Adakah Kita Tenteram Di Tahun 2022?

Farah Waheda Wahid
1

Dulu...RM100.00 kurang-kurang boleh beli stok barang basah macam-macam untuk seminggu lebih masak dan makan. Dalam RM100.00 barang basah yang dah dibelanjakan tu, boleh beli macam-macam kot? Ada Ikan Tenggiri, Ikan Cencaru, Ikan Kerisi, Ikan Bawal Putih, ayam, daging, sayur, buah, rempah-ratus segala bagai. Sekarang? Jangan haraplah nak dapat macam-macam dengan RM100.00. Kadang baru jer keluarkan duit dari mesin ATM. Isi petrol kereta, tambah nilai kad atau aplikasi bayaran tol, belanja makan, tau-tau jer tinggal RM10.00 dalam dompet. Ha ha ha... persoalannya adakah kita tenteram di tahun 2022? Maksud Kak Fa, kita-kita rakyat marhaen dalam kategori B40, M40 ni lah. Yang T20 mungkin ok lagi. Tenteram ke? Mana yang tenteram tu baguslah. Alhamdulillah. Kak Fa tumpang gembira untuk anda. 


Tapi bagi rakyat marhaen yang melalui pelbagai keperitan kehidupan dan semakin terhimpit sejak-sejak bagai pandemik Covid-19 menghempas dunia ni, jawapannya memang tak tenteramlah. Jujurlah Kak Fa "spill the tea" kan? Kak Fa ni sendiri, setiap hari ligat memikir bagaimana Kak Fa nak berikan keselesaan kepada keluarga Kak Fa, bagaimana Kak Fa nak jana pendapatan lebih, apa Kak Fa boleh lakukan untuk mempunyai keselesaan kewangan... Dan secara jujurnya, walaupun Kak Fa ni hidup dengan konsep redah jer and "I got this!", acah-acah "Wonder Woman" macam tu... Tahun 2022 ni, sebenarnya kadang-kadang tu Kak Fa rasa berdebar juga nak mengharungi kehidupan. Lebih-lebih lagi bila memikirkan anak semakin membesar. 


Tengok jerlah harga barang semakin hari semakin naik. Selepas tu kos bahan mentah, logistik dikatakan punca kenaikan harga barang. Berkait antara satu sama lain. Lepas tu adalah juga medium penyiaran dan juga hantaran media sosial yang seolah-olah memberikan bayangan awal di mana rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga barang di antara 30% sehingga 200%. Semakin difikir semakin gerun pula rasa. Cumanya takkan nak duduk diam saja kan? Tanpa berbuat apa-apa? Prinsip Kak Fa, bila di dalam keadaan terhimpit sebegini, duduk diam bukan jawapannya. Sebab duduk diam takkan dapat ubah apa-apa. Sebagaimana kita mengadaptasi norma baru kehidupan di zaman pandemik Covid-19 sebegitu jugalah kita terpaksa mengadaptasi kehidupan kita di dalam keadaan tersepit. Mungkin sebab Kak Fa dah lalu macam-macam kot? Sebab Kak Fa dah biasa perit selama kini. Mungkinlah sebab tu Kak Fa berfikir macam tu. Nak hidupkan seorang anak- seorang ibu akan gigih dan tebalkan muka pun untuk melalui hidup. 


Kak Fa percaya bukan Kak Fa seorang jer dalam Malaysia ni yang merasa situasi sebegini. Ramai lagi di luar sana tu yang sedang berhadapan dengan situasi yang sama ataupun ada yang lebih teruk lagi keadaannya. Cumanya, itu yang Kak Fa nak ambil peluang ni nak kongsi di Bubblynotes.Com. Kak Fa memang dah banyak dengar tentang RICHWORKS. Tapi Kak Fa belum mula lagilah untuk eksplorasi RICHWORKS ni. 

Apa yang Kak Fa tahu, RICHWORKS ialah sebuah syarikat multinasional yang menganjurkan seminar perniagaan terbesar di Asia Tenggara. Kepakaran RICHWORKS terletak pada industri latihan perniagaan, yang merangkumi pemasaran, jualan perakaunan, cukai pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan. Ia telah memenangi pelbagai anugerah dan memecahkan rekod dalam melahirkan usahawan paling berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik pada 2020 ialah seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod dengan menjana lebih RM2 bilion bersama The SPIRE dan TITANIUM. 



Program bimbingan RICHWORKS telah dimulakan dari permulaan yang sederhana oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Jurulatih Pembangunan Peribadi dan Mentor Kejayaan #1 Malaysia. Hanya dalam beberapa tahun, RICHWORKS telah berkembang menjadi syarikat latihan profesional, bimbingan dan pembanguna peribadi terbesar di Malaysia. Matlamat RICHWORKS adalah untuk menjadi profesional yang luar biasa yang membantu mengubah dunia menjadi lebih baik dengan membangunkan sepenuhnya kemahiran dan potensi manusia. 



Dalam Malaysia ni kan, siapa jer yang tak pernah dengar nama Datuk Wira Dr. Azizan Osman kan? Beliau adalah merupakan individu yang memulakan kerjayanya secara sederhana dan kini diiktiraf oleh International Coach Guild (ICG) sebagai jurulatih bertaraf dunia dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi peribadi. Sejak 2008 Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah membantu lebih 700,000 peserta melalui program yang dianjurkan secara langsung oleh RICHWORKS, syarikat yang dipimpinnya sebagai Pengasas dan Presiden RICHWORKS. Beliau telah membantu beribu-ribu usahawan dan jutawan berjaya melalui strategi dan kejayaan. 



Formulanya praktikal, mudah dan terbukti. Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan merealisasikan potensi. Buku Beat the Curve, yang dikarang bersama Brian Tracy, adalah antara buku yang berjaya disenaraikan sebagai buku terlaris di Amazon. Perkara yang beliau kongsi di media sosial  juga mencecah puluhan ribu orang setiap minggu, menjadikan beliau seorang pemberi pengaruh yang boleh membantu ramai orang mencapai potensi mereka pada tahap tertinggi. Sejak 2015 Datuk Wira Dr. Azizan Osman, melalui Program High Net Worth Coaching dengan kumpulan Titanium, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah membimbing lebih 700 usahawan jutawan tentang cara membangunkan dan mengembangkan perniagaan mereka yang luar biasa. 


Sejak Kak Fa banyak membaca, banyak mendengar dan banyak melihat mengenai Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan juga RICHWORKS, Kak Fa ikut rapat-rapat setiap perkembangan RICHWORKS dan juga Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Terkini, Kak Fa dapat berita dari sumber yang boleh dipercayai di mana Datuk Wira Dr. Azizan Osman akan berkongsi perspektif tentang sepuluh cabaran perniagaan, selepas daripada pandemik dan tahun 2022 di dalam sesi "live" di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada hari Ahad, 13 Februari 2022 tepat jam 8.00 pagi. Kak Fa rasa Kak Fa tak nak terlepas peluang ni, sambil-sambil tu sajalah Kak Fa nak ajak anda ramai-ramai untuk turut serta. Jomlah kita sama-sama bergerak ke hadapan dan majukan kehidupan kita semua. 



Menurut perkongsian Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang Kak Fa dapat pagi semalam:


Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu, antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengha barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutamanya mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini. Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran. Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

 

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus. Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

 

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini. 



Bukan senang nak dapat perkongsian ilmu macam ni, jadi kenapa pula Kak Fa atau anda nak lepaskan macam tu saja kan? Zaman sekarang ni kena berfikir dengan pantas, bertindak dengan pantas dan semestinya memang kena gunakan kemahiran berfikir aras tinggi dan kritis yang banyak. Ahad ni, bagi Kak Fa satu peluang yang terbaik yang ada di depan mata. Cuma ikuti sahaja sesi "live" Datuk Wira Azizan Osman. Jomlah... Teman Kak Fa. Takkan Kak Fa nak ke hadapan sorang-sorang jer kan? 


Klik dan sertai Telegram Azizan Osman Official  laju-laju selepas habis baca perkongsian Kak Fa ni. 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. I recommend Origin mattress also, read quite a lot of good reviews about it:
    https://www.zazaazman8.com/2022/02/OriginMattressReview.html
    https://www.rebeccasaw.com/origin-mattress-malaysia-review-good-quality-comfortable-and-affordable/
    http://www.malaysianflavours.com/2020/11/origin-hybrid-mattress-12-reasons-why-we-choose-it.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !