MORPHOSIS 2021 Ke Arah Melahirkan Usahawan Berkualiti Tinggi Bersama CHARMS Cosmetic Skincare

Farah Waheda Wahid
1

Tidak kiralah anda dari golongan B40, M40 ataupun T20, hakikatnya rakyat Malaysia dan dunia menerima impak dari pelbagai sudut akibat serangan tanpa Bismillah pandemik Covid-19. Ada yang kehilangan ahli keluarga di dalam sekelip mata, ada yang kehilangan tempat bergantung, ada yang kehilangan punca pendapatan, ada yang terpaksa dipotong gaji bulanan dan ada juga yang terpaksa menggulung tikar. Sedih kan? Tetapi itulah kenyataan dan walau bagaimanapun kehidupan masih perlu diteruskan selagi diberi peluang untuk bernafas oleh Allah SWT. Kak Fa sendiri pun terpaksa merasai pengalaman dipotong gaji tau, tapi syukurlah kerana masih ada kerja. Suka tak suka, selesa tak selesa, tetap kena terima dan hadam kan? Itulah yang dinamakan sebagai cabaran kehidupan. Cuma yang bagusnya di Malaysia ini adalah di mana kita #keluargamalaysia masih lagi ada kesedaran untuk menghulurkan bantuan serta sokongan sesama sendiri yang tidak semestinya bantuan kewangan atau barang-barang keperluan atau makanan semata. Ianya termasuk dari sudut pemerkasaan rakyat Malaysia sepertimana program MORPHOSIS 2021 ke arah melahirkan usahawan berkualiti tinggi bersama CHARMS Cosmetic Skincare yang dilancarkan baru-baru ini dan telahpun bermula pada hari Sabtu, 9 Oktober 2021. 




Kak Fa berkesempatan untuk turut serta di dalam majlis pelancaran program MORPHOSIS 2021 yang telah dianjurkan secara maya melalui aplikasi ZOOM dan juga Facebook Live tempoh hari. Majlis pelancaran tersebut turut dijayakan oleh pemilik jenama CHARMS Cosmetic Skincare iaitu Puan Nur Bashirah Hussin yang turut dikenali sebagai Mommy Syira. 


Sedikit mengenai Puan Nur Bashirah Hussin atau Mommy Syira - Sebenarnya kan... Mommy Syira ni bukanlah calang-calang pemilik jenama ok? Ilmu penuh di dada ni. Iya... Kak Fa taulah sebab banyak yang Kak Fa dapat gali mengenai Mommy Syira ni sewaktu Kak Fa menghadiri majlis pelancaran MORPHOSIS 2021 tempoh hari tu. Mommy Syira ni adalah seorang yang penuh dengan pengalaman semenjak dari kecil lagi. Apa sahaja yang Mommy Syira ni tak pernah buat? Beliau mempunyai pengalaman berniaga seperti ais kepal, kereta sewa, menjual komputer, menjual tudung dan bermacam jenis perniagaan lain lagi. Beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) serta Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai pensyarah. Cumanya disebabkan keusahawan itu lebih memberikan kepuasan kepada Mommy Syira, beliau memilih untuk meninggalkan kesemuanya dan memberikan fokus yang tidak berbelah bahagi kepada CHARMS Cosmetic Skincare.  

Bagaimana pula dengan program MORPHOSIS 2021? Ikuti sedutan video di bawah:



Secara mudahnya, MORPHOSIS adalah merupakan kelahiran semula. Dengan tujuan untuk membuka semula minda dan perspektif masyarakat, di mana MORPHOSIS 2021 memfokuskan untuk membantu mencari X-Factor diri demi mencapai kebangkitan diri, di samping memperbaiki ekonomi diri dan orang yang tersayang. Ianya adalah merupakan satu inisiatif program pemerkasaan rakyat Malaysia di mana seramai 220 orang peserta berdaftar akan dibimbing di dalam pelbagai aspek seperti pembangunan diri, pelan pemasaran media sosial, ulasan pencapaian dan sebagainya selama 30 hari mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jurulatih-jurulatih perniagaan yang berpengalaman. 

Bagi Kak Fa secara peribadi, semua peserta yang telah berdaftar untuk MORPHOSIS 2021 patut mengambil peluang ini dengan sebaik-baiknya dan Kak Fa percaya mereka mampu menjadi usahawan yang berjaya setelah mengikuti MORPHOSIS 2021 sekiranya benar-benar ada kesungguhan. 


Tapi bukanlah sekadar tentang MORPHOSIS 2021 yang Kak Fa nak kongsi. Sebenarnya Kak Fa nak berkongsi juga tentang produk CHARMS Cosmetic Skincare iaitu CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50 yng didatangkan di dalam saiz yang berbaloi serta menjimatkan. 



Sukalah kiranya Kak Fa nak beritahu yang CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50 ini bukanlah sekadar lembapan tetapi juga bertindak sebagai pelindung sinar UV (sunscreen SPF50) yang memudahkan kerja kita-kita semua ni ha. Dengan wujudnya CHARMS Hydra Fresh Tintent Moisturiser Broad Spectrum SPF50 ini, anda tidak memerlukan moisturiser dan sunscreen berasingan lagi ok? 



Saja nak kongsi sebab Kak Fa rasa informasi ni eksklusif-lah pada Kak Fa kan? Mommy Syira ada beritahu sewaktu majlis pelancaran MORPHOSIS 2021 tempoh hari yang untuk kandungan bahan produk CHARMS, Mommy Syira terlibat secara langsung sendiri di dalam proses pemilihan bahan serta penghasilan tau. Mommy Syira ni sangat particular tentang bahan-bahan yang digunakan di dalam produk CHARMS. Lebih menarik, CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturises Broad Spectrum SPF50 ini merupakan gabungan di antara moisturiser dan sunscreen yang ngam! Yang perfect balance. Sebab tu bila pakai CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50, anda tak perlu nak pakai moisturiser dan sunscreen berasingan lagi dah. Sekali tepek dan sapu jer. Kannnn? Helokkk kan? 

Yang penting Kak Fa nak bagi tau... wajib oleskan dulu CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50 sebelum keluar rumah ataupun sebelum melaksanakan aktiviti masak memasak ok? Sebab wajah kita memerlukan perlindungan dari haba sinar UV dan haba memasak di dapur. Best if dapat sapu dua kali sehari. Nanti heloklah skin you alls ok? In Shaa Allah... 



Senang cerita, saja nak buat yang membaca teruja kan? Ha ha ha... Produk ini berfungsi untuk menyegarkan kulit, bertindak sebagai penapis UV SPF50 untuk melindungi kulit dari keradangan serta kerosakan, memastikan kulit sentiasa lembap serta tidak kering, melindungi kulit dari radikal bebas, asap serta pencemaran dan bertindak sebagai antioksida serta membantu wajah tampak berseri-seri. 

Yang penting anda perlu tahu ianya adalah dermatologist tested, bernotifikasi KKM, diuji secara klinikal, tanpa paraben, tanpa SLS serta mesra wudhu' dan solat. 

Semua orang layak untuk kelihatan cantik ok? Sebab tu Kak Fa teruja berkongsi dengan anda ni. Adalah juga kawan-kawan yang sok sek sok sek pada Kak Fa dengan menyatakan sememangnya diaorang memang very fond of CHARMS Cosmetic Skincare. Itu maknanya apa? Itu maknanya serasi dan helok pada mereka kan? Jadi tak salah kalau anda juga turut mencuba. Iyalah siapa yang tak nak cantik. Betul tak? 

Yang tertanya-tanya harga CHARMS Hydra Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50 ni berapa harganya? Meh sini Kak Fa nak kongsi: 


CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 5G - RM 39.00

CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 10G - RM 59.00

CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 30G - RM 99.00

Untuk penjagaan kulit yang terbaik, Kak Fa rasa this is a worth investment for skin dan harganya juga masih di dalam par harga yang mampu dimiliki oleh semua golongan. Even yang 5G tu pun sebenarnya kalau kena gayanya boleh digunakan selama dua minggu ok? 

Untuk Maklumat Selanjutnya:


Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Banyak pengalaman Puan Syira tu. Orang-orang yang berjaya selalunya penuh dengan pengalaman jerih payah. Produk dia pun harga tak mahal sangat. Oklah mampu dimiliki

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !