Februari 2022 - COVID-19 Akhirnya Say Hye!

Farah Waheda Wahid
2

Seru nak bercerita dan seru nak menaip baru sampai... Itu yang baru timbul cerita ni walaupun sebenarnya kalau nak diikut-ikutkan dah seminggu berlalu waktu kuarantin kendiri di rumah tu. Ya wak... Februari 2022 - COVID-19 akhirnya say hye! Ni yang nak cerita ni... 

Jumaat, 11 Feb 2022

Petang Jumaat tu, dalam lebih kurang pukul 4.00 petang macam tu, Mama Kak Fa beritahu yang mata terasa panas dan terasa macam nak demam. Time Maghrib, Mama Kak Fa mengadu yang sendi-sendi dia sakit dan rasa seram sejuk. Masa tu tibah, Kak Fa dah rasa tak sedap hati dah. 

Kak Fa pun bersuaralah. Kak Fa kata, kena buat RTK ni Ma. Mama Kak Fa jawab, ala tak ada apalah, ni demam urat kot ni sebab penat mengemas rumah and packing. Jenuh juga pujuk buat RTK. Tak dimaunya. Ok kita diam dulu. Malam pun berlalu seperti biasa. 

Sabtu, 12 Feb 2022

Mama Kak Fa nampak aktif dan bertenaga seperti biasa. Cari kerja dalam rumah buat itu ini untuk cari peluh dan untuk rasa sihat. Tapi memang perangai Mama Kak Fa ni, tak boleh duduk diam. Sepanjang hari normal. Cuma malam sewaktu tidur Kak Fa dengar dah mula batuk dan nampak mula berselimut. 

Kak Fa memang jenis macam tu, seisi rumah tidur, Kak Fa jadi burung hantu buat itu ini. Siapkan kerjalah, membacalah, layan drama Korea-lah. Pada Kak Fa masa tu adalah masa yang Kak Fa perlukan untuk release hari Kak Fa. Waktu yang penting untuk Kak Fa. Ala-ala "me time" in my own way. 

Ahad, 13 Feb 2022

Life macam biasalah untuk kami. Cumanya... dalam pukul 1.30 pagi sewaktu Kak Fa sedang ber- "me time" itu... Kak Fa terasa macam tekak kering and pedih sikit. Kak Fa turun ke dapur, cari lozenges, tak jumpa. Jadi Kak Fa minum air and kemudian naik atas tidur. 

Isnin, 14 Feb 2022

Ni tarikh penting ni.... Kak Fa ada event yang dah janji nak kena hadir. Kak Fa cutilah pun masa ni. Tapi, di dalam norma kehidupan baru di era pandemik, memang helok sangat protokol kena buat RTK sebelum hadiri event untuk pastikan yang kita ni bukan carrier kan? 

Tak heloklah kalau pergi menonong pun, memandangkan Malaysia ni memang gelombang Omicron sedang melanda secara besar-besaran. Kes pun semakin hari semakin naik. Bukan tak nampak mata kita masing-masing kemaskini statistik kan? 



Dah bersiap, tinggal nak touch up muka dengan nak pakai tudung jer lagi. Haruslah ikut protokol event. Jom kita buat RTK! Ya masa untuk kumpul dan keluarkan air liur kemudian kita uji! Ujian pertama... Jeng-jeng-jeng... Double line! 

Kak Fa tanjat ke? Nangis ke? Takkk... Dia macam eh ya ke betul ke? Ha ha ha... Masa tu dok fikir, macam mana boleh positif ni? Rasanya dah habis jaga SOP. Lepas tu tepuk-tepuk pipi sendiri. Sedarlah Kak Fa... Bila dia nak say hye, dia akan say hye. 

Kak Fa pun tak tau, kenapa Kak Fa pergi buka test kit Covid-19 tu buat kali kedua dan buat kali kedua ujian RTK tu. Ha ha ha... Tindakan tu so spontaneous tau tak? Buat kali kedua, double line lagi. Tapi biasalah...Kita ni nak betul-betul kepastian. 

Terus capai kunci kereta, pergilah klinik untuk jolok hidung Kak Fa ni ha. Just to be sure and just to ensure. Gituh. Mestilah nakkan kepastian kan? Masa dekat klinik sementara tunggu hidung kena jolok tu dah rancak dah What's App sana sini. 

Semua Kak Fa inform. Tapi Kak Fa tau yang close contact Kak Fa cuma Mama Kak Fa dengan Firash jer. Sebab sejak-sejak pandemik ni, walaupun hati ni geli-geli nak ke sana ke mari, sudahnya tetap berkurung dalam rumah juga. 

Keluar sekejap-sekejap jer. Office - rumah - groceries - office - rumah - groceries. Ha tu jerlah. Kalau di office pun, duduk dalam bilik sendiri jer, tak bercampur gaul lama-lama sangat dengan kawan-kawan kerja di luar bilik. Mesra tetap mesra tapi cuma menjaga SOP sebab fikir kita ada anak kecil lagi kan? 

Semua orang pun nak elak dari COVID-19 singgah. Siapa nak kan? Bagi mak-mak of course fikir anak-anak. Lagi-lagi macam Firash macam obor-obor jer melekap dekat Kak Fa. Ha ha ha. Tak nak renggang langsung. Dah 8 tahun pun clingy lagi. Mementang sorang jer buah hati pengarang jantung kan? 


Dah jolok hidung, tunggu sekejap, dapat result. Confirm positif! Ok there it goes. Apa nak kata? Dah memang dia nak say hye. Suruh balik pun tentu dia tak nak. Jadi terima dengan redha. The thing is, the only clue yang Kak Fa ada untuk diri Kak Fa sendiri, malam sebelum tu tekak rasa kering dan pedih. 


Demam? Kak Fa tak demam. Kak Fa rasa macam biasa jer. Cuma adalah terasa macam belikat tu tu sengal-sengal sikit. Balik Kak Fa terus paksa Mama Kak Fa buat RTK test. Hasilnya? Double-line juga! Confirm. COVID-19 singgah dekat Mama Kak Fa dulu sebab Mama Kak Fa yang demam dulu kan? Masa hari Jumaat tu. 

Nampak tak time-frame dia more or less 2.8 days or 3 days ke Kak Fa. Memang as per saying for Omicron lah kan? Lepas tu, kejutkan Firash dari tidur sambil pakai glove, pakai mask, pakai face shield. Tak der option kan? Buat RTK test pada Firash. Hasilnya negatif. Tapi Kak Fa tak happy dulu tau. Sebab Kak Fa memang dah membaca tentang kadar jangka masa kebolehjangkitan Omicron ni ha. 

Ah sudah...Duk blank memikir, Mommy positif, Nek Ma positif, Firash negatif. Firash jenis melekap. Tak boleh tak ada figura Mommy. Semua ada presence Mommy. Belajar nak Mommy duduk sebelah, makan nak Mommy makan sama-sama, play together, chat together, everything lah. Jenuh juga nak keep distance and beritahu Firash memang tak boleh even sebenarnya dia faham. He can't help to be near. Tu masalahnya. 

Jadi memang kena tahan pakai glove, pakai mask, pakai face shield semua. Perhati Firash from a distance. Dok memikir, macam manalah nak go through untuk Firash selama 7 hari ni ha. At the same time, Kak Fa terus follow step yang klinik dah bagi tau untuk update MySejahtera. 

Mungkin ramai dah tahu, tapi Kak Fa nak kongsi jugalah sedikit sebagai panduan untuk sesiapa yang kurang jelas atau confuse. 

Cara Kemaskini Maklumat Positif Covid-19 di MySejahtera:

Buka aplikasi MySejahtera --> Button "Helpdesk" --> Button "Start" --> Button F: "I am COVID-19 positive and would like to report my results".

Kredit: Dari What's App PKD Kuala Selangor





Lepas tu, update jerlah semua details and upload sekali salinan report test dari klinik yang klinik dah berikan. Sekejapan jer status terus tukar kepada merah. Ha ha ha... Ha kuarantin la ye ikut spesifikasi masa yang telah ditetapkan. Macam Kak Fa - 7 hari sahaja disebabkan positif dan telah menerima dos penggalak. Ok...cuti free dengan pakej COVID-19. 

I really don't know what's waiting ahead but Kak Fa dengan sikap biasa - redah jer. In Shaa Allah. Allah ada. However, Kak Fa memang dah standby Panadol Optizorb, lozenges, pil sakit badan dari pharmacy, ubat batuk, ubat selesema, pil habbatus sauda dan Vitamin C (ini memang rutin Kak Fa). Laju-laju order air kelapa 8 biji dari FoodPanda, bila sampai perah lemon, letak garam, minum kerap-kerap. 

Selasa, 15 Feb 2022



Inilah tarikhnya, inilah tarikh yang paling mendebarkan sebagai positif COVID-19. Pagi-pagi tu, Firash bangun tidur, badan dah panas macam api. Capai termometer -suhu badan 39.4. Berdasarkan pengalaman lalu, mana boleh kalau suhu badan Firash dah 39. Terus ambil RTK test kit, lakukan RTK test pada Firash. Tu dia... double line! Confirm positif. 

Interview Firash dulu tentang apa Firash rasa. He said, Mommy I felt awful, shaky, can't stand and walk and headache. Tindakan pantas, mandikan dengan air mandi tadahan dicampur Young Living Essential Oil - Lemon. Pakaikan singlet lubang-lubang. Terus lupa diri sendiri tengah positif. Mommy kena kuat kan? So kita lupa jap yang kita positif. 

Capai kunci kereta, inform pada Babah Firash yang kami menuju ke CAC Jeram, Kuala Selangor. Sampai di CAC, memang Firash tak boleh jalan. Kena dukung. Jururawat bertugas beritahu, normal untuk kanak-kanak suhu sekitar 39-38 bila dijangkiti Covid. Tetapi selepas 3 hari mereka akan ok. 

Kak Fa percaya cakap jururawat tu sebab anak boss Kak Fa pun dijangkiti COVID-19 seminggu sebelum Firash. Keadaan pun sama. Lepas sehari dua dah melompat sekeliling rumah. Jadi Kak Fa percaya Firash pun sekuat itu. 

Di CAC, mereka lebih menumpukan pada Mama Kak Fa sebab warga emas kan? Lagipun Mama Kak Fa dah berusia 73 tahun. So Mama Kak Fa jenuhlah nak jawab interview. Ha ha ha... Honestly, she's active and she's ok. Alhamdulillah. 

Balik dari CAC - mandikan Firash sekali lagi dengan air mandian campuran Young Living Essential Oil - Lemon. Lepas tu Firash mengadu sakit perut dan muntah. Mungkin sebab angin or tindak balas. Laju-laju juga mula berikan ubat angin, ubat tahan muntah, paracetamol dan antibiotik dari klinik. As prescribed by PAED. 

Masa ni memang dah start oiling Firash dah. Kak Fa sapu jer Young Living Essential Oil - Thieves kerap-kerap bawah tapak kaki Firash. Nampak suhu ada kurangnya. Bermain di sekitar 38. 

Malam tu, tak boleh tahan, Kak Fa consult mak minyak Kak Fa iaitu Dayah. Dayah terus beritahu Kak Fa untuk buat AntiBac Blend untuk sapu pada tapak kaki kami semua kerap-kerap. Cuma tulah masa tu Young Living Essential Oil - Oregano Kak Fa dah habis. Belum sempat nak top-up lagi. Dayah ada 5ml. So Kak Fa beli dari Dayah jer. 

Rabu, 16 Feb 2022

Suami Dayah masukkan Young Living Essential Oil - Oregano yang Kak Fa beli dari Dayah dalam peti surat. Kak Fa terus ambil dan Kak Fa terus blend untuk hasilkan AntiBac Blend. Resipi AntiBac Blend ni boleh tengok dekat bawah ni ya: 



Dah siap, Kak Fa terus sapu bawah tapak kaki sendiri, tapak kaki Firash selepas mandi dan tapak kaki Mama Kak Fa kerap-kerap. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, suhu badan Firash dah turun kepada 36.7. Jururawat dekat CAC dah pesan, kalau lepas 3 hari Firash tak ok terus bawa CAC atau hospital untuk rawatan selanjutnya. Jadi kita ikhtiar mana yang patut. 



Hari ni, Firash dah mula minta nak makan itu, makan ini. Paling dia minta, nak pisang dengan yoghurt CalciYum Fernleaf tu ha. Kak Fa order Grab ajer. Nak buat macam mana, tak boleh nak keluar. Apa yang Firash selera makan, Kak Fa cuba sediakan. Tapi memang Kak Fa paksa Firash minum air kerap. 



Firash dah mula nak tengok iPad, main Roblox dekat laptop, mula nak bercerita. To me it's a good sign-lah kan? Alhamdulillah. Untuk Mama Kak Fa pula, sesekali tekak gatal dan batuk. Tak kerap buat once in a while. 

Kak Fa? Air hidung dah mula meleleh. Selesema sebab menangis malam sebelum tu sebab risaukan Firash sangat. Ha ha ha.... Asbab jer... Tapi memang salah satu simptom selesema kan? Batuk tak ada. Demam pun tak ada. 


Khamis, 17 Feb 2022

Firash dah macam biasa, Mama Kak Fa batuk sesekali. Kak Fa pula tibah hilang bau tapi tak teruk. Laju-laju Kak asyik hidu Young Living Essential Oil - Thieves. Bau. Pulih pula deria bau rasanya seketika. Tapi dia tak adalah on the spot. Kena konsisten hidu jer Young Living Essential Oil - Thieves tu. It doesn't dissappear in a blink of eye ya. Take timelah juga. 

Perut dah mula memulas and mula membuang komposit yang teksturnya cair. Ok, Kak Fa positif yang this is the healing process. Tak lama jer lagi dekat sangat dah ni. Ha ha ha... In Shaa Allah. Yang penting kena keep on being positive and percaya diri. Semangat memang kena sangat positif dan kuat ok. 

Hari Jumaat sehingga Ahad - hari-hari seperti biasa and rutin kami memang tak lekang Vitamin C, habbatus sauda, sup brokoli, air kelapa. Makan tetap makan seperti biasa. Deria bau tu kembali di hari Sabtu. Barulah makan ada rasa. Ha ha ha. For Firash dan Mama Kak Fa, diaorang dah macam normal dah. Tapi still under quarantine lah. 





Ada gelang ke Kak Fa? Kami tak ada gelang. Tapi hari-hari kena update MySejahtera status kesihatan kami di bawah Things To Do. Yang jenuhnya Kak Fa lah nak completekan 10 soal jawab MySejahtera untuk setiap seorang sebab mereka didaftarkan as Kak Fa punya dependent kan. Sehari 60 soal jawab sebab pagi dan petang. Ha ha ha. Rasa jadi doktor pun ya. Check tahap oksigen, nadi, denyutan jantung, tekanan darah. Tapi nak baik kan? Kenalah. 



Tempoh kuarantin Kak Fa sehingga 20 Feb 2022, Mama Kak Fa sehingga 23 Feb 2022 (esoklah last tu) dan Firash sehingga 26 Feb 2022 sebab belum sempat cucuk vaksin lagi kan... Tulah dianya. Bila tak ada vaksin makanya 10 hari kuarantin ya. 

Ini moment 2022 lah ni. Memang akan ingat sampai bila-bila. Syukur pada Allah - sebab it's very mild for Kak Fa dan Mama Kak Fa. Cuma kesian pada Firash masa first day tu sebab first day tu sangat teruk untuk dia. Sobs... Apa pun, syukurlah yang waktu kritikal untuk Firash (hari pertama itu) telahpun berlalu. Moga jangan ada lagi selepas ini. Amin-amin ya rabbal alamin. In Shaa Allah. 

Now nak kena fokus selesaikan apa yang tertangguh dan nak kena fokus dengan urusan kemas-mengemas serta pindah rumah. Doa yang baik-baik ajerlah semoga semuanya berjalan lancar untuk kami sekeluarga. In Shaa Allah. Amin-amin ya rabbal alamin. 

Bila dah seminggu letak tepi semua kat ni ke tugasan hakiki dan bukan hakiki. Tu dia jadi loading jap tak tau mana satu nak mula dulu. Dia macam brain fog pun ada ni ha. Ha ha ha.... 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Allahuakbar... sana sini dah banyak kengkawan kena, tapi alhamdulilah dah sihat.. moga terus sihat selalu yaaa Farah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sis? Bersepah sekeliling yang kita kenal Covid-19 say hi. Amin2 ya rabbal alamin. Semoga Sis pun sentiasa sihat ya.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !