Sama-Sama Kita Isikan Ramadan 2022 Dengan Menyertai OderFood Melalui Kempen Ramadan Al-Khair oleh Syria Care Malaysia

Farah Waheda Wahid
0

Keadaan di Malaysia ni kan... setiap kali tiba Ramadan mesti meriah dengan makanan kan? Macam-macam jenis makanan yang keluar di bulan Ramadan. Ramai juga yang sakan berkongsi juadah yang dibeli dan disediakan di dalam platform medsos masing-masing. Macam-macam resipi, macam-macam jenis lauk pauk. Itu hak individu masing-masing. Tak salah pun, cuma Kak Fa ni jer yang paling jarang nak kongsi gambar-gambar makanan iftar Kak Fa di medsos. Bukan tunjuk baik mahupun acah-acah tak nak kongsi, cumanya hati Kak Fa ni tak sampai. Kecuali yang melibatkan kerja-kerja bukan hakiki Kak Fa lah kan. 

Kak Fa terkenangkanlah kan, kalau-kalaulah Kak Fa kongsi makanan yang macam-macam di dalam medsos Kak Fa dengan tujuan sekadar pemberitahuan apa juadah yang Kak Fa sediakan untuk iftar...Kalaulah so happen yang nampak tu mereka-mereka yang kurang atau tidak berkemampuan disebabkan faktor peribadi masing-masing, terliur mereka ternampak...tak ke Kak Fa rasa bersalah tanpa Kak Fa sedari? Huuu... Al-maklumlah sejak pandemik Covid-19 melanda ni, ramai yang terjejas kehidupan mereka. 



Itu dalam Malaysia. Tambah lagi imaginasi Kak Fa ni membayangkan mereka-mereka yang berada di Syria contohnya. Nampak muka comel-comel kanak-kanak Syria tu. Allahu... Terusik hati Kak Fa. Silap hari bulan boleh jadi tak lalu nak makan. Kita makan sedap-sedap tetapi mereka? Faham tak apa yang Kak Fa rasa. Memanglah tak banyak sebagai individu biasa yang Kak Fa boleh lakukan. Tapi kan... 

Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelma tak lama jer lagi ni, Kak Fa nak ajak sama-sama kita isikan Ramadan 2022 dengan menyertai OderFood melalui Kempen Ramadan Al-Khair oleh SyriaCare Malaysia. Ini Kak Fa ajak sama-sama Kak Fa ni ke arah kebaikan ni. Nak tak nak terpulang masing-masing. Kak Fa sampaikan ajer tau. Tapi kalau lagi ramai ikut Kak Fa menyertai kempen ni, lagi bagus. Alhamdulillah. 


Walaupun Kak Fa kelam kelibut dengan urusan pindah rumah kebelakangan ni, baru-baru ni, Kak Fa sempat meluangkan masa untuk menyertai pelancaran OderFood menerusi Kempen Ramadan Al-Khair oleh Syria Care Malaysia di Shah Alam. For a good cause kan? Why not? 



Apa yang Kak Fa nak kongsi adalah di mana OderFood ni adalah merupakan penyediaan makanan berbuka puasa untuk rakyat Syria (pelarian) yang hidup di dalam keadaan daif serta serba kekurangan. Makna cerita, bila anda menempah makanan OderFood ni, bukan anda dapat makanan ya. Tempahan anda itu akan terus disalurkan ke Syria. Tak perlu susah-susah nak buat apa-apa pun. 


Cuma lakukan tempahan melalui platform OderFood dengan hujung jari anda sahaja melalui:



Selepas itu, yang lain-lain akan diuruskan untuk anda. Mudah kan? Tak susah pun kan? Zaman digital ni nak bersedekah, nak buat amal jariah dengan hujung jari pun boleh. Jadi jika ada kemampuan tak banyak sedikit tu, tak ada alasan untuk kita tidak menyumbang kan? 

Terdapat dua pilihan tempahan untuk anda yang berminat di mana:

Pilihan Pertama:
Satu set iftar berharga RM15.00 yang boleh memberi makan untuk tiga orang. 

Pilihan Kedua:
Pakej berharga RM150.00 yang mengandungi beras, gula, teh, pes tomato dan lain-lain barang keperluan untuk satu keluarga. 


Kempen ini sebenarnya telah dimulakan sejak Februari 2022 yang lalu dan menurut Pengerusi Syria Care Malaysia, Puan Siti Sakinah Meor Omar Baki, kempen ini menyasarkan kutipan RM4.2 juta yang bakal memberi manfaat kepada 720,000 orang pelarian. Setakat ke hari ini, kutipan bagi kempen ini baru sahaja mencapai 20% dari sasaran yang telah ditetapkan berbanding tempoh yang sama tahun lalu. We need more people, we need more! Setakat ini, hanya 400 set iftar sahaja yang boleh disediakan sehari berbanding 2,000 set pada tahun lalu! 

Semua orang faham, Kak Fa pun memang sangat-sangat faham. Pandemik has affected us a lot! Tapi In Shaa Allah, simpan tidak kaya, bagi tidak miskin... In Shaa Allah, lebih banyak kita memberi, akan datang rezeki lain untuk kita. Jika tidak banyak sedikit pun telah memberikan makna yang sangat besar kepada insan-insan yang sangat memerlukan. 

Masih belum terlewat dan masih sempat lagi kita menyumbang. In Shaa Allah, Kak Fa sendiri akan cuba menyumbang lebih dari sekali untuk Syria. Untuk yang telah menyumbang, Alhamdulillah, semoga yang baik-baik untuk anda dan semoga anda dimurahkan lagi rezeki oleh Allah SWT. Amin-amin ya rabbal alamin. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !