BTS Armies!!! Jangan Terlepas TopzMall x TinyTAN - Jualan Eksklusif Dalam Talian Di Malaysia Khusus untuk Anda!

Farah Waheda Wahid
0



BTS - ë°©íƒ„소년단 ; Bangtan Sonyeondan juga dikenali sebagai Bangtan Boys yang ditubuhkan di Korea Selatan pada tahun 2010 sememangnya mempunyai fan-based yang sangat meluas di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri pun, daripada pemerhatian Kak Fa, BTS Armies memang quite established and kukuh. Terutamanya anak-anak gadis zaman now kan? Semua dah melekat dengan Oppa. Ha ha ha... Memang ramai yang jadi pengumpul tegar all the merchandise from BTS. Jadi... BTS Armies!!! Jangan terlepas TopzMall X TinyTAN jualan eksklusif dalam talian di Malaysia khusus untuk anda! Ini Kak Fa share ni, nanti jangan kata Kak Fa teruklah tak kongsi pun. Sedangkan anda yang terlepas pandang posting Kak Fa. Hu hu hu. 


Mungkin ada yang tak pernah dengar tentang TopzMall. Sebelum Kak Fa cerita tentang TinyTAN, Kak Fa nak cerita dulu tentang TopzMall. Untuk pengetahuan anda TopzMall adalah merupakan sebuah platform e-dagang rentas sempadan Malaysia yang telah ditubuhkan pada Jun 2020. Konsep jenama TopzMall adalah Hidup Sihat Bermula dengan Gaya Hidup Berkualiti. Dengan TopzMall pelanggan boleh menikmati aktiviti membeli-belah di dalam talian sepanjang hari selama 24 jam, 7 hari seminggu. Jadi mudahlah kan? Nak beli apa sahaja - 24 jam TopzMall ni buka. Ha ha ha...Sediakan duit ajerlah yang pentingnya. 


Kak Fa suka TopzMall ni sebabnya ada pelbagai jenis tawaran yang sangat menarik dan setiap bulan ada tawaran eksklusif bulanan. Lagipun TopzMall ni juga menyediakan program kesetiaan pelanggan di bawah program Topz+ Langganan yang menyediakan diskaun, tawaran istimewa dan pakej eksklusif bulanan yang tidak dapat dinikmati oleh pembeli biasa. 

Ok, sekarang kita masuk kepada cerita TinyTAN ni ha... Mesti ramai tak sabar-sabar kan? Tak pun, mungkin ada yang laju-laju nak habiskan pembacaan keterangan Kak Fa di atas sebab tak sabar nak sampai kepada bahagian entri Kak Fa yang ini. Tentang TinyTAN. 


Pada masa sekarang ini, TopzMall adalah merupakan penjual semula rasmi "TinyTAN Message Chocolate Ver.2". Bagi yang tak tahu lagi, TinyTAN ialah sekumpulan watak yang digemari yang dicipta berinspirasikan tujuh ahli BTS. Ia direkabentuk dengan personaliti berbeza yang terlahir dari persona ahli kumpulan, dengan alam naratif mereka sendiri yang membawa watak merentasi sempadan realiti dan imaginasi melalui Pintu Magis. 

Terdapat 4 jenis TinyTAN Message Chocolate Ver.2 yang membawa mesej paling manis dan paling menggembirakan mengikut warna-warna yang telah ditentukan. Diantaranya: 

DYNAMITE - Kotak Putih

Dynamite yang berkotak putih membawa pesanan harapan dan kenyamanan.

Purple Holiday - Kotak Ungu

Purple Holiday yang berkotak ungu membawa pesanan penyembuhan.

Wappen - Kotak Hitam

Wappen yang berkotak hitam membawa pesanan empati. 

Sweet Time - Kotak Merah

Sweet Time yang berkotak merah membawa pesanan keberanian.

Setiap sekotak TinyTAN Message Chocolate Ver.2 disertakan dengan 8 keping coklat di mana bagi setiap kotak terdapat 7 coklat yang dicetak dengan watak-watak comel ahli kumpulan BTS berserta dengan mesej ikhlas mereka dan sekeping coklat yang dicetak dengan logo TinyTAN. Kesemua mesej yang disampaikan adalah mesej-mesej beraura positif daripada ahli kumpulan BTS yang secara aktif disampaikan kepada dunia. Di dalam setiap kotak juga terdapat pelekat 7 aksara yang Kak Fa pasti pengumpul merchandise BTS tegar memang nak kumpul. 

Untuk harga pula: 

Satu Set (4 Kotak) TinyTAN Message Chocolate Ver.2




Mengandungi empat kotak iaitu kotak putih, ungu, hitam dan merah. Berharga RM499.00 dan anda berpeluang untuk mendapatkan secara percuma satu beg penyejuk TinyTAN edisi terhad. Untuk membeli anda boleh terus ke pautan: https://bit.ly/3SFxx2c.

Sekotak TinyTAN Message Chocolate Ver.2

Anda boleh pilih jer yang mana satu idaman kalbu anda. Putih ke? Ungu ke? Hitam ke? ataupun Merah ke? Setiap sekotak berharga RM130.00. Untuk membeli anda boleh terus ke pautan: https://bit.ly/3zJJxH6


Oh ya, sebelum Kak Fa terlupa... TopzMall juga menawarkan yang berikut:

TopzMall x TogaGo



TogaGo adalah merupakan platform tempahan pelancongan dalam talian sehenti di Malaysia yang menawarkan lebih daripada 1.4 juta perkhidmatan penginapan di seluruh dunia, tempahan tiket keretapi China, pakej pelancongan dan juga tawaran eksklusif. Kalau anda sejenis yang minat melancong anda boleh cuba explore TogaGo ni.

TopzMall x Pemilik Jenama

Sekiranya anda adalah seorang pemilik jenama dan berhasrat untuk mengembangkan perniagaan anda, TopzMall menyediakan peniaga dengan bayaran subsidi sebanyak RM10,000 untuk siri perancangan iklan pemasaran yang membantu untuk melakukan publisiti secara percuma melalui platform media sosial dan membantu perniagaan untuk mempromosikan jenama anda kepada orang ramai. 

Sebarang pertanyaan dan tawaran kerjasama, anda boleh menghubungi En. Nicholas Gan melalui talian +60147352600 ataupun emel kepada beliau melalui nicholas.gan@topzmall.com. 


Maklumat Lanjut, Sila Layari Pautan:




Yippi Program Mini: @Topzmall

TikTok:@TopzMallOfficial

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !