Laman Web dan Aplikasi Berbahaya Untuk Orang Perempuan!

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Selain daripada Shopee dan Lazada - sebenarnya ada satu laman web dan aplikasi berbahaya untuk orang perempuan! Apakah laman web dan aplikasi yang Kak Fa maksudkan tu? Ha ha ha… Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula ya tak? Sepertimana paparan gambar yang sangat jelas di atas - laman web dan aplikasi berbahaya yang Kak Fa maksudkan adalah SHEIN! Aduh… Memang bahaya betul kalau terjebak. Bagi yang belum cuba-cuba, percayalah apa yang Kak Fa cerita ni. Sekali dah buka laman web atau aplikasi SHEIN ni, berjam-jam boleh habiskan masa di situ sahaja ya. Shopping theraphy secara maya kaedahnya. Ha ha ha… Yang dah biasa dengan SHEIN tu, Kak Fa rasa memang akan agak bersetuju dengan Kak Fa. 

Berhantu tau tak SHEIN ni… Sampai takut pula Kak Fa nak menggunakan skrin sesentuh dan buka aplikasi ni di telefon pintar. Sampai kena tahan diri tau. Ha ha ha… Memang dugaan kuat betul SHEIN ni. Memang hati nak kena cekal dan kental untuk tahan diri supaya tak selalu membuka laman web ataupun aplikasi SHEIN. Kak Fa dengan susah-payahnya sedang memaksa diri untuk istiqomah supaya tak buka laman web mahupun aplikasi SHEIN lebih dari sekali sebulan. Kalau lebih sekali sebulan tu namanya mengundang mara bahaya kepada poket. 

Errr…. Tapi kan… Sebenarnya kalau dah ketagih sangat, Kak Fa akan buka juga. Gagal juga tahan diri. Cumanya setakat ini masih berjaya tahan diri untuk add to cart lebih dari sekali sebulan. Memang sejujurnya Kak Fa berusaha gigih untuk menahan diri dari add to cart lebih dari sekali dalam sebulan. Kadang-kadang tu tak beli langsung pun. Tunggu ada duit tepi lebih-lebih sikit barulah Kak Fa fikir dua juta kali untuk add to cart dan check out. Selebihnya lebih kepada add to wishlist jer. Kita berpegang kepada konsep, ada rezeki tak sold out. Memang dah rezeki kita tu, In Shaa Allah tercapailah hajat. Tapi kalau bukan rezeki kita tu. Tak apa kita scroll yang lainlah pula ya tak? Ha ha ha…. 

Penyakitnya dengan SHEIN ni… Kalau sekali buka, memang ralit scroll. It’s not a kind of doom scrolling ok? It’s a happy and cheerful scrolling Session. Memang boleh leka. Kadang-kadang tak sedar pun sebenarnya dah sejam lebih kita scroll SHEIN ni. Tulah… Intipati yang Kak Fa nak sampaikan adalah dalam SHEIN tu ada macam-macam benda. Kannn? Yang dah biasa tu tau kan? Yang menjadikan SHEIN tu boleh jadi ketagih adalah disebabkan oleh harga yang mampu milik serta berbaloi-baloi untuk rakyat marhaen seperti Kak Fa ni ha. Ha ha ha… 

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari SHEIN

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari SHEIN

Ada juga yang ingat yang SHEIN ni cuma pakaian wanita dan juga barang-barang shopping khusus untuk wanita. Tapi tak ya sebenarnya… lengkap untuk kaum Adam dan kanak-kanak juga. Jadi taklah kata SHEIN ni khusus untuk wanita jer. Semua dia rangkum sekali. Seronoknya bila ada mark down sales pada certain time period. Diskaun pun boleh tahan menggoda. Memang kalau tak kuat iman, sedap jer add to cart. Tapi tulah… Seronok-seronok juga, tapi macam mana pun tetap kena beringat ya tak? Kita ni in trying times. Memang kena beringat setiap sen yang mengalir keluar tu. Al-maklumlah golongan rakyat marhaen yang lengkap dengan pakej pemotongan gaji macam Kak Fa ni memang nak kena bajet sungguh-sungguh. Lagi-lagi bila semester baru nak mula tak lama lagi kan? Begitulah kehidupan kannn? Kita sedar diri wak… ha ha ha… Banyak komitmen jadi tak boleh nak simpul-simply spend Kak Fa ni dan Kak Fa akui, Kak Fa agak akan fikir dua puluh juta kali sebelum spend. Buat weightage and calculation dulu ooo…. 

Lagi satu yang ambil masa yang lama untuk scroll SHEIN ni satu-satu, perlahan-lahan - sambil scroll sambil latih kotak pemikiran juga tau… Ha ha ha… Sebabnya untuk yang berhijab macam Kak Fa ni, nak kena tengok betul-betul… Mana pakaian yang bersesuaian dengan wanita berhijab ataupun tidak. Sebab dalam tu ada lambakan macam-macam jenis pakaian yang ditawarkan. Makanya, sebelum nak add to cart (kalau tujuan untuk pakai di luar rumah) kena fikir sama ada sesuai dengan imej hijab atau tidak ya. Yang tak sesuai kadang kena fikir macam mana nak mix and match jadikan sesuai. Ha gituh. Kalau yang setakat nak pakai dalam rumah sendiri tu. Terpulanglah kan? Nak pakai seluar pendek dalam rumah ke apa ke. Ikut suka masing-masing lah kan? Ha ha ha… 

Yang belum terjebak tu - saja nak racun ni… Cubalah sekali. Nanti tengok terlajak suka ke tidak. Bagi kita yang dah biasa ni memang kita dah faham dan taulah kan bahana SHEIN ni macam mana. Ha ha ha. 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !