Lama sungguh tak shopping Raya! Starting dari tahun 2020 bila mana Covid-19 mula beri salam di Malaysia, diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakkan, sambung pula dengan pemotongan gaji dan tiada bayaran bonus tahunan...Fuhhh...Memang lama sungguh tak shopping Raya. Kalau ada pun beli sikit-sikit untuk Iman Firash jer supaya dia beraya walaupun di dalam pandemik.
Kak Fa? Kak Fa recycle jerlah apa yang ada dalam almari Kak Fa tu. Ok jer... Tapi teringin juga sebenarnya nak shopping Raya. Ha ha ha... Biasalah orang perempuan kan? Tahun 2022 ni ingat nak jugalah shopping Raya untuk diri sendiri. Tibaaa...Baru pasang niat, skrol sana sini... Ternampak pula Wany Hasrita first Tudung Cotton Turki Collections for Raya 2022. Confirm letops Raya 2022 dengan Tudung Cotton Turki Wany Hasrita! - Getus Kak Fa di dalam hati lah ni. He he he...
Eh... tapi sungguh...memang onz tau Tudung Cotton Turki Wany Hasrita ni. Ada few variation tapi kesemua variation ni buatkan Kak Fa rasa nak grab jer semua. Di antara koleksi Tudung Cotton Turki Wany Hasrita ni adalah:
Bursa Blossom
Marmaris Bold
Enes Luxs
Istanbul Spring
Izmir Vintage
Sajalah nak tanya - menarik tak? Menarik kan? Tipu sangat kalau kata tak menarik. Semua koleksi ni kan Kak Fa dah siap bayang-bayangkan macam mana nak gayakan semasa Raya 2022 ni nanti. Kak Fa ni sebenarnya tinggal nak pilih warna dan kemudian padankan dengan Baju Raya jer nanti. Ha ha ha... Pilih Tudung Cotton Turki Wany Hasrita ni dulu selepas tu baru pilih tema warna Baju Raya untuk Tahun 2022. Ha h aha... Bunyi macam sakan sangat nak beraya nih! Walhal, tak ke mana pun planning Raya. Sekadar meraikan dan nak buatkan Firash rasa seronok jer. Kak Fa ni sejak-sejak arwah Papa Kak Fa meninggal beberapa tahun yang lalu, Kak Fa dah kurang rasa teruja nak beraya tu dah. Sekadar nak up kan Firash jer. Supaya dia rasa seronok.
Ok... yang paling penting kenapa Kak Fa jadi tersuka dengan Tudung Cotton Turki Wany Hasrita ni adalah disebabkan ianya menggunakan fabrik cotton istimewa Turki yang dibawa khas daripada Turki, Didatangkan di dalam bidang 50' dan 55'. Lebar tu senang nak pusing kiri kanan belit. Memang menariklah. Lagipun harga yang ditawarkan masih mampu beli iaitu RM89 sahaja sepasang.
Kak Fa belum beli lagi pun Kak Fa dah yakin ni akan jadi pilihan yang tepat sebab ini adalah merupakan Tudung Cotton Turki Wany Hasrita oleh Bidadari House. Sepanjang pengalaman Kak Fa sebagai pemakai tudung keluaran dan jualan Bidadari House, tudung-tudung yang dipasarkan oleh Bidadari House memang sangat berkualiti dan paling penting selesa.

Setiap satu koleksi didatangkan dengan 6 pilihan warna serta corak yang menarik. Unik pada mata Kak Fa. Awning on point, tidak melekap, tidak jarang, senang dibentuk, mudah digosok, sejuk dan selesa, itu semua ciri-ciri yang Kak Fa nak bila Kak Fa lakukan pemilihan tudung. Al-maklumlah Kak Fa ni kalau bab pemakaian memang cerewet. Biar jarang-jarang membeli tapi puas hati serta selesa bila memakai. Itu prinsip Kak Fa.
Yang menjadikan Kak Fa bertambah teruja adalah bila mana terdapat kombo pembelian yang ditawarkan oleh Bidadari House. Orang perempuan kan? Bila ber-shopping ni, bab-bab kombo ni dia paling sukalah kaedahnya. Iyalah... beli kombo dapat harga istimewa lepas tu dapat banyak pasang pula. Mana tak suka kan?
Anda rasa? Mau taknya Kak Fa jadi tak sabar nak add to cart? Ha ha ha...Dah add to cart dah pun... Bila dah add to cart...Selepas itu? Selepas itu nampak pula koleksi Tudung Cotton Turki Wany Hasrita di dalam variasi plain. Plain! Itu memang favourite Kak Fa. Kak Fa memang majoriti tudung plain jer. Ada 30 jenis rekaan plain sahaja ok? Macam-macam warna ajer.
Dengan tawaran pembelian kombo, dengan pilihan variasi yang pelbagai dan banyak. Kak Fa serius rasa ini adalah di antara pembelian Kak Fa yang paling bijak sehingga ke hari ini. He he he... Eh... jomlah kita borong Tudung Cotton Turki Wany Hasrita ni. Sama-sama cantik, sama-sama selesa di Hari Raya 2022 ni. Dah lama tak sambut Raya yang betul-betul Raya kan? Apa salahnya sesekali untuk diri sendiri ke? Untuk adik-beradik ke? Untuk mak ke? Kannn? Mak Mertua pun boleh you alls!
Berita menyeronokkan Kak Fa nak kongsi, mehlah kita sama-sama dapatkan
RM10 Diskaun istimewa untuk Tudung Cotton Turki Wany Hasrita untuk Raya 2022 dengan mengisi makluma di pautan:
https://www.bdr.house/BHRM10Raya
Koleksi Tudung Cotton Turki Wany Hasrita ini boleh didapati di https://www.bidadarihouse.com dan juga Shoppe Malaysia. Ataupun boleh walk in ke Bidadari House di 58-3, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
Maklumat Lanjut:
Bidadari House
#TudungCottonTurkibyWanyHasrita #TudungCottonTurki #WanyHasrita #Raya2022
Wahhh untung jadi wanita yang cantik boleh guna tudung Turki lak tu dari artis lak tu hurmmm cantik tudung baru ni...
ReplyDeleteMemang cantik sangat design dia, Sis suka design Istanbul tu haa.. harga rm89 tu berbaloi sangat...
ReplyDeleteCANTIK DESIGN DIA...Tahniah Bidadari House dan Wany Hasrita Untuk koleksi pertama Tudung Turki Cotton Raya 2022.
ReplyDeleteKita pun recycle baju raya tahun lepas kakfa..tapi tudung nak juga beli baru..so, rembat la satu tudung cotton Turki Wany Hasrita ni ðŸ¤
ReplyDeleteCantiknya..syiok kalau dapat barang satu dua, sure ayu je raya nanti
ReplyDelete