LOUISA SCARF Tudung Printed Bidang 45 Yang Cantik-Cantik, Selesa dan Breathable

Farah Waheda Wahid
0

Perkara yang jarang-jarang berlaku adalah Kak Fa menampilkan diri dengan tudung printed atau bercorak. Memang sesiapa pun susah nak nampak Kak Fa mengenakan tudung printed atau bercorak. Kak Fa orang yang plain... se-"plain" orangnya gituh. Cuma kali ini disebabkan LOUISA SCARF tudung printed bidang 45 yang cantik-cantik, selesa dan breathable, Kak Fa saja nak ubah selera. 

Semua ni berlaku tanpa dirancang tau. Nak dijadikan permulaan jodoh Kak Fa dengan LOUISA SCARF ni, 5 Mac 2022 hari tulah. Kak Fa skrol medsos Kak Fa. Tibah Kak Fa ternampak posting LOUISA SCARF sewaktu mereka melancarkan 4 siri tudung printed terbaru dari LOUISA SCARF pada hari tersebut. 

Tengok-tengok, ehhh, macam cantik pula ni... Ha ha ha... Ibarat terbuka hati untuk menerima pinangan tudung printed LOUISA SCARF, Kak Fa pun laju-laju ke laman web jualan atas talian mereka untuk mengenali dengan lebih rapat lagi LOUISA SCARF. Iyalah, sebelum terima pinangan kenalah kenal hati budi dulu kannn? 


Memanglah cantik-cantik pilihan yang ditawarkan oleh LOUISA SCARF. Paling menarik bila mana setelah Kak Fa mengenali hati budi LOUISA SCARF ni... Tudung-tudung yang telah dilancarkan di bawah koleksi SARAH, ZIYAN, LAURA dan AAYRA kesemuanya adalah merupakan dari material Matte Satin Silk, Bidang 45 dan diperbuat dari Flowy Material. 

Mula-mula, Kak Fa cuci mata dengan koleksi SARAH:


Memang untuk yang suka corak floral akan tertarik dengan koleksi SARAH ni. Untuk Kak Fa, Kak Fa ok with the design tetapi Kak Fa mencari lagi. Yerlah, ada 4 koleksi kesemuanya kan? Takkan tak nak tengok yang lain kan? Itu yang membawa Kak Fa kepada koleksi ZIYAN:

Bila tengok koleksi ZIYAN, Kak Fa dah mula merangka-rangka padanan koleksi ZIYAN dengan wardrobe Kak Fa. Ha ha ha... Macam mana tu? Sambil tengok sambil berangan. Macam nak kena beli semua jer? Beralih pula kita kepada koleksi LAURA.



Koleksi LAURA ni sweet habis! Terus terbayang penampilan diri dengan gaya sweet-sweet gituh. Alahaiii terasa remaja kembali ni kalau pakai koleksi LAURA ni. Ha ha ha... Dan paling akhir sekali koleksi AAYRA. Gaya oriental. 


Ini memang Kak Fa sangat kuat keinginan nak ada sekurang-kurangnya sehelai. Disebabkan kehendak yang kuat tu kan... Ha ha ha... Akhirnya sampai ke tangan Kak Fa! 


Sampai-sampai jer parcel, tak sabar. Lepas ambil jer dari tangan penghantar, terus masuk bilik, terus buka parcel dengan kadar sesegera mungkin. Rakus betul. Ha ha ha... Tengok kotak LOUISA SCARF, memang eksklusif. Memang Kak Fa sukalah kan? Sebab Kak Fa ni suka jer nak kumpul kotak segala bagai tu ha. Tabiat dari zaman sekolah lagi. Sampaikan bising Mama Kak Fa sebab Kak Fa suka sangat kumpul kotak. Entah kenapa entah. 

Bila dah buka, terus in love dan terus terasa yang memang Kak Fa tak salah pilih warna ni. Oh yes, by the way, warna yang Kak Fa pilih dan beli ni adalah AAYRA SQUARE - Nude. Warna-warna beige, nude, sand - memang warna-warna yang Kak Fa suka. Dua tiga kali Kak Fa tengok warna AAYRA SQUARE yang Kak Fa beli ni. Rasa macam jatuh cinta sangat. Ha ha ha...


Jahitan LOUISA SCARF memang sangat kemas, neat baby seam - bukan jenis tudung biasa-biasa yang macam asal boleh janji siap. Eh pernah tau, Kak Fa experience beli tudung yang jahitan tak senonoh. Menyesal gila waktu tu. Tapi yang ini, confirm sesiapa pun tak menyesal. Dah unboxing haruslah kena cuba kan? Cuba dulu sekali, lepas tu taulah Kak Fa nak pairkan dengan outfit mana nanti. 


Fabrik LOUISA SCARF adalah tidak mudah berkedut dan tidak jarang. Itu yang Kak Fa suka dan bila bidang 45 ni, mudah kita nak belit sana, sini atau stail-kan mengikut kehendak kita. Tambah Kak Fa happy bila Kak Fa rasa tak panas and awning on point. Tak susah nak bentuk. Serius. Pssttt, Kak Fa cuba juga pakai tanpa anak tudung tau... Dan ianya tak melorot pun sepanjang Kak Fa cuba tu. Oklah tu kan? Kot kalau emergency boleh juga sauk LOUISA SCARF ni and nampak steady presentable lagi in case of emergency. Ha ha ha... 

Eh, Kak Fa cerita banyak-banyak pun kalau anda tak mencuba sendiri pun anda tak boleh nak really experience apa yang Kak Fa beritahu ni. Helok sangatlah kalau anda lawati laman web atas jualan LOUISA SCARF dan grab sehelai dua untuk experience sendiri apa yang Kak Fa cerita ni. And juga boleh dapatkan terus secara fizikal di Ostia Bangi. 

Kak Fa ni jarang nak cerita tentang apa yang Kak Fa pakai, melainkan Kak Fa rasa, ni kena kongsi ni. Ha ha ha... Tu kalau Kak Fa dah kongsi tu, maknanya memang Kak Fa nak semua orang cuba sama-samalah tu. Sebab Kak Fa rasa ini mungkin yang orang tercari-cari. 

Kebetulan tu saja Kak Fa nak beritahu, sekarang ni LOUISA SCARF sedang menganjurkan promosi di untuk Square Matte Satin Silk di mana jika anda BELI SATU, PERCUMA SATU HADIAH, BELI DUA, PERCUMA DUA HADIAH, BELI TIGA PERCUMA 3 HADIAH + KOTAK EKSKLUSIF. 

Untuk Maklumat Lanjut dan Pembelian:



Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !