Refleksi dan Iktibar Keibubapaan Di Dalam Siri The Penthouse: War in Life

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

The Penthouse: War in Life - Season 1 dah selesai, Season 2 dah selesai, Season 3 - sekarang ni masih di episod 9 menuju ke episod 10. Ada lagi lebih kurang 5 episod sebelum khatam Season 3. Kebiasaannya, untuk KDrama atau mana-mana drama bersiri, Kak Fa lebih prefer untuk menonton secara marathon berbanding tunggu satu-satu episod. Port Kak Fa adalah sama ada Netflix ataupun iQiyi. Macam Penthouse ni, Kak Fa gunakan aplikasi iQiyi jer. Memandangkan iQiyi masih belum lagi upload episod 11,12,13,14 untuk Season 3 ni, maka terpaksa marathon setakat mana yang dimuatnaik. Tak sabar sebenarnya nak khatamkan Season 3 ni. Tapi, Kak Fa bukan nak cerita lebih-lebih pun tentang semua season ni. Kak Fa sebenarnya nak berkongsi POV Kak Fa mengenai refleksi dan iktibar keibubapaan di dalam siri The Penhouse: War in Life. Bagi Kak Fa, mak ayah memang patut tonton siri Penthouse ni. 

Bagaimana jalan cerita, apa permulaan, apa penamat, sinopsis semua Kak Fa tak akan cerita di dalam entri ini. Tapi Kak Fa nak beri sedikit kupasan kotak pemikiran Kak Fa sepanjang Kak Fa marathon siri ni dari satu musim ke satu musim yang lain. Apa yang Kak Fa sebenarnya nampak or summarize dari Penthouse ya agak-agaknya? 

#1: Konflik Jiwa dan Keinginan Remaja

Situasi 1:
Bae Ro Na - anak gadis remaja Oh Yoon Hee yang sangat meminati bidang nyanyian opera dan bercita-cita tinggi untuk berjaya sebagai seorang penyanyi opera ni sebenarnya mewarisi bakat ibunya. Tapi - di dalam siri ini, disebabkan pengalaman hitam silam Oh Yoon Hee - Oh Yoon Hee sebenarnya tidak mahu menyokong minat Bae Ro Na. Sebaliknya, Oh Yoon Hee cuba sehabis baik untuk divert Bae Ro Na kepada bidang akademik, supaya Bae Ro Na menjadi insan yang berjaya di dalam akademik. 

Orang kata  - kalau passion tu dah mendalam dan kalau memang dah terlalu minat, demi self-satisfaction dan demi mencapai apa yang diidam-idamkan apa sanggup diredah kan? Macam tulah characteristic Bae Ro Na di dalam cerita ini. Disebabkan Oh Yoon Hee bersungguh-sungguh untuk block minat Bae Ro Na tu, impaknya Bae Ro Na memberontak untuk mempertahankan pendiriannya dan menjadi sangat mendesak untuk memenuhi keinginan diri sendiri. 

Refleksi dan Iktibar:
Anak-anak ni, kalau dah minat...ibu bapa sewajarnya menjadi support system yang kuat. Tak kira-lah apa pun minat mereka. Sebagai ibu bapa, memang patut kita support apa yang anak-anak kita inginkan dan mahukan untuk kehidupan mereka jika ia merupakan sesuatu yang akan mendatangkan kebaikan kepada diri anak-anak itu. 

Kak Fa tak perlu nak berimaginasi lebih-lebih. Ha ha ha...Tengok jerlah keadaan diri Kak Fa sendiri dulu. Kak Fa sangat meminati bidang masscom dan kesetiausahaan. Ha ha ha... Tapi masa belajar, arwah Papa dah tentukan Kak Fa untuk ambil bidang akaun. Kita mana reti nak melawan dulu walaupun hati kata lain kan? Jadi kita ikut jerlah. Itu jenis redha macam Kak Fa. Bila redha Kak Fa nampak juga benefit apa yang ditentukan oleh arwah Papa Kak Fa. Cuma tulah - sejujurnya Kak Fa tak pernah practice pun accountancy yang Kak Fa belajar tu. Setakat sikit-sikit buat budgeting, forecast dalam bidang kerja Kak Fa sekarang ni adalah. Tapi memang berguna. Jadi bagi Kak Fa tak ada salahnya apa yang ditentukan oleh arwah Papa Kak Fa tu. So, even ada sikit rasa terkilan masa nak mula-mula futher Diploma dulu tu, I don't feel so bad-lah after all. 

Tapi cuba pula kita imagine and put ourselves di tempat anak-anak yang sememangnya tak redha? Apa akan jadi kepada kehidupan anak-anak itu? 

Situasi 2:
Cheon Seo-Jin - ibu kepada Eun Byeol dan rival kepada Oh Yoon Hee yang pedajal Oh Yoon Hee sewaktu zaman-zaman sekolah dulu laaa sebab takut dengan bayang-bayang sendiri dan tak nak mengakui hakikat yang sememangnya Oh Yoon Hee tu jauh lebih berbakat dari dia. 

Ni satu hal - Cheon Seo-Jin ni punyalah gigih paksa anak dia untuk menjadi pelajar terbaik dan penyanyi opera terbaik untuk mengalahkan Bae Ro Na (anak Oh Yoon Hee). Apa pun jadi dia tak nak kalah dengan Bae Ro Na dan Oh Yoon Hee. Macam-macam cara dia buat demi nak pastikan anak dia jer sentiasa terpilih dan sentiasa dapat nombor satu. Termasuklah gunakan taktik kotor. Bruhhh...

Refleksi dan Iktibar:
Disebabkan terlalu mendesak dan ingin mencapai misi supaya diri dia up sentiasa dari Oh Yoon Hee. Dia pun implement benda yang sama pada mindset anak dia iaitu Eun Byeol, iaitu Eun Byeol tak boleh pernah kalah kepada Bae Ro Na. Memang Cheon Seo-Jin drill Eun Byeol ni cukup-cukup sampaikan Eun Byeol mengalami tekanan, anxiety, depresi yang memang serius. Sampai tahap berkebolehan nak membunuh anak orang lain pula tu. Lama-lama makin mental tengok Eun Byeol tu. Sebab expectation mak dia tinggi sangat. 

Dalam dua-dua situasi ni - memang jelas kesan dan akibat terlalu inginkan anak-anak mengikut acuan dan aturan ibu bapa. Kesan kepada institusi kekeluargaan dan paling penting kesan kepada anak-anak itu sendiri. Anak-anak tak semua yang seteru dengan acuan dan aturan kita sebagai ibu bapa. Anak-anak punya hak juga untuk menyuarakan apa yang mereka minat, apa yang mereka suka supaya proses pembelajaran mereka menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan membuahkan hasil yang baik untuk diri mereka sendiri. 

Alaaa...senang cerita - Malaysia ni sendiri pernah berada di satu fasa di mana ibu bapa sangat inginkan anak-anak berjaya dalam bidang akademik sampaikan pandang bidang kemahiran ni macam tak ada apa. Realitinya - itu semua bukan jaminan anak-anak akan menjadi orang berjaya dan senang di masa akan datang. Realiti zaman sekarang - yang berjaya di luar sana tidak semestinya perfect ten in academic. Tu sebenarnya hakikat. Berjaya dan kesenangan itu comes from the strive in within. Bagi Kak Fa lah. Don't be quick to judge orang kata. 

#2: Buli di Kalangan Remaja

Jelas dalam siri ni, anak itu ibarat span yang menyerap apa yang diperhatikan, apa yang didengar, dari apa kehidupan mereka. Sebab mak ayah memasing di dalam cerita ni perangai one kind, anak-anak pun jadi mengikut perangai one kind juga. Again - situasi bapa borek, anak rintik. Tak banyak sedikit mesti terikut. 

Masing-masing nak rasa paling berkuasa. Masing-masing nak rasa diri paling hebat.Ha macam tulah ibaratnya. Drive nak rasa semua benda tu mengakibatkan anak-anak mereka di dalam cerita ini sanggup lakukan apa sahaja termasuklah membuli kawan-kawan lain. Sampai tahap nak berbunuh pun ada. 

Refleksi dan Iktibar:
Manusia tak lari dari kelemahan dan setiap orang ada sisi gelap. Tapi kalau boleh jangan tunjuk dekat anaklah atau jangan jadikan mindset anak sama seperti kita. Sebagai ibu bapa, Kak Fa percaya - didik anak untuk jadi a better version than us. Manusia yang lebih baik dari diri kita sendiri. 

#3: Tidak Selalu Memanjakan Anak

Anak Kang Ma-Ri iaitu Jeni buli dan kenakan Bae Ro Na. Bila Jeni yang merancang kenakan Bae Ro Na, sedangkan Bae Ro Na tak buat apa-apa pun. Kang Ma-Ri ni paksa Bae Ro Na mengaku yang Bae Ro Na yang berniat jahat. 

Refleksi dan Iktibar:
Jika mendengar aduan atau cerita dari anak, jangan terus percaya. Dengar dari semua pihak sebelum nak salahkan anak orang lain dan menangkan anak sendiri di dalam bahasa mudahnya. Takut-takut nanti termalu sendiri dan tidak tahu mana nak sorok muka sendiri. Kena sentiasa ingat tiada manusia yang maksum senantiasa. Setiap manusia tak banyak sedikit pasti akan melakukan kesilapan.Kannn? 

Just Kak Fa punya dua puloh sen laaa... Tak setuju pandangan Kak Fa, Kak Fa pun tak boleh paksa orang lain untuk sependapat dengan Kak Fa. Ha ha ha...Kita ni semua adalah set individu yang berbeza dengan pemikiran berbeza. But ini yang Kak Fa hadam dari Penthouse. Bagus juga, stimulate my thinking while watching. Ha ha ha... Intipatinya...Kak Fa rasa cerita ni beneficial lah untuk Kak Fa sebagai ibu. Dalam masa yang sama remind diri Kak Fa juga di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. 

Bukan aspek keibubapaan sahaja Penthouse cover, tetapi aspek kemasyarakatan, aspek kehidupan, aspek kemanusiaan. To me, it's a compact load of masterpiece. Mesti ramai yang dah tonton cerita ni kan? Sebab memang ramai peminat KDrama di luar sana. Yang belum tonton tu - bukan promosi bukan semata content blog untuk Kak Fa but Kak Fa boleh kata - it's really worth to watch. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !