605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Ketika Pandemik 2021 Dengan Dedikasi RichWorks

Farah Waheda Wahid
6

Hidup… Kadang-kadang hanya tepukan ringan, kadang-kadang pukulan ‘manja’, tetapi tidak jarang pula hentaman yang membuatkan kita jatuh tersungkur. Ketika itu terjadi, yang penting adalah bukan seberapa kerasnya pukulan itu, tetapi bagaimana untuk menghadapi kerasnya pukulan itu, dan tetap memiliki kekuatan untuk bertahan dan meneruskan langkah. Juga… apakah kita memiliki keinginan yang kuat untuk tetap maju mematahkan rintangan yang ada?


Tahun 2021 – I wouldn’t say it was a very good year tetapi lebih kepada tahun yang penuh dengan macam-macam cerita. In the personal perspective – it’s a mixture of achievements, annual leave deductions and salary reduction. Eh… terkesan mana tak terkesan. Itu yang dari M40 kelas bawahan turun satu level lagi Kak Fa ni ha… Ha ha ha… terus bergelar B40 sekarang.


In Malaysia’s perspective as a whole – rakyat masih lagi hidup di dalam pandemik Covid-19. Juga ditambah dengan bencana banjir pada penghujung tahun. Kadang-kadang Kak Fa melihat, kita ni rakyat Malaysia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. 


Life in 2021 tidak mudah. Banyak sangat cabaran di dalam meneruskan kelangsungan hidup. Semua golongan berpeluang merasa cabaran di zaman pandemik Covid-19. Hilang pekerjaan, duit tabungan semakin menipis. Yang menjalankan perniagaan pula – struggle untuk meneruskan perniagaan, struggle untuk membayar gaji para pekerja dan tidak kurang juga ramai yang terpaksa gulung tikar. Wad psikiatri pun penuh ok? Statistic says so. Itulah kenyataannya. 

Cabaran Hidup 2021 | Kisah Richworks Bantu Rakyat


Antara kuat tak kuat jer nak tempuh. Tapi itulah kan? Itulah yang dinamakan cabaran kehidupan dan kita ni sebagai manusia memang kena redah semua cabaran tu. Yang ni Kak Fa sebenarnya nak beritahu, Kak Fa kagum dengan Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (“RichWorks”), Datuk Wira Dr Azizan Osman. 


Kak Fa follow jer cerita mengenai RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman ni sepanjang 2021. Semua kisah perjalanan RichWorks 2021 dan perjuangan RichWorks 2021, Kak Fa follow rapat-rapat. Tak ada satu pun yang Kak Fa ketinggalan. Kak Fa rasa bangga dan tumpang gembira bila 605,000 bangsa usahawan bangkit semula ketika pandemic 2021 dengan dedikasi RichWorks. 


Kita ikuti sisipan video di bawah sementara Kak Fa menyambung cerita tentang kisah RichWorks bantu rakyat dan RichWorks prihatin:



Hidup dalam pandemik – perkara yang paling kita tak nak berlaku dan paling kita nak elakkan adalah dijangkiti Covid-19. Tapi itulah, kadang-kadang bila dah terjadi, ianya bukan kehendak dan permintaan kita kan? Allah yang susun atur perjalanan kehidupan umat manusia. 


2021, Semua Orang Ada Ujian Tersendiri 

Begitu juga dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Pada 2021, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama-sama 31 orang ahli keluarganya telah dijangkiti Covid-19, di mana ibu mertua Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan sekiranya tiada perubahan positif selepas menggunakan mesin bantuan pernafasan. 


Bantuan pernafasan dan ditidurkan adalah tahap yang paling menggerunkan bagi pesakit Covid-19 dan juga ahli keluarga yang terlibat. Kita saksikan ramai di kalangan rakyat Malaysia yang kehilangan ahli keluarga disebabkan pandemik. 


Kak Fa sangat faham keadaan yang dilalui oleh pesakit Covid-19 dan juga ahli keluarga mereka kerana Kak Fa sendiri mempunyai pengalaman tempias Covid-19 ini walaupun sehingga ke hari ini, Alhamdulillah – Kak Fa masih lagi dikurniakan kesihatan oleh Allah SWT. Kita tak minta dan kalau boleh kita tak nak langsung kan? Tapi kita ni tak naklah bercakap seolah-olah kita ni kebal dari Covid-19. Doa banyak-banyak dan jaga diri kita jerlah yang mampu kita lakukan. Semoga kita semua dihindarkan dari dijangkiti Covid-19. 


Alhamdulillah, Datuk Wira Dr. Azian Osman pulih dari Covid-19 dan beliau telah diberikan peluang kedua oleh Allah SWT. Kak Fa kagum sebabnya, beliau menggunakan peluang yang diberikan itu untuk bantu lebih ramai usahawan menggunakan kepakarannya.


Selepas keluar dari hospital dan semasa di dalam proses pemulihan itu sendiri, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah menjalankan program secara percuma,  dihadiri oleh ribuan orang. Begitu kuatnya perjuangan Richworks 2021 yang dibawa oleh Datuk Wira. Hebat bukan?



In total, kalau tak silap Kak Fa-lah… sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan di dalam memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai di dalam soal keusahawanan. 


Secara keseluruhannya untuk 2021, RichWorks telah berjaya membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWork pada tahun lalu. It is so inspiring pada Kak Fa. 

Perjuangan Richworks 2021: Richworks Bantu Rakyat



Perjuangan Richworks 2021: Program Usahawan

Salah satu perjuangan Richworks 2021 adalah program anjuran RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (“WBB”) yang juga telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Kerajaan apabila program terbabit disebut di dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 




Perjuangan Richworks 2021:  Kebajikan Rakyat Bersama Richwell

Selain itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memaklumkan bahawa RichWorks tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (“RichWell”).  Ini adalah inisiatif dan usaha untuk Richworks bantu rakyat, nampak Richworks prihatin sangat dengan kita semua!


Richworks Memahami Usahawan Dan Rakyat Yang Terkesan

Richworks juga terkesan dengan pandemik dan banjir, malah memahami usahawan dan rakyat yang terkesan. Inilah juga perjuangan Richworks 2021 dalam memastikan visi melahirkan usahawan berjaya tetap berjaya.



Menurut sumber,

Kempen #RichWellBantu yang digerakkan oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman bermula pada Julai 2021, telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM501,497 untuk membantu lebih dari 2,000 buah keluarga. Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 telah dikumpulkan daripada usahawan RichWorks dan RichWorks sendiri di dalam tempoh 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember 2021.


Kerjasama Bersama Usahawan Untuk Bantu Rakyat



Perjuangan Richworks 2021 juga melibatkan kerjasama bersama usahawan dan anak didik Richworks dalam hal kebajikan.


RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 di dalam ibadah korban pada tahun 2021. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja seramai 9 orang pelajar ke Tarim, Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. Begitu sekali Richworks prihatin.


Sumbangan Richworks Kepada Usahawan Seluruh Malaysia

In a continuous scenario, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di Malaysia ini tetap gigih meneruskan misi di dalam membangunkan dan mengembangkan usahawan ke tahap yang lebih tinggi selari dengan prinsip mereka.


Hasil perjuangan Richworks 2021 sahaja, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX adalah berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion. Bagi ahli Titanium sahaja, sebanyak 312 usahawan berjaya menghasilkan RM3.2 billion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX). 



Melalui program bimbingan Spire, RichWorks bertanggungjawab menyediakan usahawan mencapai jualan RM1 juta pertama setahun dan seramai 72 orang usahawa telah berjaya mencapainya. 

Selain itu, berkat perjuangan Richworks 2021, 77 buah perniagaan yang dibimbing telah mencapai jualan lebih RM10 juta, 5 perniagaan capai RM50 juta dan 5 perniagaan pula capai RM100 juta ke atas pada tahun lepas. Fuhhh… What a great milestones kan? 



Berbekalkan pencapaian dan juga cabaran yang dihadapi 2021, RichWorks berazam untuk mempergiatkan lagi segala usaha pada tahun 2022 ini. Semoga ianya dipermudahkan oleh Allah SWT. In Shaa Allah. Amin amin ya rabbal alamin. 


As I said, it is so inspiring. Macam menyuntik semangat pula pada Kak Fa untuk keep on going and itulah yang sepatutnya. Semakin kita ditekan, semakin kita gigih berusaha untuk mencapai matlamat kita dan memperbaiki kehidupan. It’s all within ourselves. 



Tentang RichWorks | Netflix Usahawan Malaysia


Merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan. RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman sejak 2008. Justeru, ia juga telah menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).


Asbab rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.


Sedar atau tidak, Richworks bantu rakyat Malaysia dalam menghadapi masa-masa sukar sebagai seorang usahawan dengan adanya ilmu yang terbukti berjaya.  Selari dengan Visi RichWorks, adalah untuk menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Bagi anda yang baru sahaja atau sudah lama mengenali Richworks, perjuangan Richworks 2021 untuk bantu rakyat adalah sesuatu yang perlu kita sokong! Sebagai usahawan, jom kita duduk rapat-rapat dengan Richworks yang telah banyak lahirkan usahawan jutawan di Malaysia.

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. RichWorks byk bantu dan bimbingan buat usahawan

    ReplyDelete
  2. Moga RichWorkd terus berkembang maju dan terus membimbing usahawan untuk terus melangkah lebih jauh.

    ReplyDelete
  3. teruskan usaha murni ni membantu mereka yang memerlukan..:)

    ReplyDelete
  4. syabas richworks. bukan calang-calang aktiviti dan pencapaian tahun 2021 mereka. semoga bertambah sukses tahun 2022 ni

    ReplyDelete
  5. Tahniah RichWorks! Semoga terus maju jaya!

    ReplyDelete
  6. Semoga Richworks terus sukses dan berjaya membimbing lebih ramai lagi usahawan tahun 2022 ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !