Home » , , , , , , , , , , » Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC Dengan Wajah Baru serta Nafas Baru!

Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC Dengan Wajah Baru serta Nafas Baru!

 

Khusus untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, yang merancang untuk mempunyai atau menambah cahaya mata, yang bakal menimang cahaya mata dan juga mak-mak dan ayah-ayah sekalian di Malaysia. Ini khusus untuk anda ok? Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC dengan wajah baru serta nafas baru! Penting untuk anda cakna tentang informasi ini. 

Kak Fa nak kongsi cerita bahawasanya MDC ASIA LINK BERHAD, sebuah syarikat yang terbabit di dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia telah mengorak langkah setapak lagi ke hadapan melalui pembukaan semula secara rasmi Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI, Kota Damansara, Selangor bermula 20 Mac 2021. 

Just so you know, pada ketika ini, MDC ASIA LINK BERHAD mempunyai lebih dari 14 rangkaian klinik pergigian yang dikenali sebagai My Dental di sekitar Lembah Klang, farmasi serta aplikasi mudah alih Hi-Doktor dengan inisiatif "Digital Health Citizen" (DHC). Alaaa... kalau lalu-lalu dekat mana-mana mesti ada terperasan My Dental ni. Kak Fa sendiri pun terperasan juga beberapa kali, cuma belum sempat menyinggah jer lagi. Sikit hari lagi. Nak bawa juga Firash ni untuk rawatan pergigian Firash. 

Berbalik kepada pengisian cerita Kak Fa pada kali ini, Kak Fa sebenarnya kagum dengan usaha MDC ASIA LINK BERHAD ni tau, sebabnya menurut Dr. Hj. Aslan Bacho, dengan berkonsepkan "Beyond Healthcare" iaitu melangkaui dunia kesihatan, MDC ASIA LINK BERHAD mempunyai visi ke arah menjadi "A Leading HALAL Healthcare Solution Provider in Southeast Asia" ataupun di dalam bahasa mudahnya peneraju HALAL di dalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan. 

Kak Fa kagum sebab visi mereka adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang betul-betul HALAL. Macam mana? Anda kena habiskan pembacaan cerita ini dan juga ambil sedikit masa untuk menjejakkan kaki anda ke Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC. Konsep menarik untuk hospital ibu dan anak di seluruh negara pada masa akan datang. 

MDC sebenarnya looking at few potential hospital untuk diambil alih atau mengambil sebahagian besar kepentingan di dalamnya. The launching event yang Kak Fa ikuti tempoh hari telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Harun. 





Apa yang Kak Fa dapat tahu adalah perkhidmatan yang ditawarkan adalah pada harga yang berpatutan selain memberikan keselesaan kepada para pelanggan. Itu yang kita nak kan? Perkhidmatan kesihatan dengan harga berpatutan dan kita rasa selesa, seronok dan yakin. Memang ini yang kebanyakkan dari kita tercari-cari. Harga mampu milik! Nak-nak lagi dengan situasi ekonomi semasa di mana kebanyakkan orang sememangnya struggle. Bagus bila ada pilihan perkhidmatan perubatan seumpama ini. 

Perkhidmatan Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC di bawah wajah baru serta nafas baru ini adalah komprehensif di mana Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI, Kota Damansara akan menjadi cawangan flagship kepada operasi kumpulan yang lain dari segi pengurusan operasi dan reka bentuk dalaman serta luaran. 


Fokus utama Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI, Kota Damansara adalah penjagaan kesihatan yang holistik di samping memberikan kesempurnaan kepada menyambut kelahiran Little Caliphs ke dunia ini. Tidak terhad kepada sambutan kelahiran, tetapi di dalam perancangan semasa, akan terdapat kepelbagaian di dalam perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI, Kota Damansaran di dalam menjadikannya sebagai hospital yang komprehensif di dalam bidangnya. 

Kak Fa kongsi sedikitlah ok? Di antara tarikan utama yang akan diperkenalkan adalah Pusat Berpantang Ibu Selepas Bersalin yang dinamakan sebagai The Sanctuary - PUSRAWI di mana ianya akan menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin dan bayi, yang bakal menjadikan urusan lebih mudah dan selesa. Bermula dari perkhidmatan bersalin sehinggalah habis tempoh berpantang. Wohooo syok habis nih! Belum ada lagi hospital setakat ke hari ini yang menawarkan perkhidmatan seumpama ini. 

Yang lain-lain, antara perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI, Kota Damansara adalah seperti:

  • KLINIK OBSTETRIK & SAKIT PUAN
  • KLINIK PEDIATRIK
  • KLINIK FERTILITI & PERANCANG KELUARGA
  • KLINIK KESIHATAN & PEREMAJAAN WANITA
  • WAD BERSALIN 24 JAM
  • BILIK PEMBEDAHAN 24 JAM
  • PERKHIDMATAN EPIDURAL
  • PERKHIDMATAN AMBULAN
  • KHATAN BAYI LELAKI & PEREMPUAN
  • PENDIDIKAN PENYUSUAN BAYI
  • SONOGRAFI IMBASAN TERPERINCI & IMBASAN 3D/4D

Barisan doktor pakar di Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC pula adalah terdiri daripada: 

  • OBSTETRIK & GINEKOLOGI
  • SAKIT PUAN
  • PEDIATRIK (KANAK-KANAK)
  • ANETHESIOLOGIST (BIUS)
  • KESIHATAN AWAM & PEREMAJAAN WANITA.

Makanya, anda yang berkaitan dah boleh mula jejak kaki, tanya-tanya, buat survey supaya persiapan anda lebih teratur dan tersusun. Secara peribadi Kak Fa rasa, Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC ni memang patut anda ambil tahu dan letak di dalam senarai pilihan perkhidmatan perubatan anda untuk tujuan yang berkaitan. 

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda di luar sana! 
Terimakasih telah membaca artikel Hospital Bersalin dan Poliklinik PUSRAWI MDC Dengan Wajah Baru serta Nafas Baru! . Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.