas
itu…Mulalah era mengembang tak kuncup-kuncup sehingga kini. Ada satu insiden tu
kan… Ada orang tanya Kak Fa sama ada Kak Fa mengandung ke tidak. Aduh… Tamparan
betul untuk Kak Fa…Ha ha ha… Selalunya Kak Fa memang guna alasan bersalin
secara pembedahan ajer bila orang tanya macam tu. Tapi kan sebenarnya zaman
sekarang ni tak berapa nak meyakinkan sangat jawapan seumpama itu. Ramai jer
bersalin secara pembedahan langsing kembali dan perut pun tak buncit.
Mungkinlah genetik… ha ha ha.
![]() |
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google |
Ada juga
orang yang bertanya, Kak Fa tak pakai bengkung ke selepas bersalinkan Iman
Firash dulu? Ok baca elok-elok ya… Kak Fa pernah cuba tapi tak ley gi ok? Sebab
sakit oiii dekat lokasi bedahan perut tu. Sampai sekarang ni kalau cuba pakai
bengkung memang masih terasa lagi sakit tu walaupun…walaupun… Iman Firash tu
dah hampir berusia 9 tahun dah sekarang ni. Puas cari penyelesaian tak
jumpa-jumpa juga. Sengsara tau tak? Muahahaha…
Tu masalah
pertama. Baru selesai masalah pertama. Ni nak masuk kepada penceritaan masalah
Kak Fa yang kedua pula. Yang kedua, Kak Fa ni sedari bayi lagi ya, sedari bayi
amat sukar nak membuang. Masa Kak Fa lahir, sampai biru satu badan Kak Fa ni ha
sebab walaupun dah lahir selama beberapa jam masih tak membuang juga. Masalah
tu membawa sampailah Kak Fa pada masa kini. Memang payah betul nak membuang.
Ini apa yang Kak Fa percaya lah ok, Kak Fa rasa ini pun menyumbang kepada perut
buncit Kak Fa tu. Sebab tak buang kan? Ha ha ha.
Masalah
yang ketiga pula, terus-terang dengan kesibukkan tugasan seharian Kak Fa yang
sangat padat sana sini sinun, jadual pemakanan Kak Fa memang dah jadi kelaut.
Memang tak ada tapis-tapis, Kak Fa punya pemakanan tidak teratur langsung!
Lepas tu perut mulalah rasa tak selesa.
Itu dulu
ok, dulu… tetapi segalanya telah berubah 360 darjah setelah Kak Fa bertemu
jodoh dengan D’Joy Plus. D’Joy Plus?
D’Joy Plus Ekstrak Serat Tinggi Dengan Enzim
Untuk pengenalan, lebih mudah Kak Fa nyatakan D’Joy Plus adalah
formulasi minuman serat diet yang berasal dari Perancis yang kaya dengan serat
pemakanan daripada pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran serta diperkaya
dengan 17 jenis enzim. Fungsi D’Joy Plus ini adalah untuk menggalakkan
antioksidan, pelangsingan dan detoksifikasi.
Rasa D’Joy Plus dan Bagaimana Perasaan Kak Fa Setelah Minum D’Joy Plus?
Sedap…
Itu yang Kak Fa boleh beritahu. Jadi tak perlu risau kalau tak boleh nak telan
ke apa. Semua orang boleh jer minum D’Joy Plus. Tidak ada rasa-rasa yang tidak
menyenangkan dan juga tidak ada bau-bau yang tidak menyenangkan. Harap maklum
ya. Jadi tak perlu risau langsung yang bukan-bukan. Bila minum D’Joy Plus Kak
Fa rasa kenyang dan rasa lebih bertenaga untuk mengharungi hari-hari. Seronok
rasanya bila rasa tubuh badan sihat. Memang betullah seperti yang Kak Fa baca,
D’Joy Plus ni mampu meningkatkan rasa kenyang, menggalakkan metabolism,
menguatkan badan dan membuatkan kita rasa bertenaga dan lebih sihat.
Manfaat D’Joy Plus untuk Tubuh Badan
7 warna
ekstrak sayuran dan buah-buahan iaitu merah untuk jantung, jingga untuk perut,
kuning untuk limpa, hijau untuk hati, putih untuk paru-paru, ungu untuk buah
pinggang dan biru untuk otak, membantu menyahtoksik 7 organ di seluruh badan
dengan:
- Menggalakkan metabolisme;
- Enzim yang komprehensif membantu penghadaman;
- Menggalakkan pergerakan usus dan memperbaiki sembelit;
- Mengimbangi pertumbuhan bakteria usus;
- Mengeluarkan logam berat; dan
- Mengawal berat badan dan mencegah obesiti.
D’Joy Plus Ideal untuk Siapa?
Cuba
perhatikan senarai yang Kak Fa paparkan di bawah, ada tak yang berkaitan dengan
anda? Jika anda, Kak Fa sarankan anda untuk segera konsisten dengan pengambilan
D’Joy Plus ok?
- Individu yang selalu sembelit dan najisnya keras;
- Mempunyai perut kembung dan masalah ketidakhadaman;
- Mempunyai perut buncit, gemuk air dan obes;
- Glukosa darah postprandial yang tidak stabil;
- Selalu makan luar;
- Pemakanan tidak teratur;
- Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak mencukupi;
- Tidur lewat malam;
- Kulit kusam dan berjerawat, liang pori yang besar; dan
- Kerap merantau.
Nampak tak? Nampak tak? Bukan sekadar untuk kesihatan tetapi juga
membantu meningkatkan keyakinan diri apabila tampil sihat dan cantik berseri
gitu!
Kandungan D'Joy Plus
Uishhh
macam-macam ada wak… Ada kiwi, epal, rumput gandum, anggur merah, anggur putih,
oren, limau gedang, beri biru, betik, nanas, strawberi, apricot, ceri,
blackcurrant, teh hijau, brokoli, kobis hijau, bawang merah, bawang putih, buah
zaitun, timun, asparagus, tomato dan lobak merah.
Nutrisi Di Dalam D’Joy Plus
DigeSEB
PROTM Enzyme
Menyediakan
17 jenis enzim makanan, enzim pencernaan dan enzim metabolik di mana ianya
meningkatkan metabolisme, membantu di dalam pecahan makanan dan membantu dalam
penyerapan nutrient serta penyingkiran toksin di dalam badan.
Fibersol-2
Prebiotik
yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang sihat, serat pemakanan
digredkan sebagai GRAS dan diluluskan oleh kerajaan Jepun, serat pemakanan
larut air yang diekstrak daripada jagung dan mencegah peningkatan gula dalam
darah selepas makan.
Wheat
Grass
Mengeluarkan
logam berat dari badan dengan berkesan, kaya dengan klorofil, magnesium, besi
dan zink sebagai agen anti-radang yang kuat serta menggalakkan pertumbuhan
semula sel dan penyembuhan luka.
Isomalt
Oligosaccharides (IMO)
Mengembalikan
keseimbangan bakteria usus, di mana IMO sebagai prebiotik menyokong pertumbuhan
bakteria usus, menghalang pertumbuhan bakteria pathogen dan mengelakkan
sembelit.
Pelbagai
Ekstrak Sayuran dan Buah-Buahan
Antioksidan
yang tinggi meneutralkan radikal bebas yang berbahaya di mana ianya melindungi
sel badan daripada radikal bebas yang berbahaya, ia melindungi sel badan
daripada radikal bebas (metabolism, diet tidak sihat, tekanan, senaman
berlebihan, merokok, alcohol, sinaran UV, pencemaran dan lain-lain serta
melambatkan proses penuaan.
Cara Pengambilan D’Joy Plus
Tak perlu nak reneh, tak perlu nak masak atas dapur…Benda senang ada depan mata kan? Kenapa perlu nak yang “complicated”, Cuma campurkan 1 paket dengan 150ml air bersuhu bilik, goncang-goncang dan minum laju-laju lepas tu. Konsisten minum 2 kali sehari untuk kesan yang lebih baik. Tapi jangan lupa minum air yang secukupnya ok?
Kak Fa
kalau dah berkesan untuk Kak Fa, memang sampai akar umbi Kak Fa akan kongsikan
dengan semua orang. Kak Fa cuba yang terbaik untuk berikan penerangan yang
komprehensif supaya semua orang jelas dan betul-betul faham tentang sesuatu
itu. Kak Fa cubalah, Kak Fa cuba sebab sesuatu yang bermanfaat untuk Kak Fa
kan? Mungkin bermanfaat kepada orang lain juga.
Bagaimana Nak Dapatkan D’Joy Plus?
Anda
boleh klik di pautan -à
https://linktr.ee/djoyplus ataupun https://mplan.com.my/shop/djoy-plus. Jangan lupa gunakan
kod promosi “DJ20”
untuk diskaun istimewa
sebanyak RM20.00.
Tak rugi
pun kalau sekurang-kurangnya sekali anda mencuba kerana ianya dijamin selamat
dan berkualiti.
#djoyplus
#djoyplusfibre #mplan #mplanmalaysia #detox #healthydrink #healthylifestyle
#madeinfrancedd #vegetablesandfruits
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.