Hai Malaysia, Pernah Dengar Tentang eMedAsia?

Farah Waheda Wahid
1


Hai Malaysia, pernah dengar tentang eMedAsia? Pernah? Tak pernah? Pernah? Tak pernah? Mana satu? – Ok tidak kiralah apa pun juga jawapan anda, Kak Fa rasa Kak Fa bertanggungjawab untuk berkongsi tentang eMedAsia kepada semua rakyat Malaysia di luar sana. Kenapa? Sebab ianya adalah sesuatu yang amat penting untuk segenap lapisan rakyat Malaysia tahu tentang informasi ini dan ianya sangat penting untuk menjalani kehidupan seharian terutamanya di fasa peralihan endemik sekarang.

Untuk permulaan sebelum Kak Fa teruskan perkongsian, Kak Fa sarankan anda untuk menonton video yang Kak Fa kepilkan di bawah sebelum Kak Fa meneruskan perkongsian Kak Fa bagi memudahkan anda untuk memahami secara asas mengenai eMedAsia:



Sepertimana yang anda tonton di dalam video di atas, eMedAsia adalah dimiliki oleh HS Bio dengan kerjasama Koperasi Persatuan Perubatan Malaysia (“KOOP MMA”). Bagi yang tidak tahu mengenai MMA, MMA adalah merupakan badan perwakilan utama untuk pengamal perubatan berdaftar di Malaysia. eMedAsia mempunyai kira-kira 2.500 pengamal perubatan am ataupun di dalam kata lainnya General Practitioner (“GP”) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”) di seluruh Malaysia dan platform eMedAsia adalah https://www.emedasia.com/.

Ianya merupakan pasaran e-dagang di mana pemilik klinik boleh menyertai dan membeli produk farmaseutikal, bahan guna, peranti perubatan serta produk kesihatan yang lain. eMedAsia terbuka kepada semua pemilik klinik termasuk pergigian, pusat penjagaan ambulatori dan hospital. 

Digitalisasi Perkhidmatan Saringan Covid-19


Terus-terang Kak Fa rasa perkhidmatan eMedAsia ini sangat memudahkan dan ianya sememangnya selari dengan gaya hidup masa kini. Memang patut pun ada platform sebegini. Terkadang tu nak ke sana ke mari pun ada limitasi tertentu untuk kita. Nak-nak lagi kalaulah kita ni sebenarnya positif Covid-19 kan? Memang rasa tak terdaya. Sebagai alumni Covid-19, yang pernah merasa bagaimana rasanya menjadi positif, nak tunggu giliran melakukan saringan tu, ya ampun terasa lama sangat walaupun orang tak adalah ramai mana pun. Sebab bila dah positif ni, memang akan terasa nak baring jer. Ha ha ha. Sungguh.

Dengan eMedAsia, tanpa perlu ke mana-mana, rakyat Malaysia boleh membeli produk perubatan yang diperlukan secara atas talian. Lakukan pesanan dan barangan anda akan dihantar sehingga ke hadapan pintu anda di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan secara PERCUMA. 



eMedAsia melalui kira-kira 2,500 GP yang diiktiraf oleh KKM di seluruh negara menawarkan:
  • Ujian RTK-Ag profesional dengan keputusan dikemaskini terus ke MySejahtera.
  • Ujian PCR dengan keputusan dikemaskini terus ke MySejahtera.
  • Ujian saringan Covid secara maya dengan kerjasama CLEADOC.
Mudah sangatlah dengan eMedAsia ni kan? Tidak perlu melawat ke klinik atau hospital, boleh lakukan ujian RTK atau PCR pada bila-bila masa dan di mana-mana di dalam zon selesa kita sendiri dan keputusan ujian tersebut akan disahkan oleh doktor perubatan serta akan dikemaskini terus ke MySejahtera. Mudah sangat kan?

Selain itu, eMedAsia juga menawarkan perkhidmatan ujian darah dan diagnostik. Pada masa yang terdekat akan datang, pada akhir bulan April 2022 ini, pihak eMedAsia sedang bersedia untuk menawarkan perkhidmatan insurans Covid-19. 

eMedAsia ni kan, sebenarnya memudahkan urusan para pengembara untuk masuk ke Malaysia juga tau sebab dengan eMedAsia, para pengembara:

  • Boleh melangkau barisan ujian di lapangan terbang serta mengelakkan dari bersesak-sesak dengan orang ramai untuk meminimumkan pendedahan Covid-19 sewaktu beratur dengan pra-tempahan di dalam talian untuk Ujian RTK semasa ketibaan mereka melalui MySafeTravel.
  • Boleh merancang ujian RTK atau PCR di lokasi penginapan (hotel) para pengembara atau klinik yang berhampiran.  
Ianya adalah merupakan perkhidmatan mampu bayar dengan lebih 2,000 ahli berdaftar di seluruh Malaysia dan paling utama, keputusan ujian akan terus dikemaskini ke MySejahtera oleh doktor atau klinik perubatan. Kemaskini secara manual tidak diperlukan lagi dengan eMedAsia.

Harga perkhidmatan RTK-Ag Profesional yang dilakukan di klinik adalah RM90 untuk bukan warganegara Malaysia dan RM70 untuk rakyat Malaysia.

Untuk Maklumat Lebih Lanjut:

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. First time dengar pasal ni. Terima kasih Kak Fa! Jemput ke blog saya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !