Kenali HARM AWARENESS ASSOCIATION dan Pengurangan Kemudaratan

Farah Waheda Wahid
0


Pejam, celik, pejam, celik – tak lama lagi dah hampir masuk tahun ketiga dah kita sebagai manusia di atas muka bumi ni terpaksa hadap penularan wabak pandemik Covid-19. Bukan setakat Covid-19 jer kita kena hadapi, tapi statistik orang yang memudaratkan diri mereka sendiri pun semakin meningkat hari demi hari. Semakin lama pandemik, semakin banyak kemudaratan yang berlaku. Bukan setakat dari segi psikiatri jer… Tapi dari macam-macam perspektif lah. Contohnya macam merokok, pemakanan, ubat-ubatan dan juga keselamatan jalanraya. Bab-bab mudarat ni sebenarnya memang tak berkesudahan. Tapi… macam mana ek agak-agaknya kita nak kurangkan segala jenis macam kemudaratan ni? Kalau nak berjuang sendiri dengan diri sendiri tu, peratusan berjaya tu kita tak boleh nak agak. Masih perlukan bantuan kan? Jadi jomlah kita kenali HARM AWARENESS ASSOCIATION dan pengurangan kemudaratan. Ilmu pengetahuan am penting untuk semua orang ni. 


HARM AWARENESS ASSOCIATION

Agak-agaklah, pernah dengar atau tahu ke mengenai HARM AWARENESS ASSOCIATION? Kalau belum lagi, meh sini Kak Fa jelaskan satu persatu supaya masing-masing sama-sama jelas.

HARM AWARENESS ASSOCIATION (HAA) adalah merupakan satu  badan yang sangat berdedikasi  untuk meningkatkan kesedaran terhadap pendekatan HARM-REDUCTION iaitu alternatif yang kurang memudaratkan. 

Apa Itu Pengurangan Kemudaratan?

Pengurangan Kemudaratan merujuk kepada polisi, program dan pendekatan dengan tujuan utamanya untuk mengurangkan kemudaratan kesihatan, sosial serta keselamatan jalan raya. Strategi pengurangan kemudaratan memberi manfaat kepada masyarakat, ahli keluarga mereka serta komuniti sekelilingnya.

Prinsip yang semua orang perlu ingat mengenai Pengurangan Kemudaratan adalah ianya memberikan alternatif sambil membenarkan pengguna untuk mengambil keputusan yang lebih komprehensif dan dibelakangi fakta. Sama ada untuk mengurangkan atau menghapuskan aktiviti yang memudaratkan seseorang atau sesuatu kumpulan.

Mengikut Harm Reduction International (HRI Global), pengurangkan kemudaratan juga dikaitkan dengan pelbagai topik kesihatan dan praktis sosial masa kini. Ini termasuklah merokok, pengambilan ubat-ubatan, pemakanan dan lain-lain lagi. Ini juga untuk membendung stigma sosial dan memastikan pengguna umum sihat dan dapat mengambil langkah yang positif di dalam kehidupan mereka. Dengan pengurangan kemudaratan, pengguna tidak akan tersekat dengan tiada pilihan malah dapat mengambil langkah alternatif bagi kesinambungan kehidupan mereka.

Merokok!


Kak Fa ambil satu contohlah ya? Yang terpaling mudah, terpaling umum serta terpaling semua orang tahu. Merokok. Merokok ni mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Pembakaran ke atas tembakau yang menjadi bahan utama di dalam sebatang rokok mampu menghasilkan beribu bahan kimia; setiap satunya boleh mendatangkan risiko penyakit kronik ke atas si penghisap, seperti kanser dan sebagai. 

Jadi apa kata, kita cuba kurangkan kemudaratan dari merokok dengan beralih kepada rokok elektrik ataupun alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternative)? Ini adalah alternatif yang lebih rendah risikonya di mana rokok elektrik menggantikan tembakau dengan cecair berperisa dan cuma menghasilkan wap air berbanding asap yang mengandungi partikel karbon akibat pembakaran. 




Ramai yang tak selera nak cuba rokok elektrik dengan alasan kandungan nikotin tak sama dengan rokok. Sajalah Kak Fa nak beritahu, walaupun masih berisiko, tetapi sebenarnya nikotin bukanlah punca penyakit kronik akibat merokok. Bahan makanan harian kita seperti tomato dan ubi juga mengandungi nikotin. Proses rawatan untuk kurangkan ketagihan merokok juga adalah menggunakan pelekat nikotin. Malah, kandungan nikotin di dalam rokok elektrik, jika ada sekalipun, tidaklah sampai menjejaskan kesihatan.

Apa pun, kalau masih ragu-ragu, seseorang perokok elektrik boleh saja memilih perisa yang tidak mengandungi nikotin. Kalau nak lebih selamat lagi, sila pilih jenama perisa yang sah lagi dipercayai bagi memastikan kandungannya benar-benar dijamin. Elakkanlah perisa-perisa keluaran persendirian.

Satu lagi alasan yang diberikan adalah keselamatan alat atau pod itu sendiri. Terdapat laporan di mana pod rokok elektrik meletup ketika dicas atau secara ‘tiba-tiba’. Jika dilihat, sama seperti sebuah telefon bimbit, sesebuah rokok elektrik mempunyai ruang untuk mengecas dan menyimpan bateri. Makanya, cara penjagaan dan penggunaannya juga lebih kurang sama. Jangan terlebih cas dan jangan simpan di ruang yang terlalu panas. Diingatkan sekali lagi, belilah pod daripada premis yang sah dan berdaftar. Elakkanlah sama sekali membeli pod yang telah diubahsuai, sarat dengan komponen elektronik yang bukan sahaja tidak berguna malah berisiko.

Memilih alternatif kepada rokok tembakau adalah salah satu langkah yang baik di dalam mengurangkan kemudaratan akibat tabiat merokok. 

Itu contoh ok? Tentang pemakanan, ubat-ubatan dan lain-lain anda boleh rujuk di laman web HAA iaitu https://haahub.com.my/ dan juga:

Laman Facebook HAA

Laman Instagram HAA

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2018/12/511215/bebas-asap-kurangkan-kemudaratan-tembakau


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/766673/kaedah-pengurangan-kemudaratan-tembakau-alternatif-berhenti-merokok


https://www.linkedin.com/pulse/alternatif-untuk-perokok-merrepak-11112018-mingguan-malaysia-ibrahim/?trk=related_artice_Alternatif%20untuk%20perokok%20%23Merrepak%2011.11.2018%20(Versi%20Un-Edited)%20Mingguan%20Malaysia_article-card_title


https://www.pmi.com/markets/malaysia/bm/science-and-innovation/inventing-better-alternatives

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !