Kemaskini Penampilan Wajah Bersama Rangkaian Eau Thermale Avène Physiolift

Farah Waheda Wahid
0



Usia semakin hari semakin bertambah awak, bukan semakin berkurang. Anak pun dah nak masuk 9 tahun dah usia. Penampilan diri dan wajah kalau tidak dijaga dengan sebaiknya, silap hari bulan boleh nampak berusia sebelum masanya. Tanda-tanda seperti kedutan halus dan bintik hitam boleh menjelma bila-bila masa sahaja di usia muda bila mana, kita terdedah kepada sinaran matahari berlebihan, kurang tidur, mengalami tekanan, pola pemakanan tidak menentu dan pelbagai lagi faktor, Memandangkan Kak Fa tak boleh lari dari faktor-faktor ini semua, elok sangatlah Kak Fa kemaskini penampilan wajah bersama rangkaian Eau Thermale Avène Physiolift bermula dari sekarang. Kenapa Eau Thermale Avène  ? Sebab Eau Thermale Avène ni sememangnya produk penjagaan wajah yang disyorkan oleh pakar dermatologi dan ahli farmasi di seluruh dunia kerana ia terbukti berkesan. 


Nak tau berkesan tak berkesan Kak Fa beranikan diri untuk mencuba Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel dan Thermal Spring Water. Sebenarnya dah lama Kak Fa teringin nak mencuba rangkaian Eau Thermale Avène ni setelah Kak Fa baca testimoni pengguna produk Eau Thermale Avène. Rata-rata testimoni yang Kak Fa baca semuanya memberikan maklumbalas yang positif ke atas hasil serta kesan penggunaan produk Eau Thermale Avène yang konsisten.

Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel


Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel ni pada Kak Fa sangat light dan “soothing” bila disapukan pada kulit wajah. Sejuk jer dan cepat meresap. Senang cerita, “pleasant feelings” bila krim ni menyentuh kulit wajah. Ianya cepat meresap dan buatkan Kak Fa rasa selesa. 


Daripada pembacaan serta “background research” berkenaan Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel ini mengandungi bahan aktif:

Ascofilline
Berfungsi untuk mengisi semula kolagen ke dalam kulit.

Hyalluronic Acid Mono-Oligomers (HAMO):
Berfungsi untuk mengisi semula Asid Hyaluronik pada kulit.

Pre-tocopheryl:
Kandungan anti-oksidan untuk menyerikan kulit.

Avêne Thermal Spring Water:
Berfungsi untuk melegakan dan melembutkan kulit. 

Kesemua kombinasi bahan aktif yang Kak Fa kongsikan di atas adalah merupakan bahan aktif anti-penuaan eksklusif yang menjadikan produk ini mengembalikan keanjalan dan menyerikan kulit. 


Sajalah tunjukkan perbezaan kulit normal dengan kulit yang telah mula “aging”, supaya semua orang jadi lebih jelas dan faham kenapa Kak Fa beria-ia sangat secara intensif mengemaskini penampilan wajah di saat usia berada di ambang 40 tahun. Faham kan? Sebelum terjadi elok sangatlah Kak Fa bermula dari sekarang. 

Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif kerana sememangnya ia diformulasikan khusus untuk wanita Asia berkulit sensitif. Kitalah tu. Kita. Kita berada di Asia ya kawan-kawan, bukan benua Eropah. Ha ha ha. Kalau ada yang bertanya kepada Kak Fa bagaimana struktur atau tekstur Physiolift Aqua Cream in Gel. Ianya bertekstur akua-gel ringan yang cepat meresap ke dalam kulit untuk kemasan yang licin dan tidak berminyak. Selepas konsisten dengan Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel kulit Kak Fa terasa lebih terhidrat, lembut dan gebu. Kalau nak lihat perbezaan wajah Kak Fa sebelum dan selepas, sila lihat di bawah: 


Secara peribadi – Kak Fa boleh nampak perbezaan garisan halus di bawah mata sebelum dan selepas dan kulit wajah yang semakin halus dan tona yang semakin cerah serta sekata. Ini pun dah cukup membahagiakan Kak Fa. Tapi… Kak Fa percaya “more to come” jika Kak Fa terus konsisten dengan pemakaian Physiolift Aqua Cream in Gel. Memang betullah yang Eau Thermale Avène Physiolift Aqua Cream in Gel di bawah pemerhatian dermatologi dapat membantu mengurangkan kedutan di sudut mata luar dengan ketara. Cuma perlu konsisten siang dan malam jer di bahagian wajah serta leher. Bukan susah sangat kan? Malam tu boleh pakai lebih sikit or tebal sikit, jadikan sebagai “mask”. 

AVÊNE Thermal Spring Water


Yang ini sangat bagus untuk melembutkan & melegakan kulit! Boleh digunakan sebagai toner, mist, legakan kulit bila panas atau sensitif atau“settingkan” solekan tau. Kak Fa suka sangat. Setiap hari sebelum meletakkan solekan pada wajah, Kak Fa pasti akan sembur dulu Thermal Spring Water. Lepas tu tau apa jadi? Memang rasa segar sangat dan rasa lega kulit wajah tu serta-merta. Produk ni memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive dan juga kulit yang terdedah kepada kemerahan, ekzema dan rosacea. 

Di dalam Thermal Spring Water terdapat dua bahan dalam kabus iaitu “thermal spring water” dan nitrogen. “Thermal spring water” berasal dari mata air AVÊNE di selatan Perancis yang mempunyai kepekatan mineral yang tinggi dan bersifat anti-radang yang menenangkan yang boleh membantu merawat keadaan kulit seperti dermatitis atopic, ekzema, psoriasis dan melecur. Nitrogen adalah untuk tujuan pengatoman. Seronok tau bila sembur air yang langsung tidak tercemar ni di wajah. 


Kedua-dua produk dari Eau Thermale Avène ni sememangnya dah jadi satu kewajipan dan wajib untuk Kak Fa dalam rutin harian penjagaan wajah Kak Fa. Terlanjur tu, Kak Fa nak ajak anda semua pun turut sama-sama kemaskini penampilan wajah dengan Eau Thermale Avène Physiololift Aqua Cream in Gel supaya kulit wajah menjadi lebih hidrat, anjal, licin dan juga berseri. 

Eau Thermale Avène ni senang cari, di farmasi Guardian pun ada atau nak hujung jari pun ada. Hujung jari tu anda boleh cari di Eau Thermale Avène Official Store di Shopee. Untuk anda, Kak Fa ada KOD PROMOSI – nikmati diskaun tambahan 10%  keatas pembelian Physiolift Aqua Cream in Gel (“capped at RM10”) apabila anda menggunakan kod promosi: EAUTPHYAM dari 1 April 2022 sehingga 31 May 2022 ini. 

#Avenemy #MoreThanJustWater #myperfectskinarchitect

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !