Sesiapa
yang kenal Kak Fa memang kenal sangat dengan obsesi Kak Fa terhadap minyak
wangi premium dan di antara jenama minyak wangi premium yang Kak Fa paling suka
adalah seperti Gucci Flora, Gucci Guilty, Issey Miyake, Calvin Klein, DKNY dan
banyak lagi lah. Bila dah obses, selepas tu sedar diri yang diri ni cuma
golongan B40 pada masa kini. Bukan lagi M40 seperti dulu-dulu ha ha ha…Apatah
lagi nak capai T20 tu kan? Makanya setiap kali nak membeli minyak wangi premium
cuma mampu beli sebotol jer setahun. Itupun untung setahun sekali kalau dapat
beli. Kalau tidak dua tiga tahun sekali baru cukup tabungan baru dapat beli.
Itulah kan? Kita yang B40 ke
bawah ni bukan tidak punya citarasa yang baik, bukan tidak punya keinginan.
Akan tetapi kadang-kadang tu jadi tersepit di antara keperluan serta kehendak.
Ada orang yang akan kategorikan keinginan memakai minyak wangi premium sebagai
kehendak dan ada orang akan kategorikannya sebagai keperluan. Untuk Kak Fa,
terus terang Kak Fa katakan yang ianya adalah keperluan untuk Kak Fa. Sebabnya,
Kak Fa memang nak sesuatu yang berbau premium untuk menyakinkan diri Kak Fa ni
bila melangkah keluar jer dari rumah. Nak-nak lagi nature of job Kak Fa ni
berhadapan dengan orang. Mestilah salah satu aspek Kak Fa nak jaga how do I
smell in front of other people kan? Ha ha ha. Bukanlah memakai wangi-wangian
sebab nak menarik perhatian. I just want to smell good. Tu jer. I cannot
tolerate with body odour ok?
Cumanya sejak kebelakangan ini
dengan kekangan ekonomi yang amat mencabar… Dengan kadar inflasi yang semakin
meningkat. Harga ayam, telur, barangan keperluan harian, petrol yang
dijangkakan naik pada sedikit masa lagi… Nak membeli minyak wangi premium tu
memang kena fikir banyak kali oiii…Sebab harga minyak wangi premium pun dah
boleh tahan juga sebotol. The last purchase I did was my Gucci Flora for
RM480++. Ha macam tulah lebih kurang kaedahnya. Pakai pun jimat cermat jer
oiii. Takut habis. Ha ha ha.
But recently – kerungsingan tak
sempat nak menabung untuk minyak wangi premium sebelum kehabisan tu dah hilang.
Sebabnya… Kak Fa terjumpa cara bagaimana nak teruskan stok minyak wangi premium
tanpa perlu menabung lama-lama. Nak tau macam mana? Ok baca elok-elok ok.
Jangan terlepas satu pun. Sebab nanti kalau terlepas rugi.
Scentses + Co: Langganan Minyak Wangi Premium Pertama di Malaysia
Masa Kak Fa mula-mula buka laman
Scentses + Co ni kan… Kak Fa terus berminat nak tahu dengan lebih lanjut
sebabnya, nampak tak? Nampak tak perkataan di laman web Scentses + Co seperti
yang tertera di dalam gambar yang Kak Fa kepilkan di atas? “Switch New Designer Fragrances
Every Month…. your choice of authentic designer perfumes for just RM49.90”.
Untuk orang yang obses minyak
wangi premium memang tak akan tunggu lama. Kak Fa teruskan pembacaan untuk
kefahaman Kak Fa sendiri dan akhirnya terjebak juga dengan SCENTSES + CO. Nak
tau tak? Minyak wangi premium pertama Kak Fa dari SCENTSES + CO?
Tadaaa…
Coach Floral you alls. Ok some of you might be berkata-kata dalam hatilah… Ini
boleh tahan lama ke bau ni? Senang cerita macam nilah, kalau dah namanya
authentic, kalau dah namanya premium – tentulah perfume ni boleh bertahan lama.
Unless kalau you pilih EDT lah kan? Cerita tentang beza EDP dan EDT ni, Kak Fa
pernah kongsi lama dulu tahun 2014 dulu di dalam entri Jenis-Jenis
Minyak Wangi & Tips Membeli Minyak Wangi Yang Sesuai. Ha bolehlah refer balik ya kalau tak tau bezanya. Untuk
yang baru membaca blog Kak Fa ni, boleh terus ke pautan tersebut untuk menambah
pengetahuan jika tak tau lagi. Kalau dah tau bagus.
Don’t
underestimate ok? Walaupun 8 ml dengan atomizer khas dari Scentses + Co ini, 3
kali semburan setiap hari boleh bertahan selama 30 hari. Kira-kira 120 sehingga 130 semburan untuk tempoh sebulan.
Memang
tersangatlah happy Kak Fa bila dah jadi pelanggan Scentses + Co ni sebabnya
sekarang Kak Fa dah boleh tukar-tukar wangian premium setiap bulan. Serius,
memang semua jenis wangian premium yang Kak Fa teringin nak pakai semua ada
ditawarkan di Scentses + Co. Nak tengok? Jom tengok kepilan paparan gambar yang
Kak Fa sertakan di bawah:
Tu
baru sikit Kak Fa kongsi, kalau nak tengok lebih lagi kena ke laman web Scentses + Co. Kak Fa jamin anda akan jadi rambang mata dan stuck macam Kak Fa.
Sebab tak tau nak pilih yang mana satu. Tapi taklah teruk sangat sebab boleh
buat rotation kan? This month pilih wangian ni, next month pilih wangian yang
seterusnya. Ha macam tu. Dengan harga langganan yang mampu bayar, ini adalah
heaven ok!
How Does Scentses + Co Works for You and Me?
Kak Fa belum terangkan lagi bagaimana langganan Scentses + Co ni berfungsi untuk kita-kita ni semua. Ok sekarang nak ceritalah ni.
Langkah 1:
Terdapat lebih dari 800 pilihan
wangian yang ditawarkan dengan hanya RM49.90 sebulan. Boleh hentikan seketika
langganan ataupun batalkan langganan pada bila-bila masa yang anda mahu.
Penghantaran adalah PERCUMA ke seluruh Malaysia.
Langkah 2:
Pilih wangian pertama anda dari
pilihan wangian premium yang terdapat di Scentses + Co. Pilihan adalah
terpulang kepada citarasa masing-masing. Tidak ada kemestian untuk memilih
mana-mana wangian yang ditetapkan. Semua terserah kepada anda.
Langkah 3:
Anda
akan menerima wangian pilihan anda di dalam botol 8ml yang mana seperti yang
Kak Fa katakana tadi, 3 kali semburan sehari boleh bertahan selama 20 hari.
Anda juga akan menerima “travel case” percuma untuk langganan anda di bulan
pertama langganan.
Langkah 4:
Ingin bertukar kepada wangian
lain atau menukar kekerapan penghantaran? Anda boleh mengubahsuai mengikut
fleksibiliti anda pada bila-bila masa yang ada rasa bersesuaian. Langganan anda
akan diuruskan secara automatik dengan tarikh langganan pada bulan akan datang
pada jam 9.00 malam.
Langkah 5:
Pengurusan langganan adalah
sangat mudah, anda boleh hentikan langganan sementara untuk bulan-bulan
tertentu pilihan anda, anda boleh menghentikan sementara langganan mengikut
kesesuaian anda (tiada caj dikenakan ketika pemberhentian sementara ini
berlaku) dan anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa tanpa
sebarang caj pembatalan langganan dan tiada juga soal-jawab dari pihak
Scentses + Co. Segalanya sangat convenient dan menepati gaya hidup pada masa kini
kan?
Jenis-Jenis Langganan
Terdapat dua jenis langganan yang
ditawarkan oleh Scentses + Co iaitu Langganan
LITE dan juga Langganan LUXE. Perbezaannya
di antara kedua-dua opsyen adalah seperti yang tertera di bawah.
Dengan SCENTSES + CO Kak Fa
percaya semua orang mampu untuk memakai wangian premium dan semua orang mampu
to smell good! Bukan M40, bukan T20 kini bukan penghalang untuk merasai
pengalaman memakai wangian premium. Tidak perlu menabung teruk-teruk atau
lama-lama, tidak perlu ikat perut tetapi masih memakai wangian premium.
Let’s smell good together and
join the club today! Jangan lupa gunakan kod promosi Kak Fa – “ FARAHWAHEDA10 “ untuk diskaun sebanyak 10% untuk langganan bulan
pertama anda!
Untuk Maklumat Lanjut:
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.