Kalau
ditanya bila kali terakhir Kak Fa jejakkan kaki ke panggung wayang untuk
menonton filem, serius Kak Fa memang tak boleh nak jawab. Kak Fa betul-betul
lupa bila kali terakhir Kak Fa jejakkan kaki ke panggung wayang dan Kak Fa
rasalah, kalau agak-agak tak habis dua belah jari Kak Fa ni kalau nak hitung.
Ada masa teringin juga nak pergi, nak nak lagi sekarang ni tengah hangat filem
Mat Kilau kan? Cuma rasanya sekarang macam tak perlu jer. Ha ha ha…sebab Kak Fa
dah ada panggung wayang berkualiti tinggi di rumah dengan projektor terkini
INLAB SENZ.
“Just-in-time!” projektor INLAB
SENZ ni sampai ke pintu rumah Kak Fa. “Timing” memang cantik-cantik jer Kak Fa
habis kelas yang terakhir untuk semester keenam ini. Tunggu masa nak final test
dan final assessment jer. Assignment semua dah submit. Jadi bolehlah Kak Fa
ambil nafas sikit sambil ber- me time dengan menonton filem di Netflix, Disney+
Hotstar, iQiyi dan juga Viu. Buat masa sekarang ni Kak Fa memang tengah follow
drama Korea bersiri Doctor Lawyer, drama bersiri Melur untuk Firdaus di Disney+
Hotstar dan juga She Was Pretty di Viu. Makanya, bila ada projektor INLAB SENZ
ni, memang satu kepuasan untuk Kak Fa lah. Bukan setakat Kak Fa. Firash pun
sama.
Projektor
INLAB SENZ
Projektor INLAB Senz yang Kak Fa
miliki ini adalah projektor LED pintar yang didatangkan dengan OS Android dan
kenapa Kak Fa buat keputusan untuk memiliki projektor INLAB SENZ ini adalah
disebabkan Kak Fa rasa projektor INLAB SENZ ini praktikal dan serba boleh. Ini
bukan projektor biasa-biasa ya. Wayar pun tak banyak senang jer. Cucuk terus
selesai.
Saiz
Projektor INLAB SENZ
Saiz projektor INLAB SENZ yang
tidak terlalu “bulky” membuatkan Kak Fa sangat tertarik kerana di dalam kotak
pemikiran Kak Fa ni, saiz projektor INLAB SENZ ini tidak akan memakan ruang
yang besar untuk Kak Fa letakkan di mana-mana ruangan di dalam rumah dan juga
di dalam kereta. Di dalam kereta? Ya… Sebabnya Kak Fa ada perancangan nak bawa
projektor INLAB SENZ ni untuk kegunaan ketika Kak Fa bercuti di mana-mana nanti
ke? Dengan saiz yang kompak sebegini, maka ianya akan memudahkan urusan Kak Fa
nak angkut projektor INLAB SENZ ni ke mana-mana sahaja.
Ala… macam katakanlah Kak Fa
bercuti dan tidur di hotel, bosan-bosan malam-malam boleh juga pasang projektor
INLAB SENZ ni. Bolehlah ada aktiviti menonton wayang di dalam suasana yang
berlainan dengan mood yang berlainan kan? Anda dapat sesuatu di situ? Apa yang
Kak Fa maksudkan?
Paparan
1080p dan Menyokong Paparan Sehingga 4K
Susah sebenarnya nak cari
projektor yang betul-betul cantik paparan layar. Tetapi dengan projektor INLAB
SENZ ini, paparannya adalah 1080p dan menyokong paparan sehingga 4K. Memang
puas hati betul bila lihat paparan yang dihasilkan oleh projektor INLAB SENZ.
7000 lumens ok? Walaupun suasana terang-benderang, paparan tetap berkualiti
terang dan “sharp”.
Sistem
Bunyi DOLBY AUDIO
Bunyi yang dihasilkan dari
projektor INLAB SENZ ni sememangnya mantap dan tak perlu dipertikaikan. Memang
sesungguhnya Kak Fa rasa Kak Fa ni betul-betul berada di dalam panggung wayang
menonton filem. Good old days… He he he… Dulu kan, sewaktu Kak Fa tengah hangat
bercinta memang rajin menonton filem di panggung wayang. Pantang ada cerita
baru jer, pasti jejak panggung wayang tu. Kekerapan memang tinggi. Berbanding
sekarang…Kak Fa cukup gembira bila dah ada projektor INLAB SENZ. Bunyi memang
kalau jiran dengar pun rasa bergegar. Ha ha ha.
Ciri
Pintar
Dahlah tak banyak wayar. Lepas tu
mudah sangat nak pasang. Pintar pula tu. Kenapa Kak Fa katakana projektor INLAB
SENZ ini pintar? Ini adalah disebabkan oleh system pada projektor INLAB SENZ
ini adalah sistem menyeluruh iaitu “All-in-One” dengan sistem Android 9.0 yang
terbina dari dalam dan didatangkan dengan aplikasi seperti Netflix, YouTube dan
juga Kak Fa boleh memuat turun aplikasi seperti Disney+ Hotstar, iQIYI dan Viu.
Makin seronoklah Kak Fa kan nak tonton semua drama bersiri dan filem kegemaran
Kak Fa.
Bermain
Permainan Video Dengan INLAB SENZ
Ini sebenarnya “reward” untuk
Firash. Ha ha ha.. Bukan main seronok dia, sebabnya boleh bermain permainan
video seperti ROBLOX, Minecraft di layar yang lebih besar dan juga secara
tiba-tiba menjadi lebih kreatif bermain permainan menuruni tangga berhantu.
“Everything is just so real!”.
Dengan projektor INLAB SENZ, anda
boleh mendapatkan pengalaman permainan yang lancar, tiada lagi motion-lag atau
tersekat-sekat semasa permainan. Membawa pengalaman permainan anda ke tahap
seterusnya dan menghidupkan permainan. Yang paling WOW sebab ianya menyokong
HDR untuk grafik juga!
Fokus
Mudah Laras
Tak ada adegan pusing-pusing
tombol di projektor seperti mana projektor-projektor terdahulu. Cuma perlukan
alat kawalan jauh dan jari tangan sahaja. Sangat mudah untuk melaraskan
ketepatan paparan. Tetapkan pelarasan fokus paparan semudah ABC. Yang penting
alat kawalan jauh dan juga jari tangan ya. Tak ada dua ni tak boleh nak buat
apa. Ha ha ha.
Sambungan
HDMI dan juga USB
Nampak tak tu, ada dua port untuk
sambungan HDMI dan juga ada dua port untuk sambungan USB. Kalau tak nak bising
boleh jer cucuk headphone di situ. Dah tersedia. Memang praktikal betul
projektor INLAB SENZ ni.
Harga
Boleh Beli!
Mesti risau ni kan? Sebab biasa
projektor bukan biasa-biasa ni harga melambung-lambung. Mesti ada sebablah
kenapa Kak Fa pilih projektor INLAB SENZ. Bukan semata kerana ciri-ciri
projektor ni, tetapi termasuk sekali dengan pakej harga yang ditawarkan. Untuk
makluman anda, harga yang ditawarkan pada ketika ini adalah RM1,199.00. Opsyen
pembayaran sama ada sekali bayar tak perlu fikir hutang lagi ataupun bagi yang
perlu jaga bajet, pembayaran secara ansuran sebanyak tiga kali melalui atome
juga ada disediakan. Jadi terpulang kepada kemampuan poket masing-masing ok?
Keperluan Kak Fa buat masa dan
ketika ini adalah untuk keperluan kerja sebab kadang-kadang Kak Fa nak skrin
yang lebih besar ketika menyiapkan serba-serbi laporan dan juga assignment
untuk BBA Kak Fa. Jadi dengan adanya projektor INLAB SENZ ni sebenarnya banyak
sangat membantu Kak Fa dari segi itu. Selain itu, semestinya untuk hiburan
keluarga seperti karaoke, menonton filem dan juga sebagainya.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projektor INLAB SENZ ini ada boleh layari pautan: https://inlab.com.my/products/inlab-senz
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.