Perbezaan Di Antara "Picky Eater" dan "Selective Eater"

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar digunapakai dari sumber Unsplash

Ini kan sebenarnya lebih kepada nak meluah. Ha ha ha. Anak lelaki tunggal Kak Fa ni kan sehingga ke hari ini memang renyah sikit nak handle when it comes to food. Ada certain-certain food sahaja yang dia makan dan ada certain-certain food memang dia tolak habis-habisan. Bukan Kak Fa tak dedahkan dia dengan kepelbagaian rasa makanan sewaktu dia kecil. Macam-macam tau Kak Fa masak dan beri pada Firash. 

Kak Fa ingat lagi, sebelum Firash berusia tiga tahun, Firash paling suka nasi briyani, bubur carrot, buah-buahan tetapi selepas insiden Firash dapat viral fever dan semua bahagian dalam mulut Firash mengalami ulser, dia dah mula susah nak makan. Bukan tak sedih bila orang kata, eeee kecilnya Firash macam umur gini-gini-gini... Eeee kurusnya Firash... gini-gini-gini. 

It hurts tau sebagai ibu ni mendengar. Tapi macam biasalah Kak Fa buat tuli jer. Sebab apa? Sebab orang tak ada dalam rumah kita, orang tak tahu betapa kita mencuba sehabis daya untuk berikan Firash tu makanan yang terbaik. Kak Fa sanggup berbelanja macam-macam demi nak buka selera makan Firash tu. Aktiviti pujuk memujuk memang menjadi kekerapan. Cuma orang luar memang takkan pernah tahu. Cerita dalam kain takkan semua kita nak bercerita pada orang pula ya tak? I'm not a fan of terlalu mendedahkan tentang hal ehwal dalam rumah melainkan ada keperluan ok? 

Kak Fa sebenarnya terfikir, Firash ni sebenarnya "picky eater" atau "selective eater"? Ada perbezaan di antara "picky eater" dan juga "selective eater" sebenarnya. 

Perbezaan Di Antara "Picky Eater" dan "Selective Eater"

Kak Fa ni bukan pandai sangat ok? Tapi In Shaa Allah... Kak Fa cuba untuk berkongsi informasi yang Kak Fa cari untuk diri Kak Fa sendiri melalui sumber-sumber yang ada dan Kak Fa harap apa yang Kak Fa lakukan ini juga memberikan manfaat kepada semua yang membaca. In Shaa Allah. Amin-amin ya rabbal alamin. 

"Picky Eater"
"Picky eater" adalah di mana anak masih mahu makan walaupun jumlahnya tidak cukup dengan rekomendasi keperluan nutrien harian mereka. Anak-anak yang susah untuk makan di dalam kategori "picky eater" masih mahu makan makanan mengikut jenis atau kategori makanan. Contohnya, anak menolak untuk makan nasi tetapi masih mahu makan roti atau mee. 

"Selective Eater"
"Selective eater" adalah anak-anak yang susah makan tetapi lebih kompleks dari "picky eater". "Selective eater" menolak hampir kesemua jenis makanan di dalam satu kategori. Contohnya, menolak apa sahaja jenis karbohidrat, segala jenis protein atau segala jenis susu. Yang tak sedapnya, bila anak-anak di bawah kategori "selective eater", ianya boleh mempengaruhi penyerapan nutrien yang diperlukan  sehingga berpotensi besar untuk mengakibatkan "nutrient deficiency". 

Kedua-dua penerangan ini Kak Fa olah dan reword semula dari sumber di SINI

So... sekarang Kak Fa pasti yang Firash ni adalah "picky eater". Sebab Firash masih makan beerapa jenis makanan. Firash makan nasi-laaaa.... Cuma nasi putih sahaja ok. Hu hu hu. Kemudian Firash juga sangat sukakan kentang, roti, mee. Jadi ada sedikit kelegaan di situ. Iyalah, sekurang-kurangnya makan kan? Bab badan kecil dan besar yang orang-orang sering persoalkan tu, Kak Fa tak nak ambil pusing ok? Yang penting Firash masih mahu makan dan ada makanan yang Firash makan untuk menggantikan nutrien yang didapati di dalam sesetengah makanan. Susu pun Firash minum. Unlike the mother yang tak boleh nak minum susu macam tu jer. Ha ha ha. 

Cuma Kak Fa berharap...one fine day nanti, harap sangat ni. Firash akan makan sepertimana kanak-kanak lain yang suka makan macam-macam. Bukan setakat "picky eater" tau... Tapi tempat makan kalau makan dekat luar pun memilih tu. Bukan Kak Fa ajar yang bukan-bukan tapi dia sendiri ok dia sendiri. Kak Fa memang ajar jer makan di pelbagai tempat, tapi Firash ni tetap memilih. Ikut siapa pun tak taulah ni. Ha ha ha. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !