Kat’s Online Learning VSchool – Ini Baru Betul PdPr Next Level

Farah Waheda Wahid
0


Pengalaman sebenar selama berlangsungnya pandemik, PdPr dan juga penggiliran sesi persekolahan… Saat log masuk jer ke Google Meet, suasana dalam Google Meet tu jadi tidak terkawal. Riuh rendah sampai cikgu pun pening. Ha ha ha… Bukan setakat cikgu, mak-mak, ayah-ayah semua pun pening samalah. Keberkesanan? Kak Fa tak nak komen yang negatif tetapi untuk murid-murid aras rendah, Tahap Satu – jujur Kak Fa nak beritahu, mak ayah memang kena jadi “support system” yang sangat kuat untuk anak-anak dan sudah tentu mak ayah kena main peranan yang besar untuk jadi cikgu kepada anak-anak.

Katakan lah… Dari 10/10 aras kelas Google Meet tu, setuju tak kalau Kak Fa bagitahu yang dari sesi tu sebenarnya anak-anak Tahap Satu ni cuma dapat menyerap dari lingkungan 4/10 sehingga 6/10 jer dengan apa yang disampaikan oleh cikgu? Nak tak nak, kita sebagai mak ayah ni memang kena cari alternatif yang mudah dan efektif untuk support perkembangan pembelajaran anak-anak supaya tidak terus ketinggalan. Kak Fa pun sama jer macam mak ayah dekat luar sana tu ha, senantiasa mencari medium pembelajaran yang bersesuaian untuk Firash. Macam cari jodoh jugalah. Jumpa yang ni tak serasi, jumpa yang tu ada loophole sana sini. 


Akhirnya, Kak Fa bertemu jodoh dengan Kat’s Online Learning VSchool Trend. VSchool – ini baru betul PdPr next level! Terima Kasih Madam Kat perkenalkan. I'm a happy mom now!Ok jom sambung, Nak tau kenapa Kak Fa katakan begitu? Tetapi, sebelum tu, apa kata korang pergi cari keropok, popcorn, dan port yang selesa untuk duduk dan baca cerita Kak Fa ni baris demi baris. Tak baca baris demi baris mana nak faham jalan cerita kan? Mana nak tau kenapa Kak Fa beria sangat nak berkongsi tentang VSchool Trend ni. 



Pernah dengar berkenaan dengan VSchool Trend tak? Pernah? Tak pernah? – Ok, no hal. Meh sini Kak Fa nak khabar ni… VSchool merupakan satu platform pembelajaran secara atas talian yang tidak membosankan! Itu yang penting ya, dengan apa yang Kak Fa nak sampaikan. Kenapa Kak Fa kata tidak membosankan? Sebab isi kandungan pembelajaran di VSchool ni telah ditambahbaik kandungannya dari segi “interface” di mana platform VSchool ini mengandungi bahan-bahan pembelajaran yang berbentuk animasi yang menarik, nota berwarna, kamus bergambar, kad imbas dan banyak lagi.



Kak Fa kongsi ni sebab Kak Fa rasa ianya bakal memberi manfaat kepada semua ibu bapa dan juga anak-anak di luar sana tidak mengira peringkat usia ya. Sebabnya – VSchool Trend bukan terhad untuk kanak-kanak Tahap Satu seperti Firash jer, tetapi ia juga untuk kanak-kanak prasekolah, sekolah rendah serta sekolah menengah. Bermaksud, VSchool ini adalah platform pembelajaran untuk semua peringkat usia.

Tentang silibus pembelajaran, ibu bapa tak perlu risau sebab semua kandungan pembelajaran di dalam platform VSchool Trend adalah mengikut buku teks dan silibus yang diajarkan di sekolah. Jadi tidak timbul sebarang isu di mana anak-anak akan tersimpang dari pembelajaran sekolah yang sebenar. Dari pemerhatian Kak Fa selama beberapa bulan ni dengan VSchool Trend, Firash lebih mudah faham bila dah dapat sokongan dari VSchool tau. Sebab tulah, Kak Fa rasa bila Kak Fa cerita tentang VSchool ni, ia mungkin dapat membantu anak-anak lain di luar sana juga. 

Semuanya hasil dari platform VSchool yang betul-betul memberi impak kepada Firash. Contohlah ya, Kak Fa tunjukkan:


VSchool cover subjek-subjek seperti yang tertera di atas iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik, Sains dan juga mengandungi Kamus Bergambar. Apa yang menarik adalah, di dalam setiap subjek disediakan nota yang mudah difahami dan diperkukuhkan lagi dengan video animasi untuk memberikan lebih kefahaman kepada anak-anak.


Macam Firash kan? Firash ni merupakan “kineshetic learner”. Makanya, dia akan cepat bosan kalau semuanya berdasarkan membaca teks yang terlalu panjang. Dengan VSchool, disebabkan ada ciri-ciri ekstra seperti kamus bergambar dan juga video animasi, Firash lebih berminat untuk “stay put” lebih lama dari kebiasaan untuk mengikuti pembelajaran. 


Macam Kak Fa katakan terlebih awal di dalam entri ini, kesemua kandungan di dalam VSchool adalah berdasarkan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”). Buktinya tengok paparan di atas yang Kak Fa sediakan.  


Kak Fa nak tambah sedikit, selain nota-nota, latihan-latihan, di dalam portal VSchool ini sendiri terdapat koleksi kertas-kertas peperiksaan tahunan yang boleh digunakan oleh anak-anak untuk sesi pengukuhan dan juga latih tubi. 



Firash sendiri boleh track progress pembelajaran sendiri dan Kak Fa pun ada satu pautan log masuk untuk Kak Fa track progress pembelajaran Firash. Jadi dari sini, mudahlah Kak Fa nak kenalpasti di manakah kelemahan Firash yang perlu diberikan perhatian dan perlu lebih latihan untuk perkembangan pembelajaran yang lebih efektif.



Yang Kak Fa suka – Firash dan Kak Fa boleh menggunakan portal VSchool ni bila-bila masa dan di mana jua berada dengan hanya menggunakan apa-apa sahaja gajet yang available. Tak kira, telefon, tablet, atau komputer riba sekalipun. Dalam kereta pun boleh belajar ok? Memang sangat convenient. Macam Kak Fa ni yang senantiasa terkejar-kejar ke sana dan ke mari, sambil-sambil tunggu traffic light tu bertukar warna hijau pun boleh sempat lagi sneak peek progress Firash melalui telefon. 


Glad that I’ve found VSchool Trend lah sebenarnya. Sebab dengan adanya VSchool ni sebenarnya dah banyak memudahkan kami berdua beranak dan memang dah banyak sangat membantu Firash. That’s why kak Fa memang kuat sangat rasa nak kongsi di www.bubblynotes.com



Dengan adanya ciri-ciri seperti nota berwarna dan video, latihan yang banyak dan sentiasa dikemaskini, contoh-contoh ujian daripada sekolah berkualiti, mengikut silibus sekolah, permarkahan automatic, nota yang boleh dimuatturun, penulisan serta contoh karangan – Pandangan peribadi Kak Fa, inilah platform pembelajaran atas talian yang paling lengkap setakat ini yang Kak Fa pernah jumpa. 



If you would like to try this out, just contact Madam Kat yang sangat friendly ni dan dia akan bagitau semua info-info berkenaan dengan VSchool Trend. Sajalah Kak Fa nak kongsi, sekarang ni ada PROMO tau. Boleh cuba 5 hari (FREE TRIAL AVAILABLE), plus dapat KAT’S LUCKY KIT lagi. Berbaloi kan?! Apa tunggu lagi? 


Untuk Maklumat Lanjut:
Whatsapp Madam Kat +6014 699 8619

Klilk Link à https://linktr.ee/katsonlinelearning

Laman Facebook & Instagram Kat’s Online Learning (VSchool Trend)

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !